Apa Itu Bisnes Affiliate Dan Kelebihannya Yang Perlu Diketahui

by | Feb 21, 2021 | Bisnes

Korang tahu tak apa itu bisnes affiliate? Rasanya ramai yang dah tahu. Tapi admin tak hairan jika ada juga yang langsung tak pernah dengar perkataan affiliate tu sendiri. Apa-apa pun artikel kali ini admin akan cerita sikit mengenai bisnes affiliate.

Admin bukanlah expert dalam bisnes affiliate ini tapi ada lah pengalaman sikit untuk dikongsikan. Setakat nak cerita konsep dan kelebihan tu boleh lagilah kan. Tapi tak lah sampai guide untuk generate 5 angka melalui affiliate.

Kalau yang tu mungkin kena joint kelas atau beli ebook yang ada dipasaran khusus untuk bisnes affiliate. Memang ada yang berjaya buat duit hanya dengan bisnes affiliate sahaja. Tak perlu ada produk sendiri pun.

Apa Itu Bisnes Affiliate?

Okay nak dipendekkan cerita, bisnes affiliate adalah salah satu cara untuk jana income hanya dengan promote produk atau bisnes orang lain. Definisi daripada BigCommerce tentang apa itu bisnes affiliate atau lebih dikenali sebagai affiliate marketing adalah seperti berikut:

“Affiliate Marketing adalah proses di mana affiliater memperoleh komisen untuk memasarkan produk orang lain atau syarikat. Affiliater hanya mencari produk yang mereka gemari, kemudian mempromosikan produk tersebut dan memperoleh sebahagian keuntungan dari setiap penjualan yang mereka buat. Sales tracking adalah melalui link affiliate yang diberi.”

Agak-agak faham tak baca ayat daripada BigCommerce tu? Mungkin ada terms yang tak jelas. Affilater maksudnya peserta atau ejen affiliate. Link affiliate tu hanya akan diperolehi apabila korang dah join affiliate. Dekat link tu akan ada “unique ID” untuk track korang punya sale.

Konsep Bisnes Affiliate

Kalau tadi dah cerita tentang apa itu bisnes affiliate. Sekarang kita akan go deeper iaitu konsep bisnes affiliate. Bagi menjayakan sesuatu bisnes affiliate ini, mestilah ada 3 item dibawah:

  1. Pemilik Bisnes
  2. Ejen Affiliate
  3. Customer

Kalau takde salah satu daripadanya, maka tak lengkaplah cycle untuk bisnes affiliate. Boleh baca dibawah tentang apakah “role” untuk setiap item diatas…

Bisnes Owner

Pemilik bisnes ini tak kiralah sama ada pemilik kedai ecommerce ataupun owner produk digital, yang paling penting mesti ada produk sendiri untuk dijual. Tapi tak semestinya sebuah jenama atau influencer yang well known.

Tapi kebanyakkan bisnes affiliate yang mantap adalah dengan penjualan produk digital. Contohnya ebook, learning course atau services. Untuk produk fizikal pun ada tapi selalunya hanya “big brand” sahaja yang selalunya menguasai.

Ejen Affiliate

Untuk ejen affiliate pula terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk join. Cara nak join adalah dengan register pada laman web yang bisnes owner tetapkan. Syarat penyertaan juga berbeza-beza, bergantung kepada owner tersebut.

Selepas join, korang akan dapat link untuk promote bisnes atau produk. Kalau ada banyak produk, jadi setiap produk akan ada link tertentu. Korang boleh gunakan apa juga cara untuk promote link tersebut asalkan boleh dapatkan sales.

Customer

Dengan kata lain ianya adalah pembeli kepada produk bisnes owner. Tapi ianya tak dibeli secara direct. Kalau beli direct, takdelah dipanggil affiliate. Jadi customer akan click link yang dipromosikan oleh ejen affiliate, seterusnya membuat pembelian.

Bisnes owner akan dapat notifikasi menunjukkan sales masuk dan akan “deliver” product kepada customer. Ejen affiliate pula akan mendapat percentage komisen daripada bisnes owner. So secara ringkasnya, macam tu lah bisnes affiliate ini beroperasi.

Kelebihan Bisnes Affiliate

Berbalik kepada matlamat asal kita buat bisnes, of course nak income. Sama ada side income mahupun income tetap, matlamatnya still sama iaitu dapatkan duit. Terdapat banyak kelebihan jika korang buat bisnes affiliate ini. Antaranya adalah seperti berikut:

Kelebihan #1 – Tak Payah Simpan Stok

Kalau korang ada modal untuk start bisnes, ianya mungkin tak jadi masalah besar. Sebab boleh je dapatkan produk pada harga borong. Tapi problemnya satu je iaitu korang kena simpan stok pada kuantiti yang banyak.

Kalau bisnes tengah laju, okay lah kan. Tetiba slow, dah berlambak barang dekat rumah. Kena yang tak boleh jalan terus, memang jadi tempat persinggahan habuk la jawabnya. Dalam bisnes affiliate korang tak perlu simpan stok. Bisnes owner akan uruskan hal tersebut.

Kelebihan #2 – No Customer Services

Antara perkara yang paling menyakitkan kepala adalah customer services. Nak melayan kerenah customer selepas membeli sesuatu produk. Kena pula produk tu banyak masalah, lagilah pening dibuatnya. Itu belum kira kena maki sebab barang dapat lambat.

Boleh naik gila dibuatnya beb. Tapi dengan bisnes affiliate korang akan terhindar daripada melayan customer. Even untuk pembelian pun korang tak perlu assist. Apa yang korang perlu buat hanyalah promote sahaja. Simple kan?

Kelebihan #3 – Tak Perlu Delivery

Selain berdepan dengan kerenah customer, delivery juga salah satu punca menyebabkan kita boleh naik gila. Kena pula company courier buat hal, jenuh nak menjawab dengan customer. Belum lagi barang rosak disebabkan postage.

Nak kena ganti atau refund pulak. Tapi kalau buat bisnes affiliate, korang tak perlu buat delivery. Bisnes owner akan buatkan untuk korang. So tak perlulah nak beratur dekat courier untuk pos barang.

Kelebihan #4 – Takde Produk Sendiri

Banyak orang cakap kalau nak buat bisnes ini mesti ada produk sendiri. Ianya betul dan salah. Betul kalau korang nak buka satu syarikat besar sebagai satu jenama. Of course lah kena ada produk sendiri. Takkan nak jual orang punya pula kan.

Tapi dengan bisnes affiliate korang tak perlu ada produk pun. Just jualkan produk orang je. Tak ada limitation untuk korang jual berapa banyak jenis produk sekalipun. Yang penting boleh dapat sales. Ada sales maka ada lah komisen nya nanti.

Kelebihan #5 – Shop Free

Last but not least, kalau dah tak perlu simpan stok, customer service, delivery dan produk, dah tentulah korang tak perlukan kedai untuk buat bisnes. Dengan bisnes affiliate ini cukup korang ada “virtual shop” seperti blog, facebook, Instagram dan twitter.

Siapa Yang Sesuai Buat Bisnes Affiliate?

Okay kita dah tengok definisi apa itu bisnes affiliate, konsep dan kelebihannya. Persoalan terakhir yang mungkin berlegar difikiran korang adalah siapa yang sesuai untuk buat bisnes affiliate ini. Generally, jawapannya adalah open to everyone.

Sesiapa pun boleh buat bisnes affiliate. Tapi admin nasihatkan bagi yang baru nak berjinak dengan online bisnes, affiliate adalah bisnes yang terbaik untuk korang cuba. Sebabnya diantara banyak-banyak bisnes, inilah yang paling mudah dan risikonya rendah.

Mudah tak bermaksud “confirm” berjaya. Still kena belajar teknik untuk dapatkan sales melalui bisnes affiliate. Tapi kalau gagal pun, taklah teruk sangat terjejas berbanding korang buka kedai sendiri atau produce produk sendiri.

Pada yang nak buat bisnes tapi tak modal yang besar juga sesuai untuk mulakan dengan bisnes affiliate. Bila dah ada modal, boleh lah beralih ke cabang bisnes lain pula ye tak. Start small then grow bigger. Yang penting kena usaha sampai jadi.

Diharap korang dapat sesuatu daripada artikel apa itu bisnes affiliate ini. Admin mendoakan agar korang terus success dalam bisnes. Sekiranya terdapat sebarang cadangan dan komen, sila berbuat demikian pada ruangan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *