Apa Itu DAW dan Fungsinya Yang Awesome

by | Feb 21, 2021 | Creative

Sebelum ini admin just highlight tentang software DAW percuma. Tapi tak mention pasal apa itu DAW dalam artikel tersebut. Sebab kalau nak explain dalam tu mungkin akan jadi panjang. So admin decide untuk buat satu artikel lain.

Senang sikit nak cerita lebih detail dekat sini. Pada pemuzik mesti eager untuk nak tahu apa itu DAW. Ianya memang sangat penting untuk mereka yang nak produce muzik sendiri secara home recording. Kenapa admin cakap camtu? Sebab admin pun musician jugak.

Admin start menggunakan software DAW sejak tahun 2006 lagik. Of course masa tu tak lah secanggih yang ada sekarang ini. Option software pun tak banyak. Resources untuk tutorial pun agak limited. So banyak belajar sendiri je.

Apa Itu DAW?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, natang apakah DAW tu sebenarnya. Apa kaitan dengan musician? Okay DAW adalah akronim kepada Digital Audio Workstation. Mengikut definisi dekat Wikipedia, DAW adalah:

“Peranti elektronik atau perisian aplikasi yang digunakan untuk merakam, menyunting dan menghasilkan fail audio.”

Tu ayat skema daripada wikepedia la kan. Dalam bahasa mudahnya software untuk memproses audio. Macam-macam yang boleh kita buat pada audio tersebut. Bukan sekadar nak rekod sahaja. Edit dan enhance pun semua boleh.

Kalau tengok nama DAW tu ada perkataan “workstation”. Kalau website bila sebut workstation selalunya refer kepada server. Memang kalau dekat studio punya level, software DAW akan install dekat PC yang mantap. Untuk proses audio lebih smooth.

Tapi kalau takat buat home recording, pakai laptop biasa pun boleh. Admin pun pakai dekat laptop je. Senang untuk dibawa kemana-mana. Cuma setup untuk studio biasanya akan lebih advance. Sebab akan guna mixer dan sebagainya untuk hasil yang lebih berkualiti.

Fungsi DAW

Seperti yang admin explain sikit pada definisi diatas, DAW ini software memang khusus untuk audio. Sebarang proses yang korang nak buat pada fail audio boleh dibuat menggunakan DAW. Tapia pa proses yang boleh buat tu? Jom baca dekat bawah ini…

Function #1 – Rekod Audio

Kalau dulu nak rekod nyanyian live atau lagu daripada radio kena pakai tape. Kenalah ade tape recorder bagai. Sekarang dah mudah. Boleh rekod terus ke laptop / PC. Dengan syarat kena ada 3 benda yang penting ini.

First sekali kena ada microphone. Kalau nak rekod alat muzik, pastikan ianya boleh disambungkan ke laptop atau PC. Kalau tak boleh, pakai microphone jugalah jawabnya. Yang kedua kena ada audio interface. Contohnya audio usb interface ataupun audio mixer.

Akhir sekali korang kena ada software DAW untuk membuat proses recording. Memang dekat windows secara default ada voice recorder. Tapi agak sukar untuk buat recording yang proper bila guna software tu. Kena gunakan DAW untuk hasil yang lebih mantap.

Tengok daripada layout DAW yang memang memudahkan proses rakaman. Pilih salah satu track dan kemudian tekan button record untuk memulakan recording. Dah setel tekan stop. Audio yang dirakam akan view dalam bentuk “wave” seperti gambar diatas.

Function #2 – Edit Audio

Mungkin ada yang tak buat recording tapi nak edit audia sahaja. Sebagai contoh nak “cut” audio file. Boleh guna DAW untuk proses berkenaan. Bukan setakat nak cut, malahan banyak lagi function edit yang boleh dibuat.

Sebab DAW diwujudkan untuk kegunaan studio recording. Kadang-kadang bila lepas record, ada track yang perlu buat editing. Jadi memang banyak function edit yang ada. Antaranya adalah cut, fade in, fade out, effect dan banyak lagi.

Cuma satu je, editing audio ini selalunya memerlukan skill. Kalau salah edit, jadi lagi teruk bunyi. So kena lah pelan-pelan belajar dan apply yang dipelajari. Admin pun masih dalam proses study cara edit audio yang betul. Nanti ada masa admin share.

Function #3 – Combine Audio

Satu function yang sangat penting dalam penghasilan audio adalah combine audio track. Sebagai contoh dalam rakaman sebuah lagu untuk band, biasanya akan ada 4 track paling asas iaitu drum, bass, gitar dan juga vocal. Tu tak termasuk rhythm gitar atau lead gitar.

Jadi kalau gunakan DAW, semua track yang berkaitan dengan lagu tersebut boleh dirakam pada satu fail. Bila dah complete semua, boleh terus compile menjadi sebuah lagu. Proses ini dipanggil mixing. Sama macam fungsi mixer jika dalam bentuk analog.

Bezanya output untuk software DAW adalah dalam bentuk digital audio format yang boleh digunakan pada kebanyakkan device yang ada sekarang. Lebih mudah nak dengar, transfer dan upload.

Function #4 – Create Audio

Nampak macam sama dengan fungsi yang pertama. Tapi lain sikit. Jika yang first tadi untuk merekod. Untuk create audio ini pula adalah buat bunyi daripada instrument ataupun effect yang ada dalam software DAW ini sendiri.

Senang cerita kita boleh buat programmable audio atau music. Dalam DAW, korang boleh add-on plugins yang dipanggil VST Plugins. Ada bermacam-macam plugins yang ada. Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma.

Berbeza mengikut fungsi dan sound. Contoh korang boleh buat track gitar even tak gunakan “real guitar”. Just set kan chord atau note yang dikehendaki, software DAW akan hasilkan bunyi untuk korang. Simple je kan?

Tak semudah itu sebab korang kena program kan sebijik macam yang korang inginkan. Kadang-kadang note dah betul tapi sound pula yang tak dapat. Tapi korang boleh eksperimen sampai dapat apa yang korang betul-betul nak.

Function #5 – Mastering

Yang terakhir ini adalah Mastering. Pada mulanya admin tak nak letak ianya sebagai salah satu fungsi dalam DAW. Sebab tak ramai yang gunakan function ini. Biasanya hanya studio je yang akan guna. Terutamanya apabila dah habis proses mixing.

Hasil akhir audio atau lagu akan melalui proses mastering untuk memastikan kualiti audio yang bagus. Dalam bahasa mudahnya mastering ini adalah “final editing” dalam proses pembikinan lagu atau audio. Bahasa lain boleh lah kita gelar sebagai proses “touch up”.

Sebagai contoh, audio yang dihasilkan bass agak tenggelam. Jadi dalam proses mastering, boleh buat enhancement pada bass. Begitu juga untuk benda lain yang dirasakan perlu bagi meningkatkan kualiti lagu atau audio.

Ada banyak proses yang boleh dibuat. Cuma admin belum betul-betul “master” dalam bidang mastering ini. Ianya juga memerlukan skill dan pengalaman untuk memastikan audio yang terhasil adalah berkualiti tinggi.

DAW untuk Professional Sahaja?

Mungkin selepas baca setakat ini, nampak macam penggunaan software DAW ini seperti hanya digunakan oleh golongan professional sahaja. Maklumlah banyak function yang memerlukan skill yang tinggi. Nampak macam susah nak guna.

Tapi pada pendapat admin, sesiapa pun boleh guna. Asalkan tahu function asas cara nak kendalikan software DAW tersebut. Skill korang boleh polish dengan pelbagai cara. Antaranya pergi menuntut dengan orang yang expert.

Kalau segan, boleh belajar secara online. Ada banyak tutorial atau kelas untuk gunakan software DAW. Dari beginner sampai expert. Tinggal korang nak pilih yang mana satu je. Asalkan ada kemahuan, disitu ada jalan.

So setakat ini sahajalah admin nak story pasal apa itu DAW dan juga fungsinya. Sekiranya korang ada sebarang pendapat, cadangan ataupun komen, sila berbuat demikian pada ruangan yang tersedia dekat bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *