Apa Itu Domain Authority Dan Kepentingan Pada Website

by | Jun 12, 2021 | Website

Salah satu daripada kayu ukur pada kekuatan sesebuah website adalah domain authority. Persoalannya apa itu domain authority dan kenapa ianya sangat penting bagi sesebuah website? Admin pun tak berapa expert pasal ini. So jom kita study sama-sama.

Mungkin ada yang tak pernah dengar langsung perkataan tu. Tapi ianya memang wujud dan ramai yang menggunakan ia sebagai indicator bagi SEO. Mungkin yang belum baca boleh semak artikel kelebihan SEO kepada website korang.

Definisi Domain Authority

Sebelum pergi jauh lagi, Domain Authority dan SEO adalah dua perkara yang berbeza tapi berkait rapat. Takut ada yang terkeliru pulak nanti. Jadi kalau nak gunakan domain authority, mestilah kena tahu dulu apa maksudnya betul tak? Definisi apa itu Domain Authority adalah seperti berikut:

Domain Authority (DA) adalah skor ranking search engine yang dikembangkan oleh Moz yang meramalkan kemungkinan laman web berada di kedudukan di Search Engine Ranking Position (SERP).

Maksud mudah bagi domain authority ialah skor yang menunjukkan betapa kukuhnya domain korang dari kaca mata google. Tapi bear in mind, ianya bukan nilaian daripada google. Cuma indicator sahaja. Google tak mengambil kira skor domain authority.

So apa kaitannya dengan SEO kalau google tak ambil port pun? Kalau tengok daripada definisi dekat atas pun dah tulis “meramalkan”. Maksudnya ramalan sejauh mana ranking pada SERP untuk website korang. Lagi tinggi score, maka lebih tinggi kemungkinan berada pada ranking yang tinggi.

Check Domain Authority Website

Macam mana kita nak semak berapakah score DA untuk sesebuah website? Senang je nak check dengan melayari laman Moz (<- Klik Link Ini Untuk Check DA). Kemudian masukkan domain website / blog korang dan tekan button analyze domain.

Kemudian akan keluar screen seperti dalam gambar diatas. Yang ini adalah DA Score untuk google.com. Terdapat 4 portion utama dalam report iaitu Domain Authority, Linking Root Domain, Ranking Keyword dan Spam Score.

Kita fokus pada portion Domain Authority iaitu nombornya adalah 95. Skor DA adalah dalam bentuk nombor daripada 1 sehingga 100. Lagi besar nombor, maka lagi tinggilah skornya. Jadi kalau boleh kita nak skor setinggi yang boleh untuk website atau blog.

Kepentingan Domain Authority Pada Website

Seperti yang admin nyatakan dekat atas tadi, DA adalah indicator kepada keupayaan untuk sesebuah website ranking dekat google. Jadi ini sangat penting kerana jika website atau blog korang berada pada ranking yang tinggi, lebih banyak visitor.

Ini kerana orang lebih cenderung untuk tekan sesuatu link yang berada diatas pada hasil carian dekat search engine. Kalau tanya korang pun komfem jawapan yang sama macam tu. Lagi banyak visitor, secara automatic trafik ke laman web lebih tinggi.

Lebih ramai yang akan ketahui tentang website korang. Kalau ianya ecommerce website, kemungkinan untuk ada sale adalah sangat tinggi. Ini semua berpunca daripada visitor yang masuk daripada google. Dan of course ianya percuma.

Memang korang boleh dapatkan traffic berbayar melalui google ads, facebook, twitter dan Instagram. Tapi kalau ada option dapat visitor percuma, kenapa pula nak yang berbayar. Korang kena up kan domain authority untuk boost ranking di google.

Persoalannya macam mana nak tingkatkan domain authority? Nanti admin sambung cerita dekat bawah ini…

Cara Nak Tingkatkan Domain Authority

Bila admin study lebih detail mengenai apakah factor yang mempengaruhi domain authority, kebanyakkan expert menyatakan ianya sangat berkait rapat dengan backlink. Apa itu backlink? Makin pening pulak jadinya macam-macam istilah baru.

Secara general, backlink adalah link ke website korang daripada website yang lain. Maknanya bila orang klik backlink daripada website tersebut, ianya akan lihat website atau blog korang. Secara auto ada traffic akan masuk ke web korang.

By calculation yang diterangkan dekat laman web Moz, domain authority adalah berdasarkan berapa banyak backlink yang ada. Sebab tu kalau tengok semula report check DA dekat atas, ada portion untuk Linking Root Domain.

Itulah jumlah backlink yang ada untuk website korang. Kalau check tapi tak banyak backlink, so itu yang effect DA website korang. Jadi kena tambahkan lagi backlink. Cara nak tambahkan backlink admin pun masih cuba-cuba lagi. Nanti kalau admin dah jumpa teknik terbaik, akan share dekat sini.

Domain Authority vs Page Authority

Okay yang tadi kita cerita pasal domain authority. Tapi apa kejadahnya pula Page Authority ni? Apa pula bezanya dengan Domain Authority? Apakah fungsi Page Authority? Admin mula-mula siap confuse lagi. Ingatkan kedua-dua benda ini adalah sama.

Rupanya domain authority dan page authority adalah berbeza. Yang sama hanyalah ianya adalah skor dalam bentuk nombor bermula dari 1 sehingga 100. Tapi dari segi teknikal, ianya berbeza. Kalau tengok nama pun dah nampak lain.

Domain authority lebih kepada skor untuk keseluruhan website atau blog korang. Manakala page authority pula menjurus kepada satu page sahaja. Sebagai contoh, mungkin skor domain authority korang rendah tapi page authority tinggi.

Kemungkinan ada banyak backlink yang refer kepada page tersebut. Ini menyumbang kepada skor yang lebih tinggi. Namun begitu kedua-duanya adalah sangat penting sebagai indicator untuk website atau blog korang ranking lebih tinggi dekat google.

Summary : Apa Itu Domain Authority

Rasanya dah panjang admin berceloteh dekat atas ini tentang apa itu domain authority. Daripada definisi, cara nak check, kepentingan, cara nak tingkatkan serta perbezaan domain authority berbanding page authority. Agak-agak korang jelas tak?

Cuma admin masih belum dapat ramuan yang terbaik untuk menambah jumlah backlink ke website atau blog. Tengah cari-cari dan masih dalam trial. Kalau dah komfem nanti baru boleh admin share. Yang penting sekali DA adalah salah satu factor penting dalam SEO.

Ramai expert yang meletakkan DA sebagai salah satu daripada checklist utama dalam SEO sesebuah website atau blog. Jadi kalau expert cakap macam tu, maknanya memang penting la tu kan. Kita yang tak expert ni cuba sebaik mungkin follow guide yang mana boleh.

Apa-apa pun sekiranya korang ada experience cara macam mana nak tingkatkan domain authority boleh share dengan admin. Tinggalkan pengalaman korang dekat ruangan komen yang disediakan dekat bawah ini. Thank you in advance…

Sumber: Moz, Neil Patel

You May Also Like…

2 Comments

  1. Dinor

    Terbaik bacaan ni. Memang tengah kaji bab DA ni 👍

    Reply
    • Buck

      Tq bossku…

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *