Apa Itu Hibah Takaful – Fungsi Dan Kepentingan Kepada Korang

by | Jan 3, 2021 | Bisnes

Seperti yang telah korang ketahui, hibah sebenarnya sangat penting untuk kita semua. Admin telah jelaskan dalam apa itu hibah tentang maksud, hukum dan jenis hibah. So kali ini kita sambung sikit lagi dengan apa itu hibah takaful.

Mesti korang tertanya-tanya apa pulak bendanya hibah takaful ni kan. Tak sama ke dengan hibah? Kalau ianya sama, kenapa ada perkataan takaful pulak dekat belakan? Macam mana pulak nak buat hibah takaful ni?

Memang banyak persoalan yang timbul kan. Tapi korang jangan risau sebab admin akan kongsikan dengan lebih terperinci dekat bawah ni. Daripada maksud sampailah cara kita nak buat hibah takaful. So don’t worry guys. Teruskan membaca sampai habis.

Apa Itu Hibah Takaful

Kita dah tahu maksud hibah iaitu hadiah atau suatu harta yang diberikan sewaktu hidup kepada seseorang. Tidak kiralah siapa pun, asalkan pemberi hibah setuju untuk menamakan beliau sebagai penerima hibah tersebut.

Persoalannya sekarang apa itu hibah takaful? Kenapa tak sama dengan hibah? Ianya bermaksud menggunakan platform takaful sebagai hibah. Seperti yang kita tahu, sekiranya berlaku sesuatu yang tak dijangka kepada pemegang polisi, waris akan dapat sejumlah pampasan.

Ianya memang tertulis dalam polisi takaful. Termasuk penama serta jumlah yang akan diterima. Konsep dalam takaful ini serupa dengan konsep hibah. Tapi takaful ini dikategorikan sebagai hibah bersyarat. Yakni penama hanya akan menerima hibah selepas kematian pemberi hibah.

Jadi gabungan hibah dengan takaful menjadi salah satu jalan penyelesaian kepada perebutan harta pusaka secara faraid. Bukan maksud admin nak kata faraid itu tidak adil. Sebaliknya pembahagian faraid adalah yang terbaik bagi waris.

Namun begitu, penerima harta faraid akan dapat sekali dengan tanggungjawab. Selalunya yang terjadi, mereka tidak menggalas tanggungjawab yang sepatutnya. Itu yang berlaku pergaduhan, perebutan dan sebagainya.

Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah menggunakan harta tersebut bagi membantu keluarga terdekat yakni isteri dan anak-anak si mati. Dapat harta bukanlah tiket untuk bersuka ria dan bermewah-mewah. Kalau tak jalankan amanah, dikira korang dah khianat.

Kenapa Perlu Buat Hibah Takaful

Korang mesti rasa macam:

“Ala baik buat hibah je kalau macam tu? Kenapa pulak nak buat hibah takaful?”

Ya betul. Korang boleh buat hibah je sebenarnya. Tak perlu pun nak buat hibah takaful. Dengan syarat korang ada banyak harta yang nak ditinggalkan. Contohnya ada rumah 5 bijik, kereta pun ada 5 bijik dan ada 3 buah syarikat.

Bolehlah dibahagikan harta tersebut kepada waris korang secara samarata. Macam mana pula kalau korang ada sebijik rumah dan sebijik kereta. Anak pulak ada 5 orang. Agak-agak korang boleh bahagi dengan adil tak?

Yakin ke korang yang mereka tu tak merungut nanti. Untuk rumah tu mungkin la ada “value”. Kalau nak dijual masih boleh dapatkan duit dan bahagikan sama rata. Tapi kalau kereta tu mungkin susah sikit. Nak terus pakai pun masalah juga. Ada satu je.

Berbanding kalau korang buat hibah takaful, korang boleh letak penama ikut peratusan daripada keseluruhan jumlah pampasan. Kita boleh letakkan sama nilainya untuk setiap orang yang menerima. Lagi satu, takaful punya sumbangan bulanan murah je.

Kalau nak dibandingkan dengan bayaran pinjaman untuk harta-harta yang lain, memang jauh beza. Tapi mungkin duit yang waris dapat daripada hibah takaful lebih tinggi jumlahnya berbanding harta yang ada.  So sebab tu lah seeloknya kena buat hibah takaful ni.

Macam Mana Hibah Takaful Dapat Membantu

Seperti yang admin cakap dekat atas tadi, hibah takaful ini boleh menyelesaikan masalah perebutan harta pusaka. Sebab apa admin cakap macam tu? Ini kerana pampasan daripada takaful ini tidak tersenarai dalam faraid.

Admin ada kongsikan dekat artikel lain. Klik link ini untuk ketahui kenapa ianya tak termasuk didalam harta pusaka yang dibahagikan secara faraid. Jadi bila bukan harta pusaka, so penama akan dapat duit tersebut dan orang lain tak ada hak untuk tuntut daripada dia.

Dengan ada nya “cash” tersebut boleh lah bantu untuk dua perkara iaitu setelkan hutang dan juga kegunaan untuk perbelanjaan meneruskan kehidupan. Untuk senang faham admin pecahkan kepada 2 situasi.

Yang pertama, si mati banyak harta. Untuk hutang tak ada masalah. Sebab harta faraid akan tolak semua hutang dulu barulah dibahagikan. Cuma perlu duit untuk perbelanjaan. Walaupun duit dalam akaun si mati tu banyak, tapi tak boleh dikeluarkan.

Sebab akaun semua dah “freeze”. Sehinggalah pembahagian dilakukan. Nak tunggu tu makan masa jugalah. Kalau waris tu tak bekerja dan tiada simpanan, hanya harapkan duit dari si mati memang susah lah. Jadi duit pampasan itu akan membantu dari segi itu.

Itu kalau banyak harta. Kalau tak banyak? Situasi kedua adalah bila harta si mati habis tolak hutang yang ada je. Itu pun mungkin ada hutang yang belum langsai sepenuhnya lagi. So macam mana nak move on kehidupan?

Pakat sangkut lah semua. Lagi parah kalau waris tak bekerja dan tak ada sumber pendapatan. Dekat situlah pentingnya duit daripada hibah takaful. Dapat setelkan balance hutang dan sedikit cash untuk teruskan kehidupan harian.

Cara Nak Buat Hibah Takaful

Kita tak tahu nanti masa depan macam mana. Sama ada berada dalam situasi yang pertama atau kedua. Sebab tu pentingnya kita kena buat hibah dengan takaful. Tak mahal pun bayaran sumbangan bulanan. Bergantung kepada jenis polisi yang kita ambil.

Admin nak bagi tips sikit cara nak buat hibah dan cara pastikan korang ambil perlindungan yang betul untuk hibah. Kalau salah ambil protection pun tak jadi hibah juga. Penat bayar bulan-bulan nanti tak dapat apa-apa pulak.

First of all, korang kena tahu apa yang nak dilindungi. Of course korang kena ambil life protection. Ini adalah yang paling basic. Kalau tak ada modal sangat, boleh proceed ambil yang ini. Kebiasaannya life protection adalah general.

Akan cover semua jenis kematian dan cacat kekal. Kalau ada modal lebih sikit, tambah protection untuk critical illness. Dan kalau ada lagi balance boleh top up dengan perlindungan untuk accident. Tak semestinya semua dalam satu polisi.

Nak buat asing-asing pun boleh. Tak ada masalah. Yang penting bajet ngam, boleh proceed. Boleh rujuk dengan ejen takaful tengok yang mana lebih berbaloi. Seelok-eloknya segerakan buat hibah takaful ni. Sebab ajal maut tak kira umur.

Cukup masa, bila-bila je kita boleh pergi. Jadi sediakan payung sebelum hujan. Admin harap korang dapat sesuatu daripada artikel apa itu hibah takaful. Sekiranya terdapat sebarang komen atau pandangan, mohon berbuat demikian pada ruangan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *