Apa Itu Scale Gitar Yang Awesome Untuk Diketahui Gitaris

by | Jan 9, 2022 | Music

Bila sembang dengan pemain gitar selalunya akan keluar topik ini. Komfem ada cerita pasal scale gitar bila borak. Tapi still ada ramai yang belum tahu apa itu scale gitar. Mungkin juga ada yang confuse sebab scale gitar mungkin membawa maksud yang lain.

Contohnya scale length gitar merujuk kepada panjang gitar daripada bridge ke nut. Untuk artikel kali ini tak cover untuk scale length. Cuma scale gitar sahaja. Jauh sangat bezanya diantara scale gitar dengan scale length. Tapi kedua-duanya penting untuk korang tahu.

Skala Muzik atau Scale Gitar? Yang Mana Satu?

Selain daripada scale length, orang juga selalu tertanya-tanya diantara scale gitar dengan skala muzik. Dalam English sebut music scale. Sama atau tak diantara scale gitar dengan music scale? Jawapannya adalah sama tapi lain.

Pening kan? Okay in term of notasi muzik ianya sama. Tapi dari segi position adalah berlainan. Komfem lain sebab cara main gitar dah tentu tak sama dengan main instrument yang lain. Contohnya kedudukan skala muzik pada keyboard tak sama dengan gitar.

Dari segi teori muzik, ianya adalah benda yang sama. Bila combine sekali kesemua instrument ianya merujuk pada benda yang sama. Jadi apakah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai skala muzik ini? Jom kita tengok definisi apa itu scale gitar dekat bawah ini.

Definisi Apa Itu Skala Muzik

Cara Mencari Chord Gitar

So tak kisahlah skala muzik atau scale gitar, in term of definition adalah sama. Jadi kita stick pada skala muzik untuk definisi. Nanti admin akan terangkan lebih detail tentang perbezaan scale ini pada gitar. Definisi apa itu skala muzik ada seperti dibawah:

Skala adalah sekumpulan nota (12 nota per skala) yang sedap didengar ketika dimainkan dalam urutan atau tidak teratur, dalam urutan menaik atau menurun.

Definisi skala yang lebih mudah untuk muzik adalah bahawa setiap nota skala muzik dapat dilihat sebagai huruf bahasa.

Sama seperti bahasa yang berbeza mempunyai huruf atau huruf yang berbeza, setiap skala muzik merangkumi nota atau huruf yang berbeza.

Korang pernah tak dengar orang bercakap mengenai Do Re Mi Fa So La Ti Do? Secara ringkasnya itulah skala muzik. Setiap note pada pitch yang berbeza. Bila dikumpulkan sekali dalam satu group ia membentuk suatu skala muzik.

Scale Gitar Yang Commonly Used

Jika dalam definisi tadi ada mention tentang 12 note. Ianya adalah kesemua note yang wujud dalam muzik. Ianya adalah diantara A sehingga lah G. Diantara setiap huruf ada note yang ditandakan (b – flat) atau (# – sharp). Susunan 12 note tersebut adalah seperti gambar dibawah:

Hanya ada 2 note sahaja yang tak wujud bagi flat dan sharp iaitu B#/Cb dan E#/Fb. Jangan terkeliru dengan notasi # dan b tersebut sebab ianya sama. Cuma sebagai indicator kepada turun atau naik pitch sahaja. Contoh F#/Gb adalah note F dinaikkan satu pitch atau G diturunkan satu pitch.

Kesemua 12 note ini juga membentuk satu common scale gitar yang dipanggil Chromatic Scale. Tapi jarang orang guna dalam applikasi muzik. Lebih kepada teori untuk fahamkan jumlah note sahaja. Scale gitar yang biasa digunakan adalah seperti dibawah.

Scale #1 – Major

Kalau refer gambar diatas, ianya adalah contoh kepada bentuk major scale pada gitar. Scale diatas adalah C Major. Boleh applikasikan formula yang sama pada semua note untuk Major scale. Banyak digunakan dalam lagu yang key Major.

Scale #2 – Minor

Kalau teliti dengan betul ianya ada beza sikit dengan Major scale. Minor scale ada perubahan pada note yang ke 3, 5 dan 6. Seperti diatas, semua Minor scale menggunakan formula yang sama. Ianya digunakan untuk lagu key Minor.

Scale #3 – Pentatonic

Maksud Pentatonic adalah dalam scale ini hanya terdapat 5 note sahaja. Ada pecahan kepada major dan minor pentatonic. Tapi dalam bentuk pada gitar ianya sama je. Cuma position lain sikit. Scale pentatonic ini biasa lagu rock dan metal banyak gunakan untuk shredding.

Scale #3 – Pentatonic

Maksud Pentatonic adalah dalam scale ini hanya terdapat 5 note sahaja. Ada pecahan kepada major dan minor pentatonic. Tapi dalam bentuk pada gitar ianya sama je. Cuma position lain sikit. Scale pentatonic ini biasa lagu rock dan metal banyak gunakan untuk shredding.

Fungsi Skala Muzik Dalam Permainan Gitar

Boleh dikatakan skala muzik adalah kunci kepada kesemua teori muzik. Kalau tak tahu skala muzik, jangan cerita lah nak belajar benda lain. Sebab pusing macam mana pun mesti akan jumpa juga kaitan dengan skala muzik.

Jadi skala muzik ini ada beberapa fungsi utama. Tapi kali ini kita fokus kepada permainan gitar. Sebab tajuk artikel pun sebut gitar. So kita tumpukan kepada scale gitar sahaja. Nanti ada masa kita cerita tentang instrument lain pulak.

Function #1 – Pembentukan Chord Gitar

Bila belajar main gitar, inilah benda pertama yang korang kena tahu betul tak? Tanpa chord, memang tak jadi lagulah jawabnya. Takkan nak main single note je sepanjang masa. So memang perlu main chord barulah sedap didengar lagunya.

Tapi korang tahu tak yang chord gitar ini sebenarnya dibentuk daripada scale gitar. Tak kiralah ape jenis chord sekalipun, semua ada dalam scale. Cuma formula untuk chord berbeza-beza. Itu nanti kita akan go through artikel pembentukan chord gitar.

Function #2 – Chord Progression

Masih lagi tentang chord gitar. Bila dah bentuk chord, baru boleh main lagu. Nak jadikan sebuah lagu ianya memerlukan kombinasi beberapa chord yang digelar sebagai chord progression. Dalam bahasa mudah ianya adalah pergerakan chord.

Seperti yang korang tahu, chord ada major dan minor. Dalam suatu chord progression ianya campur diantara kedua-dua jenis ini. Macam mana nak tahu major atau minor? Itu kita kena faham modes dalam permainan gitar. Nanti admin share artikel berkenaan modes.

Function #3 – Solo Gitar

Okay yang last ini komfem ramai orang suka. Maklumlah bila dapat main solo gitar barulah rasa macam hebat. Dapat main lagu yang simple pun takpe asalkan boleh main solo. Itu pun dah rasa macam rockstar habis.

Untuk pengetahuan korang, solo gitar dalam sesebuah lagu juga adalah berasaskan scale gitar. Korang tak boleh main petik je mana-mana note ikut suka masa solo. Sumbang mambang jadinya nanti. Kena tahu lagu tu guna scale apa then baru boleh belasah ikut note dalam scale tersebut.

Perlu Ke Belajar Scale Gitar Sebenarnya?

Kalau tanya admin, korang memang perlu belajar scale gitar. Jika setakat boleh main gitar tapi tak tahu apa itu scale gitar rasa macam tak lengkap. Ibarat minum air tanpa gula. Boleh minum tapi tak rasalah manisnya. Main gitar pun sama. Kena tahu scale gitar untuk lebih fun.

Bila korang dah kuasai sekurang-kurangnya 3 scale yang admin list dekat atas, nak cari lagu pun jadi mudah. Terutamanya part lead gitar. Jadi senanglah sikit nak jamming. Kalau nak cari guna hearing memang terbatas. Komfem ada note yang keciciran punya.

Admin dah lalui semua ini dulu. Masa belajar main gitar dulu memang takde orang cerita pun apa itu scale gitar. So cari lagu pun pakai dengar je. Yang mana rasa lebih kurang, so itulah yang main masa jamming. Tapi lepas tahu scale gitar ni barulah senang sikit.

Sebab semua note yang dimainkan ada dalam tu je. Takkan lari punya. Mungkin lepas baca artikel apa itu scale gitar ini komfem korang terus study pasal scale. Diharap ianya dapat membantu korang serba sedikit mengenai scale gitar. Mohon tinggalkan komen dekat bawah ini…

Sumber: MusicGateway

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.