Apa Itu Sprocket Ratio & Kepentingannya Pada Motosikal

by | Dec 31, 2021 | Motorsports

Sering kita dengar mengenai sprocket ratio bila sembang pasal motosikal dengan member. Persoalannya apa itu sprocket ratio? Kenapa ianya menjadi topic hangat bila sebut pasal modifikasi motosikal? Kalau tak faham memang ternganga bila sembang.

Tambahan pula kita tak pernah ada experience nak tukar sprocket untuk menjadikan performance motosikal lebih mantap. So memang blur je la sepanjang sembang tu. Terpaksa layan walaupun tak faham demi menjaga hati kawan-kawan.

Sebelum itu korang mungkin perlu baca artikel jenama rantai sprocket yang terhangat dipasaran. Mana tahu korang tengah mencari. Even tips penjagaan rantai sprocket motosikal pun ada. Boleh check detail dekat sana.

Definisi Apa Itu Sprocket Ratio

Dengar macam gempak je bila orang sembang sprocket ratio ni. Kira macam advance la dalam modified motor. Sebenarnya ianya adalah suatu perkara yang basic je. Tapi perlu tahu apa itu sprocket ratio dan macam mana nak kira ratio untuk motosikal korang.

Berikut adalah definisi apa itu sprocket ratio:

Sprocket ratio bermaksud berapa banyak putaran yang harus dibuat oleh engine shaft untuk memutar roda belakang.

Drive ratio yang lebih tinggi sepadan dengan roda gigi yang lebih rendah dan lebih banyak bilangan putaran untuk setiap putaran roda.

Manakala drive ratio yang lebih kecil sesuai dengan roda gigi yang lebih tinggi dan bilangan putaran yang lebih sedikit untuk setiap putaran roda.

Mungkin ada yang still confuse bila lepas baca definisi diatas. Maklumlah bahasa buku memang agak susah nak faham. Ringkasannya adalah sprocket ratio tu nisbah diantara sprocket depan dengan sprocket belakang. Yang depan maksudnya pada enjin dan belakang pula pada tayar.

Untuk lebih faham mungkin dibawah nanti admin akan letakkan contoh dan gambaran supaya lebih jelas mengenai nilai sprocket ratio.

Cara Mengira Sprocket Ratio

Bila sebut pasal ratio, korang mesti kena tahu cara nak kira. Sebelum nak tahu kira, perlu fahamkan konfigurasi sprocket terlebih dahulu. Sprocket yang terletak berdekatan dengan bahagian enjin dipanggil sebagai Drive Sprocket. Manakala yang pada tayar dipanggil Driven Sprocket.

Untuk memudahkan letak dalam formula, kita perlu suatu singkatan bagi kedua-dua sprocket ini. Label T1 adalah untuk drive sprocket dan T2 pula untuk Driven sprocket. T membawa maksud kepada jumlah gigi yang ada pada sprocket tersebut.

Formula pengiraan Sprocket ratio adalah seperti berikut:

Refer pada contoh dalam gambar, T1 adalah 20 dan T2 adalah 80. Jadi sprocket ratio diringkaskan sebagai 1:4 yang bermaksud 4 putaran drive sprocket akan melengkapkan 1 putaran driven sprocket. Biasa orang takkan sebut dalam bentuk nisbah 1:4. Cuma sebut nombor 4 tu sahaja.

Jika tadi formula adalah menggunakan bilangan gigi pada sprocket. Sebab itu adalah cara yang paling mudah nak kira. Sprocket ratio ini juga boleh digunakan bagi menganggarkan RPM untuk sprocket. Bila dah tahu ratio, RPM drive sprocket darab dengan ratio. Dapatlah driven sprocket RPM.

Kenapa Perlu Tahu Sprocket Ratio Pada Motosikal

Performance pada motosikal selalunya orang akan cakap pada “pickup” serta top speed. Of course kalau nak dua-dua ini mantap, kenalah pakai motosikal yang enjin kapasiti besar. So komfem dah tahu performance pickup dan top speed memang terbaek.

Tapi korang tahu tak kalau kita adjust sprocket mengikut sprocket ratio tertentu, ianya mampu mengubah sedikit performance yang dinyatakan dekat atas tadi. Cuma tak boleh tingkatkan kedua-dua factor tadi sekaligus.

Sebagai contoh kalau nak pickup terbaik, top speed akan kurang. Manakala jika mahukan top speed bertambah, pickup pula yang slow. Kena pilih sprocket ratio yang bersesuaian untuk improve salah satu daripada performance tersebut.

Sprocket ratio yang tinggi akan menyebabkan peningkatan pada pickup. Jadi semakin menurun sprocket ratio secara tak langsung akan meningkatkan top speed dan mengurangkan pickup motosikal korang.

Setting Sprocket Ratio Yang Terbaik

Sebenarnya tiada istilah setting sprocket terbaik sebab ianya subjektif kepada motosikal serta cara pemanduan korang. Ada orang yang suka lebih pickup pada motosikal. Tapi tak kisah sangat kalau top speed tak laju. Begitu juga sebaliknya.

So ianya depends pada individu. Kalau tanya admin, kita buat setting tengah-tengah supaya boleh dapat kedua-duanya balance. Kena tengok pada setting standard motosikal korang sebelum decide untuk adjust sprocket ratio. Barulah hasilnya nanti berbaloi.

Daripada feel korang rasa setting standard apa yang kurang. Contohnya pickup agak lembap. So mungkin korang perlu bertukar ke sprocket yang lebih tinggi ratio nya. Tapi kena aware apabila pickup bertambah, top speed akan kurang.

Kena consider semua itu sebelum decide untuk tukar setting pada sprocket ratio. Jangan pakai belasah je tukar. Lepas tukar tetiba tak laju pulak motor. Dah menyesal pulak. Ianya juga berkait rapat dengan style pemanduan korang juga.

Boleh Cuba Adjust Sproket Ratio Motosikal Korang

Okay selepas faham definisi apa itu sprocket ratio, dah tahu macam mana cara nak kira, so sekarang dah bolehlah mula try sendiri pada motosikal korang. Sproket ratio memang sangat penting menentukan performance motosikal korang.

Bagi yang rasa ragu-ragu atau tak tahu nak decide untuk guna sprocket ratio yang mana satu, boleh try tanya kawan-kawan yang dah pernah buat. Kalau segan nak tanya, boleh cari dekat facebook group yang berkaitan motosikal. Selalunya ada yang share pasal sprocket ratio.

Nak pergi terus ke kedai motosikal berhampiran untuk mintak pendapat pun boleh juga. Tapi kena hati-hati sebab kedai selalunya akan advise dengan sprocket sekali. Maklumlah nak jalankan stok. So kena buat survey betul-betul dulu sebelum tukar sprocket.

Selain sprocket, korang juga perlu tahu serba sedikit mengenai jenis rantai motosikal yang juga mungkin boleh mempengaruhi performance motosikal. Nasihat admin sebelum buat apa-apa adjustment, better ambil tahu setting ratio standard berapa.

So kalau nanti dah adjust tapi rasa tak okay, boleh revert balik ke setting yang asal. Mungkin tak boleh tukar semula sprocket yang lama sebab dah wear off. Asalkan kita tahu saiz dan ratio sprocket asal, kita boleh beli yang baru dengan setting yang sama.

Setakat itu sahaja yang dapat admin kongsikan berkenaan apa itu sprocket ratio. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat pada korang. Sekiranya terdapat sebarang komen boleh tinggalkan pada ruangan dibawah ini…

Sumber: Medium, Sciencing

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.