Apa Itu Tube Amplifier Serta Pro & Cons Penggunaannya

by | Dec 31, 2021 | Music

Dalam banyak-banyak jenis amplifier gitar, tube adalah yang paling best. Ini adalah antara pendapat ramai gitaris ternama. Tapi korang tahu tak apa itu tube amplifier sebenarnya? Kenapa ramai yang gunakan dan sukakannya? Mesti ada sebabnya kan.

Admin sebenarnya bukanlah familiar sangat dengan tube amp ni. Pernah guna beberapa kali sahaja untuk show. Setakat pengalaman yang tak seberapa tu sukar untuk admin nyatakan pendapat. Of course masa guna tu sound yang terhasil memang terbaek.

Tapi still tak dapat nak bezakan dengan teliti dengan amp yang biasa digunakan. So hopefully mungkin in future admin ada kemampuan untuk beli tube amp. Maybe boleh buat review sekali lagi dan detail comparison antara amplifier gitar yang lain.

Definisi Apa Itu Tube Amplifier

Kalau nak faham tentang tube amp, tak semestinya kita perlu main dulu betul tak? At least kita boleh study serba sedikit mengenai apa itu tube amplifier dari segi teori terlebih dahulu. Nanti bila ada kesempatan boleh lah pergi try. Definisi apa itu tube amplifier adalah seperti dibawah:

Tube amplifer atau dipanggil juga sebagai Valve amplifier adalah jenis amplifier elektronik yang menggunakan tiub vakum untuk meningkatkan amplitud atau kekuatan isyarat.

Valve amplifier juga boleh digunakan untuk aplikasi seperti amp gitar, transponder satelit seperti DirecTV dan GPS, amplifier stereo berkualiti tinggi, aplikasi ketenteraan (seperti radar) dan pemancar televisyen radio dan UHF berkuasa tinggi.

Secara general, tube atau valve tu adalah sebahagian daripada litar elektronik. Ianya digunakan untuk tujuan amplify. Jadi bukan setakat digunakan pada kegunaan muzik sahaja. Peralatan elektronik lain pun ada gunakan teknologi tube ini.

Sejarah Tube Amplifier

Teknologi tube dalam litar elektronik ini sebenarnya telah lama wujud. Tube atau valve ini telah dicipta oleh John Ambrose Fleming semasa berkhidmat di Marconi Company dekat London, England pada tahun 1904. Dah lebih seratus tahun tercipta.

Untuk kegunaan peralatan muzik pula bermula sekitar tahun 1930an. Tapi masa tu belum diciptakan untuk gitar elektrik. Ianya hanya untuk peralatan PA System. Hanya selepas beberapa tahun kemudian barulah muncul amplifier gitar yang gunakan tube.

Pada tahun 1934, Dobro iaitu sebuah syarikat pengeluar gitar di USA telah mula melancarkan amplifer gitar yang pertama menggunakan vacuum tube rectifier dan power tubes. Tapi pada ketika itu kegunaannya masih terhad dikawasan sekitar sahaja.

Teknologi tubes amplifier betul-betul berkembang diseluruh dunia sejak Leo Fender mengasaskan gitar elektrik jenama Fender dan amplifier sekitar tahun 1950an. Mungkin boleh baca detail tentang kisah ini pada artikel Fender Musical Instrument Corporation.

Kelebihan Tube Amplifier Berbanding Yang Lain

Boleh dikatakan semua gitar amplifier yang lama menggunakan tube. Sehinggalah pada tahun 1970an barulah wujudnya teknologi yang dipanggil solid state untuk amplifier gitar. Kalau diikutkan, teknologi tube ini memang dah terlalu lama wujud.

Tapi yang hairannya adalah ianya masih terus bertahan sehingga kini. Malah orang tetap cari tube amplifier walaupun dah ada jenis-jenis yang lain. So apa kelebihan tube amplifier ini berbanding yang lain? Jom kita lihat kelebihan tube amplier.

Point #1 – Sound

Ini memang ramai yang cakap tentang amplifier jenis tube menghasilkan sound yang lebih sedap berbanding jenis amplifier yang lain. Agak sukar untuk describe bunyi dalam bentuk perkataan. Nak letak gambar pun tak boleh. So admin cuma boleh bagi gambaran kasar sahaja.

Pada admin sound yang dihasilkan tube amplifier lebih smooth berbanding amplifier jenis lain. Kira bila kita dengar tu sound lembut sikit. Tapi tu lah nak tunjukkan macam mana “lembut” yang dimaksudkan tu memang tak boleh. Nak bagi sound sample takde tube amp pulak nak buat demo.

Point #2 – Straight Forward

Satu lagi kelebihan yang menyebabkan ramai orang gunakan tube amplifier adalah penggunaan yang simple. Maklumlah teknologi yang dah lama tercipta. Lagipun core item adalah sound yang dihasilkan. Cara nak setting pun guna knob basic je. Tak perlu tambahan macam-macam.

Point #3 – Top Guitarist

Bila ramai artis yang guna suatu produk, kira macam ianya terbukti bagus la kan betul tak? Memang most of the top guitarist in the world menggunakan amplifier gitar jenis tube untuk rakaman album mereka dan juga digunakan semasa live concert.

So tak boleh nak nafikan kemantapan tube amplifier ni sebab guitarist professional pun gunakannya. Bila idola guna, para peminat pun tertarik nak cuba dan gunakannya. Sebab tu lah ramai pemain gitar yang guna tube amplifier.

Keburukan Tube Amplifier Yang Perlu Korang Tahu

Setiap produk semestinya ada bahagian “dark side”. Begitu juga dengan tube amplifier. Disebalik pelbagai kelebihan tube amplifier yang admin nyatakan diatas, terselindung beberapa keburukan tube amplifier yang perlu korang tahu sebelum decide untuk gunakannya.

Kalau korang memang gunakan untuk tujuan professional rasanya boleh skip je portion keburukan tube amplifier ini. Tapi kalau sekadar untuk guna biasa-biasa ataupun untuk “bedroom guitarist” macam admin ni memang kena consider keburukan ini. Check it out dekat bawah ini.

Point #1 – Mahal

Dengan quality sound yang terhasil ditambah dengan endorsement pelbagai guitarist terkenal menyebabkan harga amplifier gitar jenis tube ini jauh lebih mahal jika dibandingkan jenis yang lain. Senang cerita memang harga kayangan. Marhaen memang tak mampu nak beli.

Point #2 – Maintenance

Selain daripada harga yang mahal, tube amplifier ini juga memerlukan penjagaan yang agak rapi. Ada tatacara tertentu untuk guna sekiranya nak amplifier tahan lebih lama. Kalau pakai belasah je memang sekejap je dah rosak dan kena repair.

Part yang paling penting kena jaga adalah tube atau valve itu sendiri. Selalunya kalau rosak mesti tube tu pecah. So terpaksalah ganti tube tu barulah boleh guna semula amplifier tersebut. Dah la harga mahal, maintenance tinggi pulak.

Point #3 – Berat

Jika dibandingkan side by side antara sebuah amplifier tube dengan jenis yang lain dari segi fizikal mungkin nampak lebih kurang sama saiz. Tapi bila korang angkat amp tersebut barulah korang tahu bezanya. Kalau compare amp head yang sama power (Watt) beratnya jauh beza.

Jadi kalau banyak nak guna untuk show luar memang perlu crew dan soundman yang sado la untuk angkut amplifier jenis tube ini.

Perlu Ke Guna Tube Amplifier Dekat Rumah?

Okay kita dah tengok definisi apa itu tube amplifer, sejarah, kebaikan dan keburukan dalam artikel ini. So persoalan yang orang selalu tanya, sesuai ke guna tube amplifier ini dekat rumah? Nak guna untuk praktis bila waktu lapang.

Jawapannya memang boleh kalau jiran korang tak report polis. Sebab amplifier jenis tube ini memang kuat bunyinya. Even kalau pakai yang 20 Watt pun dah cukup kuat. Boleh panggil crowd untuk berkumpul depan rumah korang buat mini concert.

Lagipun agak overpriced sekiranya nak digunakan hanya untuk praktis dekat dalam bilik tidur. Tak berbaloi dan tak fully utilized amplifier tu sendiri. Sebab kemampuan tube amplifier ini memang lebih daripada itu. Tapi kalau korang ada buat recording home studio, then it’s okay.

Setakat itu sahaja yang dapat admin kongsikan mengenai apa itu tube amplifier. Semoga apa yang dikongsikan dekat atas tadi dapat memberi serba sedikit manfaat pada korang. Sekiranya terdapat sebarang komen boleh tinggalkan pada ruangan dibawah ini…

Sumber: Zing Instruments, Wikipedia

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.