Apa Itu Video Codec & Kegunaan Pada Daily Activity

by | Dec 31, 2021 | Creative

Jika sebelum ini admin dah mention pasal video format. So kali ini sambung sikit lagi berkenaan apa itu video codec. Ianya sangat berkait rapat. Malahan ada juga yang rasakan video format dan codec adalah benda yang sama. Tak perasan pun yang ada dua item yang berbeza.

Admin dulu pun ingatkan ianya benda yang sama. Tapi bila start edit video, barulah nampak yang sebenarnya faham fungsi video codec selain daripada video format. Jadi sebelum cerita lebih detail kita kena tahu dulu definisi apa itu video codec.

Definisi Apa Itu Video Codec

Jika kita lihat dari perkataan Codec itu sendiri ianya berasal daripada perkataan “code”. Selain video, audio juga perlu menggunakan codec. In term of definisi ianya sama. Cuma jenis codec bagi video dan audio adalah berlainan. Nanti admin akan detail kan dalam artikel audio codec.

Definisi Video Codec adalah seperti dibawah:

Codec adalah peranti atau perisian yang mengecilkan fail data digital menjadi ukuran yang lebih terkawal untuk memudahkan proses penyimpanan dan pengedaran. Itu menjadikan pembuatan dan penyimpanan barang seperti video panjang dan HD lebih mudah diakses.

Secara ringkasnya, video encoding adalah proses “compress” fail video supaya boleh “play” dengan lancar seperti rakaman video. Video encoding juga mengurangkan saiz fail video, secara tak langsung menjadikan proses penyimpanan dan transfer boleh berlaku dengan lebih mudah.

Kenapa Perlu Video Codec?

Kita dah tahu maksud video codec. So kenapa pula perlu ada video codec? Kalau video tu tak compress, tak boleh tengok ke? Banyak persoalan yang timbul. Setiap benda yang wujud mesti ada fungsi yang tertentu. Kalau tak kenapa perlu bersusah payah ciptakannya.

Secara general, video codec ada dua fungsi utama iaitu:

  1. Encoder – Proses compress file video
  2. Decoder – Decompress fail tersebut bila nak play video

Senang cerita fungsinya adalah macam gambar dalam bentuk softcopy. Actual size pixels mungkin besar contohnya untuk billboard. Tapi dalam PC / Laptop / Smartphone kita boleh view mengikut saiz skrin yang digunakan. Kalau perlu boleh zoom untuk detail.

Cuba bayangkan kalau ianya sentiasa dipaparkan dalam saiz sebenar. Kalau tengok gambar billboard tu dekat phone, jenuh scroll. Mesti sukar nak bayangkan keseluruhan poster pada billboard tu macam mana. Sama lah juga dengan video.

Fail tersebut akan di compress untuk tujuan simpanan dalam format video tertentu. Jadi bila nak play semula, barulah akan load saiz sebenar. Sebab tu ada fungsi encoder dan decoder.

Jenis Video Codec Yang Biasa Digunakan

Terdapat beberapa jenis video codec yang selalunya digunakan pada video. Setiap jenis ada kelebihan masing-masing. Jadi boleh pilih mana satu yang dirasakan sesuai dan mengikut keperluan. Jom kita lihat jenis video codec yang ada.

Type #1 – H.264/AVC

Antara video codec yang paling popular dan paling banyak digunakan masa kini. Biasanya akan view H.264 sahaja dalam detail. AVC adalah bermaksud Advanced Video Coding. Video yang banyak gunakan video codec jenis ini adalah untuk tujuan cable TV broadcasting dan Blu-ray disc.

Type #2 – H.265/HEVC

Kalau kita tengok daripada namanya nampak lebih kurang dengan type #1. Codec H.265 ini adalah legasi kepada H.264. Ianya diwujudkan untuk improve apa yang dilakukan oleh codec sebelum ini. HEVC atau High Efficiency Video Codec menghasilkan compression video lebih bagus daripada AVC.

Jadi saiz fail video yang menggunakan codec H.265/HEVC ini akan lebih kecil dan lebih sesuai untuk streaming sebab akan menggunakan bandwidth lebih sedikit berbanding codec type #1. H.265 adalah codec pertama yang menyokong resolusi 8k. Kira macam “pioneer” dalam video codec.

Type #3 – AV1

Sekali imbas nampak macam format video AVI. Tapi hujung tu nombor “1” bukannya huruf “I”. Video codec AV1 ini adalah opensource iaitu dibuat oleh sekumpulan developer secara percuma. Walaupun agak kurang digunakan jika dibandingkan dengan H.265, tapi compression AV1 lebih bagus.

Type #4 – VP9

Satu lagi video codec yang “free”. Tapi VP9 di develop oleh Google. Yang terbaeknya adalah semua google platform seperti Android, Chrome dan Youtube support VP9. In term of video quality juga ianya dikhabarkan lebih bagus jika dibandingkan dengan H.265.

Cuma satu je kelemahan video codec VP9 ini ialah kesemua produk Apple Inc tak support. So kalau korang banyak gunakan IMAC atau Iphone, mungkin tak sesuai gunakan codec ini.

Type #5 – H.266/VVC

Disebabkan oleh kewujudan beberapa video codec percuma dan performance yang mantap menyebabkan varian terbaru H.266 terhasil. Kali ini VVC atau Versatile Video Coding dikhabarkan boleh compress video lebih bagus berbanding H265. Cuma ianya masih baru dan tak banyak digunakan lagi.

Type #6 – MPEG-4

Codec MPEG-4 ni antara yang paling senior dalam senarai ini. Memang dah lama wujud dan still digunakan sehingga kini. Cuma popularitinya agak tenggelam sejak kemunculan H.264 dan H.265. Dah agak rare nak jumpa video guna codec ini sekarang.

Type #7 – DivX

Satu lagi video codec yang old timer. DivX ini suatu masa dulu memang famous. Setiap computer mesti ada codec ini kalau tak memang tak boleh view video. Tapi sekarang ini orang dah tak guna untuk video baru. Yang lama-lama mungkin ada lagi guna codec DivX ni.

Cara Nak Check Video Codec Pada File Korang

Mesti korang tertanya-tanya macam mana kita nak tahu video yang kita ada tu pakai codec apa. Sebab biasa kalau kita tengok dekat file video biasanya akan tunjuk video format sahaja. Even dekat detail dalam properties pun tak jumpa. So macam mana nak tahu?

Simple je cara nak check video codec. Korang cuba double click file video tersebut. Bila dah play dekat video player, ada playlist yang tunjuk senarai video yang “play”. Mungkin playlist ini hidden. So kena view playlist terlebih dahulu kemudian tekan “right click” pada video dekat playlist tadi.

Kemudian pilih media info / properties / detail. Ini berbeza-beza mengikut video player. Jadi akan keluar detail mengenai video tersebut. Antara detail yang biasanya terpapar adalah format, bit rate, fps dan sebagainya. Termasuklah jenis codec untuk video tersebut.

Jadi itulah cara nak check video codec yang korang perlu buat step by step. Mungkin korang perlu tahu codec video yang nak digunakan untuk editing dan sebagainya. Boleh gunakan cara tersebut. Tapi kalau tak boleh play video tersebut, kena check online.

Nak Guna Video Codec Yang Mana Satu?

Pada yang tak buat video editing mungkin tak kisah pun codec apa yang digunakan. Asalkan video tu boleh tengok kira okaylah. Tapi kalau korang banyak buat video editing dan banyak upload ke social media seperti youtube, facebook dan Instagram mungkin kena concern pasal video codec.

Boleh dikatakan sekarang ini mostly akan gunakan H.264 dan H.265. Sebab most platform support codec ini. Selain daripada itu mungkin boleh gunakan AV1 atau HP9 sebagai alternative. Depends kepada keperluan dan kegunaan video tersebut.

Pada pendapat admin, untuk jalan selamat elok gunakan H.264 sebab sekarang ini most of the video gunakan codec ini. Tapi untuk masa depan mungkin akan lebih kearah H.265 dan H.266. So pada masa tu kita pun terpaksa evolve jugalah kan.

By the way, setakat itu sahaja yang admin boleh ceritakn mengenai apa itu video codec serta applikasinya pada kita semua. Semoga apa yang dikongsikan dapat manfaat pada korang. Sekiranya ada sebarang komen boleh tinggalkan pada ruangan dibawah.

Sumber: Brid TV / Gambar: CNet 

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.