Audio Format Yang Sering Digunakan Untuk Muzik

by | Dec 13, 2020 | Creative

Ada banyak audio format yang selalunya digunakan untuk tujuan muzik. Yang mana satu korang selalu guna dan kenapa? Setiap audio format mempunyai karatkter yang berlainan. Ia juga akan menghasilkan kualiti bunyi berbeza mengikut format.

Sesetengah format adalah universal yakni boleh dimainkan oleh semua player termasuk di smartphone. Tapia da juga yang direka khusus untuk tujuan tertentu dan hanya boleh open guna device atau player yang dikhaskan sahaja.

7 Format Audio Yang Common Dalam Muzik

Penggunaan format audio yang berbeza mengikut tujuan tertentu adalah suatu yang normal. Begitu juga dengan format gambar dan juga format video. Setiap format ada kegunaannya yang tersendiri. So kena tahu format nya dulu. Kemudiaan kegunaannya.

Pada yang sering melakukan editing atau recording audio, komfem korang tahu banyak format yang ada. Sebab kadang-kadang bila nak gunakan sesuatu audio dari sumber lain, bila format yang kita tak familiar selalunya akan ada masalah.

Terutamanya melibatkan software yang kita gunakan untuk editing tiba-tiba tak support audio format tu. Pening kepala dibuatnya. Tapi jangan risau sekarang dah banyak audio converter. Boleh convert je ke format yang diperlukan. Jom kita lihat format apa yang common untuk muzik.

Format #1 – WAV

Boleh dikatakan format audio yang agak “senior” berbanding yang lain. Ianya dibangunkan oleh Microsoft untuk kegunaan audio untuk windows. WAV atau nama panjangnya Waveform Audio File Format telah wujud sejak tahun 1991.

Selalunya fail muzik atau audio format ini saiznya agak besar. Tapi kualiti bunyi yang dihasilkan adalah mantap. Kalau korang beli CD Album lagu para artis, format yang digunakan adalah WAV. Lagu 5 minit tapi satu file 50Mb untuk satu lagu.

Untuk recording, mixing dan mastering adalah amat digalakkan guna format WAV ni. Barulah hasilnya kedengaran lebih berkualiti. Tapi kalau guna untuk upload online, format ini agak besar. Mungkin kena compress atau convert ke file yang lain.

Format #2 – MP3

Ini merupakan format audio paling popular didunia. Boleh dikatakan semua orang tahu format MP3 ini. Tak kiralah korang selalu edit audio, professional atau pun yang tak pernah langsung berkecimpung dalam bidang editing. Semua mesti tahu.

Mana tak nya, sekarang ini semua lagu online dan juga pada device atau smartphone menggunakan format MP3. Kiranya universal format lah sekarang ini. MP3 adalah bermaksud MPEG-1 Audio Layer 3. Ianya telah wujud sejak tahun 1993 lagi.

Kini ianya menguasai dan menenggelamkan pelbagai format audio yang lain. Kelebihan utama MP3 adalah saiz fail yang kecil.. Jadi kalau korang nak mudah untuk editing dan sebagainya guna je format ini. Komfem korang takkan pening kepala.

Format #3 – FLAC

Merupakan alternative kepada MP3. Tapi komfem korang tak pernah dengar format FLAC ini. FLAC adalah akronim kepada Free Lossless Audio Codec. Kenapa Lossless? Jawapan nya adalah sebab format ini boleh compress file asal jadi lebih kecil.

Tapi kualiti bunyi tak berkurang walaupun telah di compress. So itulah kelebihan utama FLAC berbanding MP3. Boleh dikatakan FLAC adalah format yang terbaik untuk audio. Cuma kurang popular je lah. Jarang orang guna.

Admin pun tak pernah guna. Cuma tau je kewujudan FLAC ini tapi tak pernah pun save file audio dalam bentuk FLAC. Korang pernah guna tak?

Format #4 – AAC

Advanced Audio Coding atau lebih mudah disebut sebagai AAC telah di develop semenjak tahun 1997. Ianya sepatutnya menjadi kesinambungan kepada format MP3. Tapi malangnya popularity MP3 tak pernah turun sehinggalah kini.

In term of file size dan juga kualiti sound, AAC lebih advanced. Walaupun file format AAC juga terdapat compression tapi ianya tak effect kepada kualiti bunyi. Kiranya lebih kurang macam FLAC la. Kualiti bagus tapi orang tak tahu dan kurang menggunakannya.

Tapi korang jangan risau, sebab kebanyakkan player ataupun software untuk audio support format AAC. Jadi in case kalau korang ada audio format AAC, boleh je open guna player atau software yang biasa korang gunakan untuk MP3.

Format #5 – WMA

Selain WAV, WMA juga dibangunkan oleh Microsoft khusus untuk audio pada windows sejak 1999. Nama yang digunakan pun dah jelas kelihatan. WMA bererti Windows Media Audio. Dari segi kualiti dan compression file size, WMA adalah lebih bagus daripada MP3.

Akan tetapi file WMA kurang digunakan sebab ianya adalah under Microsoft. Jadi banyak device selain computer tak support WMA. Ditambah pula dengan popularity MP3 yang mencanak naik masa itu terus menenggelamkan format ini.

Tapi walau macam mana pun, WMA masih lagi salah satu format yang masih digunakan untuk muzik. Sekarang dah banyak player dan software support format ini.

Format #6 – OGG

Sangat jarang kedengaran format OGG ni. Ianya tidak membawa maksud apa-apa. Memang betul-betul OGG sahaja. Sejak ianya dibangunkan pada tahun 2000, OGG agak kurang mendapat tempat sebab format ini adalah open source format.

In term of saiz dan kualiti ianya lebih bagus daripada MP3. Agak obvious sebab banyak lagi yang lagi bagus daripada MP3 pun masih tak dapat lawan popularity serta compatability nya. Inikan pula format open source. Lagilah tak boleh nak challenge.

Agak kurang player dan juga software yang support format OGG. Tapi ianya masih kekal sehingga kini. Still standing and survive. Sekarang ini OGG banyak digunakan sebagai format dalam software opensource.

Format #7 – M4A

Yang terakhir ini adalah format dalam bentuk MPEG4 Part 14 atau nama lain nya MP4. Sama macam format video. Tapi untuk audio namanya M4A atau MPEG4 Audio file. Sepatutnya ianya diwujudkan untuk menggantikan MP3.

Tapi lain pula yang jadinya. M4A tak boleh beat MP3 dari segi jumlah orang yang gunakannya. So ianya kekal sebagai suatu format yang kurang dikenali. Even admin pun tak perasan wujudnya format M4A ni. Yang admin tau ada MP4 je.

Mana Satu Audio Format Yang Terbaik

Rasanya dah terang lagi bersuluh kalau orang tanya soalan macam ni dekat admin. Jawapannya adalah MP3. Walaupun ikut review kata terdapat banyak lagi format yang lebih bagus in term of quality, tapi setakat ini belum ada yang boleh beat MP3 dari segi compatability.

Cuba bayangkan suatu masa dulu ada audio player yang digelar MP3 Player. Masa tu MP3 player ini menggantikan terus Walkman dan Discman. Betapa kuatnya pengaruh MP3 sampai orang boleh cipta player khusus untuk format ini.

Tapi in term of technical, WAV adalah format yang paling terbaik jika korang meman serious dalam bidang recoding dan editing. Cuma dari segi file size ianya boleh kata 10x lebih besar daripada fail MP3. Tapi apedehal sekarang ini pendrive pun dah capacity besar.

Memory phone pun dah sangat besar untuk save fail WAV. Itu adalah pendapat admin tentang audio format yang selalu digunakan. Korang rasa macam mana? Ada lagi format lain tak? Sila tinggalkan komen korang dekat bawah ini…

Sumber : Make Use Of

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *