Beza Raster Dan Vector Untuk Fail Image Dan Kegunaannya

by | Dec 31, 2020 | Creative

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya beza raster dan vector untuk image yang sering digunakan. Sebab kalau sekali tengok nampak gambar kelihatan sama je. Macam takde apa beza pun. So macam mana nak tahu gambar tu raster atau vector?

Persoalan itu akan terus mengundang pelbagai soalan susulan yang menyebabkan rasa ingin tahu yang tinggi terhadap perbezaan kedua-dua kategori fail image ini. Admin pun teruja nak tau apa bezanya. Orang selalu cakap raster dan vector.

Tapi tak tahu apakah bezanya dan nak guna untuk apa? So admin terus buat research untuk mencari jawapan kepada semua pertanyaan yang berkaitan. By the end of this article, korang akan temui jawapan kepada apa yang perlu diketahui mengenai raster dan vector.

Raster Image

Okay kita mulakan dengan Raster sebab ianya adalah jenis yang paling common dan banyak ditemui. Jom baca beberapa fakta mengenai Raster Image.

Apa Itu Raster?

Image yang kategori kan sebagai Raster adalah apabila zoom korang akan nampak petak-petak kecil segi empat sama yang dipanggil “pixel”. Tapi pada saiz sebenar memang tak akan perasan petak ni. Cuma bila zoom je kita akan perasan.

Kebanyakkan fail image yang kita jumpa setiap hari adalah dalam bentuk Raster. Terutamanya gambar yang kita snap daripada camera mahupun phone. Cuma bezanya hanya pada kualiti gambar tersebut sama ada cantik atau pun tak.

Lebih kecil saiz petak pixel, maka lagi sharp dan cantik lah gambar tersebut. Begitulah juga sebaliknya. Unit untuk measure saiz petak ini adalah DPI (Dot Per Inch) atau PPI (Pixel Per Inch). Lagi tinggi value DPI atau PPI, lagi kecil saiz petak.

Secara tak langsung menjadi indicator tidak langsung kepada kualiti gambar tersebut. Tapi macam biasalah, kalau gambar yang berkualiti ni selalunya saiz agak besar. So ada pro dan cons. By the way, it’s good to have bigger image. Nanti admin akan explain kenapa dekat bawah ni.

Kegunaan Image Raster

Seperti yang admin bagitahu dekat atas, image raster ini lebih sesuai digunakan untuk gambar daripada fotografi. Dengan kata lain gambar yang capture daripada camera bersumberkan situasi yang real atau semulajadi.

Untuk edit image raster, korang kena guna software editor yang support format raster seperti Adobe Photoshop atau GIMP. Software jenis ini memang khusus untuk edit image terutamanya kategori Raster. Hasil outputnya juga akan save dalam format raster.

Format Image Raster

Terdapat banyak jenis format yang kita guna untuk save gambar atau image dalam bentuk Raster. Antara yang popular dar sering digunakan adalah seperti dibawah:

  1. .tiff (Tagged Image File Format)
  2. .psd (Adobe Photoshop Document)
  3. .pdf (Portable Document Format)
  4. .jpg (Joint Photographics Expert Group)
  5. .png (Portable Network Graphic)
  6. .gif (Graphics Interchange Format)
  7. .bmp (Bitmap Image File)

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa ada banyak format. Soalan itu admin ada explain lebih detail dekat artikel format gambar. Boleh baca lebih lanjut dekat sana. Setiap format ada kelebihan tersendiri. Bergantung kepada penggunaan.

Ada yang mengutamakan kualiti gambar. Manakala ada juga yang lebih mengutamakan saiz fail. Jadi sebab tu wujudnya banyak jenis format. Disamping itu, ada sesetengah format wujud sebab digunakan oleh software tertentu. Contohnya format PSD adalah format untuk software Adobe.

Vector Image

Kita dah cerita pasal raster image dengan panjang lebar. So jom kita tengok pula tentang vector image. Dibawah adalah beberapa fakta mengenai vector.

Apa Itu Vector?

Jika raster tadi berbentuk petak pixel, vector pula lain ceritanya. Vector image terhasil daripada formula matematik yang membentuk sama ada garisan, curve atau stroke. Disebabkan algorithm yang disebutkan tadi, ianya menjadikan vector lebih sharp.

Tak kira sama ada korang zoom lebih besar atau kecil, tetap akan nampak garisan yang jelas. Senang cerita kualiti image vector ini adalah sama walaupun diperbesar atau dikecilkan. Tapi tak semua software atau application yang boleh view vector image ni.

Hanya software tertentu sahaja boleh digunakan untuk “open”. Antaranya adalah Adobe Illustrator atau Inkscape. Kalau nak buka guna software raster yang admin share dekat atas tadi pun boleh tapi kena convert terlebih dahulu. Kualiti pun dah tak sama lah lepas convert.

Kegunaan Image Vector

Jika raster lebih kepada gambar semulajadi. Vector pula lebih kepada sesuatu yang kita design atau lukisan. Bukan lukisan tangan tau. Lukisan yang kita buat menggunakan software yang admin bagitau dekat atas tadi.

Maka terhasillah image vector. Fail vector ini sangat sesuai untuk digunakan bagi design terutamanya logo. Sebab logo ini kita perlu guna untuk pelbagai application. Ada yang perlukan saiz besar untuk print dan sebagainya. Dan ada juga yang perlukan saiz yang kecil je.

Format Image Vector

Sama seperti raster, vector image juga ada pelbagai jenis format yang sering digunakan. Antara format yang popular adalah:

  1. .ai (Adobe Illustrator document)
  2. .eps (Encapsulated PostScript)
  3. .svg (Scalable Vector Graphic)
  4. .pdf (Portable Document Format; only when saved from vector programs)

Common format yang boleh digunakan oleh banyak vector software adalah EPS dan SVG. Manakala untuk AI dan PDF adalah daripada keluaran Adobe. Mungkin ada software vector yang tak boleh guna untuk view fail tersebut.

Raster VS Vector

Cerita pasal Raster pun sudah. Manakala vector pun admin dah kongsikan dekat atas ni. So korang jelas tak? Atau ada rasa macam blur lagi tak tahu nak beza raster dan vector? Admin akan summarize sikit dekat sini untuk mudahkan korang faham.

Generally raster adalah gambar yang digunakan atau terhasil daripada fotografi manakala vector pula image yang terhasil daripada process design atau lukisan. In term of kualiti pula, bergantung kepada applikasi.

Kalau untuk photography memang raster lebih sesuai dan kualiti lebih bagus. Manakala untuk design atau lukisan, then vector lebih cun. Dari segi conversion pula, vector boleh convert ke raster. Tapi untuk convert raster ke vector ianya mungkin tak berhasil.

Sebab dari segi kualitinya mungkin akan sama je dengan fail asal raster image tersebut. So no point untuk convert. Melainkan korang buat “tracing” semula dan save as vector format. Then mungkin boleh kalau buat macam tu.

Kalau tanya mana satu yang kita patut guna sama ada raster atau vector, jawapan admin adalah kedua-duanya. Depends kepada apa tujuan kita nak guna image tersebut. Pemilihan software edit gambar juga perlu diambil kira untuk ketahui hasil akhir nanti raster atau vector.

Rasanya setakat itu sahaja daripada admin tentang beza raster dan vector. Pada yang ada sebarang pendapat, cadangan atau komen, boleh berbuat demikian pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini…

Sumber : Shutterstock

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *