Buat Bisnes Perkhidmatan Untuk Jana Income Yang Mantap

by | Dec 31, 2021 | Bisnes

Dekat dalam artikel buat bisnes side income, salah satu daripada bisnes yang admin mention adalah buat bisnes perkhidmatan. Jadi kali ini kita fokus untuk bisnes tawarkan servis sahaja. Ada banyak bisnes perkhidmatan yang boleh kita buat.

Cuma sangup atau tidak je. Sebab kebanyakkan bisnes perkhidmatan ini memerlukan “skill” dan “equipment” untuk kita tawarkan servis para orang lain. Orang akan bayar upah untuk dapatkan perkhidmatan tersebut bagi selesaikan masalah mereka.

Top 10 Bisnes Perkhidmatan Yang Boleh Korang Cuba

Kalau nak diikutkan ada banyak lagi cara buat bisnes perkhidmatan yang ada diluar sana. Admin hanya senaraikan 10 sahaja yang sering kita tengok orang buat. Secara logiknya, kalau ramai yang buat bisnes perkhidmatan tu, maknanya demand banyak.

Jadi mungkin korang boleh cuba salah satu yang disenaraikan. Yang mana satu dirasakan sesuai, boleh cuba. Kalau boleh biarlah yang kita ada pengalaman serba sedikit mengenai perkhidmatan tersebut supaya lebih mudah nak mulakan. Jom kita tengok senarai bisnes perkhidmatan tersebut.

Biz #1 – Fotografi

Ramai admin tengok buat freelance sebagai photographer. Terutamanya yang ambil job untuk wedding dan juga event lain. Nampak macam mudah tapi sebenarnya banyak kerja nak kena buat selain daripada skill untuk shoot gambar yang cun.

Of course untuk ambil job fotografi, korang mesti ada kamera sendiri. Semestinya kena guna DSLR. Upah ambil gambar berdasarkan event. Lagi panjang event, maka lagi banyak gambar. Selain shoot gambar, korang juga perlu mahir buat editing sebelum serahkan gambar tersebut kepada customer.

Biz #2 – Web Developer

Disebabkan kini zaman informasi berada dihujung jari sahaja menyebabkan permintaan terhadap perkhidmatan buat laman web meningkat secara mendadak. Ramai orang mula perlukan website tak kisah sama ada untuk syarikat ataupun untuk bisnes online.

Membina laman web yang bagus memerlukan kemahiran. Pada yang nak belajar buat sendiri boleh rujuk artikel buat laman web percuma. Kalau tak ada masa, yang paling mudah adalah mengupah web developer untuk buatkan untuk korang.

Biz #3 – Graphic Designer

Masih berkait rapat dengan keperluan bisnes. Perkhidmatan graphic designer memang ramai orang cari. Salah satu yang paling tinggi demand adalah design logo. Selain itu juga terdapat banyak lagi sebab kenapa orang perlu gunakan graphic designer.

Biasanya untuk tujuan bahan marketing seperti poster, banner, flyers dan sebagainya. Kadang-kadang nampak seperti simple je jobscope ini. Tapi nak dapatkan idea untuk design bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlu orang yang kreatif dan imaginasi yang tinggi.

Biz #4 – Printing

Biasanya ianya akan bundle sekali dengan Biz #3. Sebab seorang graphic designer biasanya akan print sekali hasil karyanya. Tapi tak semua graphic designer ada tawarkan servis printing. Sebab ianya memerlukan modal untuk mulakannya.

Korang kena ada printer untuk print mengikut keperluan customer. Kalau untuk pring poster, banner dan bunting, memang kena ada printer yang besar. Selain itu, perkhidmatan printing juga dikaitkan dengan tshirt custom design.

Biz #5 – Tailor

Jika tadi print design pada baju, tapi yang ini pula adalah menjahit baju. Selalunya dikaitkan dengan perempuan sebab banyak nak buat baju. Tapi tak semestinya lelaki tak menggunakan perkhidmatan tailor. Even ramai tailor adalah daripada kaum lelaki.

Bila sebut tailor rasa macam klasik sangat pula. Kalau sekarang ini ramai yang gelarkan diri mereka sebagai fashion designer. Barulah nampak glamour sikit. Tapi scope hampir sama. Skill yang diperlukan adalah menjahit baju.

Biz #6 – Wiring

Bukan sahaja construction yang perlukannya, rumah dan building yang dah siap pun masih perlukan perkhidmatan pendawaian. Tapi tak semua orang yang boleh buat wiring sebab ianya melibatkan arus elektrik. Salah buat memang boleh menyebabkan kemalangan.

Bagi yang ada sijil wireman sahaja layak untuk buat servis wiring ini. Pada yang berminat nak buat bisnes perkhidmatan wiring, perlu ambil sijil terlebih dahulu. Barulah certified dan lebih mudah untuk korang ambil job.

Biz #7 – Plumbing

Tak seperti wiring, perkhidmatan perpaipan tak perlukan sijil untuk mulakannnya. Tapi korang mestilah mempunyai pengalaman dalam plumbing sebelum decide untuk mulakannya. Pengetahuan mengenai kerja perpaipan adalah sangat penting.

Maklumlah, kalau salah pasang akan menyebabkan kebocoran dan mungkin boleh terjadinya kemalangan. Biasanya orang akan panggil untuk renovate atau repair piping. Charges bergantung kepada complexity job tersebut.

Biz #8 – Modelling

Okay yang ini tak semua orang boleh buat. Maaf kalau ianya sedikit mengguris perasaan kalau tulis muka yang tak seberapa memang susah nak dapat job untuk modelling. Tapi kalau dah rezeki memang tak kemana. Lagipun tak semua job untuk orang yang kacak atau cantik je betul tak?

Selain daripada paras rupa, korang juga perlu “camera friendly” ataupun dipanggil sebagai photogenic. Kena pandai bergaya depan kamera lah senang cerita. Barulah senang nak shoot photo dan video. Pada yang nak try modelling kenalah belajar “pose” terlebih dahulu.

Biz #9 – Cleaning

Kedengaran macam jadi orang gaji pula servis ni. Tapi ramai juga yang buat perhidmatan cleaning rumah. Sebagai contoh ambil job untuk kemas rumah. Depends on customer nak buat cleaning yang macam mana. Kalau satu rumah, rate lagi tinggi.

Tak seperti maid, korang tak perlu terikat pada satu bos sahaja. So korang bebas untuk pilih customer. Masa buat kerja pun korang boleh pilih ikut job. Ada sedikit relief la dekat situ berbanding jadi maid sepenuh masa betul tak?

Biz #10 – Sewa Kereta

Last sekali dalam senarai ini adalah jadikan kereta korang sebagai modal untuk bisnes perkhidmatan. Bagi orang yang memerlukan untuk sewa kereta korang. Boleh buat secara persendirian ataupun join group seperti KLEZ CAR.

Yang penting sekali adalah korang kena ada kereta. Kalau boleh bukan kereta utama yang korang gunakan untuk kegunaan harian. Sebab nanti dah bagi sewa, korang takde kereta nak guna. Risiko kereta rosak selepas orang sewa pun kena consider juga. Sebab tu kena sewakan kereta yang lain.

Mudah Ke Nak Buat Bisnes Perkhidmatan?

Tak ada satu bisnes pun yang bebas daripada cabaran. Kalau nak dikirakan, semua pun susah nak buat. Jadi kalau tanya mudah ke tak buat bisnes perkhidmatan ni sebenarnya adalah subjektif. Lain bisnes perkhidmatan yang ditawarkan, lain pula cabarannya.

Sama ada kita sanggup hadapi kesemua rintangan tersebut untuk berjaya dalam buat bisnes perkhidmatan adalah bergantung kepada diri sendiri. Bak kata orang “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. So kenalah buat bersungguh-sungguh.

Tapi of course bila sebut tentang perkhidmatan, ianya melibatkan sesuatu servis yang ditawarkan pada orang lain. Secara general, amat sukar untuk memuaskan hati semua orang. Termasuklah dengan pelanggan servis kita. Ada yang suka dengan perkhidmatan kita.

Mungkin ada juga yang tak suka. Jadi apa yang kita boleh buat adalah perbaiki servis yang ditawarkan. Ianya akan jadi suatu proses continuous improvement. Sentiasa perbaiki perkhidmatan dari masa ke semasa. Jangan berasa selesa jika orang tak pernah complain.

Dalam senarai buat bisnes perkhidmatan diatas, admin juga ada buat salah satu daripadanya iaitu servis buat website. Tapi setakat ini belum lagi buat secara fulltime. Cuma ambil job bila ada inquiry sahaja. Pada yang berminat boleh klik pada link diatas.

Setakat itu sahaja yang dapat admin kongsikan berkenaan cara buat bisnes perkhidmatan untuk korang mula jana pendapatan sama ada secara part time ataupun fulltime. Sekiranya terdapat sebarang komen, sila berbuat demikian pada ruangan dibawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.