Buat Duit Dengan Instagram Yang Simple & Awesome

by | Dec 25, 2021 | Bisnes

Selain daripada buat bisnes side income, Instagram juga boleh menjadi lubuk korang menjana pendapatan tetap. Ramai dah yang mula buat duit dengan Instagram dan ianya bukan lagi sesuatu perkara yang asing dikalangan rakyat Malaysia.

Ada banyak cara buat duit dengan Instagram ini sebenarnya. Tapi yang paling penting adalah korang kena pastikan laman Instagram adalah aktif dan ramai followers. Kalau tak banyak follower, mungkin agak sukar untuk jana income secara konsisten.

Masih boleh buat duit dengan Instagram, tapi mungkin tak sebanyak yang instafamous perolehi. Itu salah satu sebab kenapa ramai yang mengejar gelaran “instafamous” tu. Kena jadi instafamous dulu sebelum jana income dekat Instagram ke?

Top 5 Cara Buat Duit Dengan Instagram Yang Mantap

Tak perlu pun sebenarnya. Yang penting korang kena mula buat daripada awal. Of course mana ada orang yang buat terus dapat banyak income. Kenalah mula dari bawah. Yang penting korang kena tahu dulu cara buat duit dengan Instagram.

Then baru boleh plan mana satu cara yang korang nak gunakan untuk mulakannya. Fokus pada satu yang dirasakan sesuai dan yakin boleh buat. Jom kita tengok senarai cara buat duit dengan Instagram supaya korang boleh start secepat mungkin.

Method #1 – Jual Barang

First of all of course kena jual barang. Cara yang paling mudah adalah dengan menjual barang dekat Instagram. Tapi persoalannya barang apa yang sesuai untuk dijual dekat Instagram? Yang ini agak sukar untuk dijawab sebab ianya subjektif.

Pada admin barang yang sesuai dijual adalah pakaian, kasut, jam tangan dan beg. Sebab ini adalah keperluan biasa yang orang gunakan. Yang paling penting adalah orang mudah untuk beli sebab tengok gambar je dah boleh pilih.

Tak perlu special explanation. Tapi tak semestinya barang lain daripada yang admin list kan tadi tak boleh jual langsung. Sebab apa admin katakan ianya subjektif? Kadang-kadang ramai yang tak boleh jual. Tapi ada orang yang boleh jual barang yang sama dekat Instagram.

Jadi kena cuba terlebih dahulu. Mungkin cara promosi, marketing, copywriting dan gambar yang menarik menjadi faktor kepada keberhasilan sales. Kena buat kajian sikit dengan tengok Instagram orang lain yang dah berjaya.

Method #2 – Dropship

Ini still jual barang tapi bezanya adalah korang kena join program drophip terlebih dahulu baru boleh mulakan. Bezanya korang tak perlu simpan stok. Cuma promote je produk yang ada, then kalau ada orang nak beli barulah order pada supplier dan akan dihantar terus ke customer.

Kalau dropship program yang berkaitan makanan, contohnya seperti Mamasab, korang mungkin kena fulfill order sendiri. Kena ambil barang dari cawangan terdekat dan COD pada customer. Mungkin ada disediakan runner. Ikut pada area tertentu.

Tapi kalau dropship barang lain selalunya dropship supplier akan courier terus ke rumah customer. Tak melalui korang pun. Itulah kelebihan buat bisnes dropship yang ramai tak tahu. Tapi kena tahu risiko bisnes dropship juga sebelum mulakannya.

Method #3 – Affiliate

Jika sebut berkenaan affiliate mesti ada yang tak pernah dengar. Pada yang masih belum tahu, boleh baca dalam artikel apa itu bisnes affiliate. Ada banyak jenis bisnes affiliate yang boleh korang pilih untuk buat pada platform Instagram.

Tapi yang admin rasa sesuai adalah produk digital. Contohnya seperti e-book, software, apps dan plugins. Affiliate ini memang banyak bermain dengan link sebab korang hanya perlu promote dengan cara tarik traffic ke landing page supaya orang beli disitu.

Seperti yang korang semua tahu, dekat Instagram tak boleh letak url pada post. Tetapi ada beberapa cara untuk korang letakkan link iaitu pada instastory dan dekat profile. Kena utilize kedua-dua tempat ini untuk promote link affiliate korang.

Method #4 – Freelance

Okay enough berkaitan dengan barang. Sekarang ini kita beralih kepada servis pula. Korang juga boleh promote servis yang ditawarkan kepada orang ramai dekat laman Instagram. Antara yang selalu orang buat adalah seperti photographer, modelling dan lain-lain lagi.

Kalau boleh upload gambar yang berkaitan dengan servis yang ditawarkan serta caption yang boleh menarik follower untuk engage dengan korang. Just create seberapa banyak engagement dengan follower supaya ramai orang mula kenal korang.

Selain itu juga boleh upload gambar testimoni ataupun serba sedikit mengenai hasil kerja korang dekat Instagram. Secara tak langsung orang akan tahu yang korang ada tawarkan servis tersebut. Bila orang tahu, mungkin orang akan mula bertanya dan mungkin akan gunakan servis korang.

Method #5 – Paid Review

Last but not least, inilah yang dikejar oleh para instafamous. Bila follower ramai, engagement dekat Instagram tinggi, maka ramai lah orang yang sanggup bayar untuk iklankan produk mereka. Itulah yang dipanggil paid review.

Orang bayar korang hanya untuk buat satu post atau video yang menunjukkan produk mereka. Review la sikit berkenaan produk tersebut dan nyatakan macam mana nak dapatkan produk tersebut. So dengan car aitu, sales mereka akan meningkat.

Lagi ramai yang view post atau video, jadi lebih tinggi chance untuk dapat sales. Kira termasuk dalam salah satu strategi marketing jugalah promote pada instafamous. Biasanya rate iklan bergantung kepada jumlah follower pada Instagram mereka.

Banyak Juga Cara Buat Duit Dengan Instagram Ni Kan?

Memang banyak lagi sebenarnya cara buat duit dengan Instagram yang boleh korang cuba buat untuk dapatkan sama ada sebagai side income mahupun full time income. Tapi pada yang nak full time tu kena betul-betul yakin.

Sebab kalau sekarang ini tengah kerja masih ada sumber pendapatan tetap. Buat bisnes ini ada pasang surutnya. Kadang-kadang ianya mencanak naik. Tapi ada masanya merudum jatuh pula. Bak kata orang “langit tak selalu cerah”.

Namun begitu ianya tak boleh dijadikan sebagai alasan untuk langsung tak mencuba buat duit dengan Instagram. Mula dengan part time. Start build follower dan create lebih banyak content yang berkaitan. Kemudian start dapatkan serta maintain sales.

Bila dah betul-betul kukuh barulah boleh decide untuk go for full time. Jangan ambil risiko terlalu awal maklumlah, sekarang ini zaman yang agak mencabar. Ramai orang diluar sana yang tak ada kerja walaupun berkelulusan tinggi.

Tak semestinya yang dah bekerja sahaja boleh buat duit dengan Instagram. Yang student pun boleh. Lagi senang sebab korang kurang komitmen dan lebih banyak masa. Jadi boleh gunakan masa yang terluang dengan mula aktif di Instagram.

Yang penting adalah konsisten dan never give up. Teruskan buat sampai jadi. Itulah serba sedikit mengenai cara buat duit dengan Instagram yang admin boleh kongsikan. Sekiranya terdapat sebarang komen, boleh tinggalkan pada ruangan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.