Buat Duit Dengan Website – 10 Cara Yang Boleh Dilakukan

by | Dec 19, 2019 | Bisnes

Zaman sekarang ni saya lihat ramai yang mula buat bisnes online. Nak cari pendapatan sampingan. Bermacam-macam cara yang selalu dilakukan. Menjual di facebook dan Instagram. Dekat Mudah, Lelong, Lazada dan lain-lain lagi. Tapi tahu tak korang yang kita boleh buat duit dengan website?

Boleh katakan proses nya hampir sama macam kita buat duit pada platform lain yang saya nyatakan diatas. Macam di platform lain, kita perlu register akaun untuk mula buat duit dengan menjual apa jua barang yang dirasakan akan mendapat sambutan yang tinggi.

Saya tidak akan touch tentang platform lain. Pada kali ini saya akan fokus kepada cara buat duit dengan website sahaja. Sebab dengan menggunakan website, peluang untuk jana pendapatan adalah lebih tinggi. Nak tahu sebab apa? Baca sampai habis.

10 Cara Yang Boleh Dilakukan Untuk Buat Duit Dengan Website

Buat duit dengan website ini boleh dibahagikan kepada dua kategori. Yakni income aktif dan income pasif. Kedua-duanya akan membantu anda buat duit. Jadi jom tengok camana nak guna website sebagai lubuk duit anda.

Cara #1 : Affiliate

Cara yang pertama ni adalah antara yang paling banyak orang buat. Sebab ianya mudah dibuat tapi boleh jana banyak duit. Basically bagi yang belum tahu apa itu affiliate, yakni suatu peluang perniagaan dengan mengiklankan produk lain pada laman web anda.

Anda tidak perlu simpan stok dan juga tidak perlu uruskan pelanggan. Anda hanya ‘promote’ link ke laman jualan produk tersebut. Cara anda nak dapat duit adalah dengan komisen yang akan diberikan bagi setiap pembelian produk tersebut melalui link dari laman web anda.

Anda bebas untuk mempromosikan produk tersebut dengan cara tersendiri. Jadi perlulah kreatif supaya dapat lebih banyak sale. Mungkin ada yang tengah membaca ni pertama kali dengar cara bisnes affiliate ni. Klik sini untuk panduan buat affiliate guna website.

Didalam panduan tersebut ada senarai laman yang menawarkan program affiliate bagi produk mereka. Jadi boleh pilih dan cuba yang anda rasa boleh buat. Mungkin bisnes affiliate adalah yang sesuai untuk anda.

Cara #2 : Dropship

Jika affiliate dibuat dengan promote link, dropship pula adalah menjual barangan terutamanya produk fizikal. Sekali imbas ianya hampir sama dengan affiliate. Cuma dropship ini melibatkan pengurusan pelanggan. Dimana anda akan menerima bayaran untuk produks secara terus.

Tidak seperti affiliate yang hanya memberi komisen. Dropship menawarkan peluang untuk keuntungan yang lebih tinggi. Apa yang anda perlu lakukan adalah mempromosi barang atau produk orang lain pada harga “marked up”. Terpulang kepada anda nak up kan berapa.

Kecuali supplier telah tetapkan berapa harga. Selepas menerima bayaran, anda perlu menghubungi supplier untuk membuat pesanan. Butiran pelanggan perlu diberi kepada supplier kerana mereka akan menguruskan proses penghantaran melalui pos laju atau courier.

Perhatian, bukan semua supplier benarkan anda buat macam ni ye. Hanya yang ada tawarkan program dropshipping sahaja. Jangan pulak pandai-pandai jual sendiri, marked up harga, terima bayaran lepas tu supplier tu tak nak pos. Sebab diorang tak bagi buat dropship.

So kena pastikan betul-betul supplier tu ade tawarkan program dropship ke tidak. Kalau ada, baru boleh start promote dan jual. Kalau tak naya je nanti. Bagi yang nak tahu lebih lanjut mengenai dropshipping boleh refer pada guide dropshipping guna website.

Cara #3 : Produk Fizikal

Bila sebut pasal nak buat bisnes, pemilihan produk adalah perkara yang sangat penting. Salah pilih, dikhuatiri bisnes pun boleh tak jalan. Begitu juga kalau korang nak buat bisnes secara online. Pruduk memainkan peranan penting bagi menentukan halatuju sesebuah bisnes.

Cara buat duit dengan website melalui produk fizikal adalah dengan beli barang yang anda rasa boleh jual. Simpan stok dekat rumah. Kalau baru nak start, seelok-eloknya beli lah sikit dulu. Bila dah start ade order baru lah simpan banyak sikit.

Kemudian anda perlu masukkan senarai barang tersebut pada website anda. Promosikan dan ambil order daripada pelanggan. Seterusnya anda perlu pos barang tersebut kepada mereka. Jadi ianya sedikit berbeza dengan “affiliate” dan “dropship”. Sebab semua kena buat sendiri.

Supplier dan jenis produk tidak terhad. Korang boleh pilih mana yang korang suka. Dan yang paling penting, harga kos barang tersebut dapat murah daripada pasaran biasa. Sama ada beli borong ataupun memang harga pada supplier rendah.

Jadi kena pandai cari lubuk untuk cari barang yang murah. Kalau yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, anda “boleh cuba try test tengok” dekat GM Klang, Kenanga Wholesale dan di sekitar kawasan masjid india. Saya tak boleh bagi specific kedai, tapi anda boleh try survey dekat situ.

Cara #4 : Produk Digital

Kontra kepada produk fizikal adalah produk digital. Kebiasaannya produk digital yang biasa dijual di pasaran adalah seperti e-book, online course, software dan apps. Tapi korang kena buat sendiri la produk tu. Tak boleh “copy and paste” produk orang lain.

Kalau owner produk dapat tahu yang korang jual produk mereka tanpa kebenaran, anda boleh berdepan dengan tindakan undang-undang. Jadi seelok-eloknya buat sendiri. Kalau tak mampu nak buat, boleh jual secara affiliate.

Step untuk buat duit melalui produk digital hampir sama dengan produk fizikal. Cuma bezanya pada penghantaran. Sebab produk digital tak perlu pos. Korang boleh deliver dengan mengunakan saluran digital yakni guna email atau berikan link download / access.

Dari segi keuntungan, mungkin produk digital akan jana lebih tinggi. Akan tetapi, risiko produk anda di cetak rompak juga tinggi. Ada pro and cons bagi produk digital. Tapi bagi yang kekurangan modal dan ada kemahiran untuk dikongsikan, saya sarankan untuk buat produk digital.

Cara #5 : White Label

Sekali baca macam jual ape pulak kan white label ni. Bagi yang belum tahu, white lebel yang saya maksudkan adalah anda ambil produk orang lain kemudian jadikan sebagai produk anda sendiri. Dengan kata lain supplier bagi barang, korang letak label jenama sendiri dekat produk tu.

Jadi nampak lah macam produk tu anda yang buat sendiri. Walaupun hakikatnya korang pun ambil dari orang juga. Banyak dah sekarang ni produk yang berada di pasaran menggunakan cara ni. Tapi modal permulaan untuk start bisnes white label ni memang tinggi.

Bagi yang ada modal dan serius untuk buat bisnes skala besar, saya sangat menyarankan cara ini. Ye la kan, mula-mula ambil produk orang. Lama-lama dah ada team dan capability boleh buat produk sendiri. So bisnes boleh expand dengan lebih mudah.

Satu lagi risiko yang anda perlu ketahui adalah perlu berhadapan dengan client directly. Supplier anda tidak akan menjawab sebarang pertanyaan dari pelanggan anda. Tapi anda lah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Jadi kalau produk tu tak bagus, memang menjawab la.

Untuk makluman, tak semua supplier ada tawarkan white label ni. Jadi kena pilih produk yang betul serta supplier yang bagus. Kena teliti sebelum memulakan bisnes. Kena cari betul-betul. Kalau boleh cuba dulu produk tersebut. Jika anda puas hati barulah ambil “white label”.

Cara #6 : Servis

Seterusnya cara buat duit dengan website melalui penawaran servis kepada pelanggan. Banyak servis yang boleh dibuat. Antaranya adalah perkhidmatan untuk repair barang-barang, buat dan renovate rumah, sewaan PA system, graphic design dan lain-lain lagi.

Pelbagai jenis perkhidmatan boleh ditawarkan. Anda cuma perlu buat satu website berkenaan servis anda. Letakkan detail mengenai apa yang ditawarkan beserta dengan harga untuk servis berkenaan. Kemudian iklan dan promosikan laman web tersebut.

Kebiasaannya, pelanggan tidak akan membuat pembayaran terus. Jadi perlu deal dahulu dengan mereka. Jika bersetuju barulah ambil deposit atau bayaran penuh. Pada yang mempunyai kemahiran amat digalakkan untuk guna cara ini.

Sebab zaman sekarang ni ramai yang lebih gemar untuk upah orang berbanding buat sendiri. Kadang-kadang benda yang simple pun nak suruh orang buatkan. Market untuk servis adalah sangat besar. Boleh cuba secara kecil-kecilan dahulu.

Cara #7 : E-commerce Website

Nama mudah bagi e-commerce website ni adalah kedai online. Tak perlu lah canggih sampai tahap macam lazada. Cukup dengan kedai online biasa yang dilengkapi dengan sistem payment gateway. Jadi boleh lah pelanggan anda terus membuat bayaran melalui online.

Dengan sistem payment gateway, boleh guna kad kredit, kad debit dan online transfer. Lagi senang dan selamat. Kurang sikit risiko pelanggan nak tipu resit bank in. Lagi satu tak payah nak check akaun bank setiap kali ada pelanggan bank in.

E-commerce website boleh digunakan untuk menjual pelbagai jenis produk. Anda boleh combine produk digital dan fizikal. Nak buat dropship pun boleh. Jadi lebih mudah pakai kedai online berbanding laman web biasa.

Cara #8 : Review

Seterusnya anda boleh jana pendapatan pasif dengan membuat review untuk produk atau laman web. Caranya adalah dengan buat satu artikel untuk buat review berkenaan produk / website tertentu. Sertakan sekali “backlink” kepada website produk / website mereka.

Kebiasaannya, anda boleh charge kepada yang meminta untuk buat review. Tiada kadar yang standard bagi harga untuk review. Ianya juga bergantung kepada performance trafik website anda. Lagi ramai pengunjung yang datang ke laman web anda, lagi ramai yang nak review.

Tapi untuk review ni biasanya untuk laman web yang telah ramai pengunjung. Tidak sesuai bagi mereka yang baru nak bermula. Kena tingkatkan trafik dan performance website anda. Bila da mantap baru boleh buat review.

Cara #9 : Ads

Antara cara lain yang popular bagi buat duit dengan website adalah menyewakan ruangan iklan pada laman web anda. Dengan cara ini anda boleh dapat income secara passive. Tanpa perlu menjual barangan, tapi hanya sediakan tapak sahaja.

Mudah kan? Memang nampak mudah. Tapi cara ini lebih berkesan sekiranya traffic untuk website anda tinggi. Makin ramai pengunjung laman web anda, jadi lebih tinggi kebarangkalian bagi mereka untuk menekan iklan yang dipaparkan. Sebab ada click baru dapat duit.

Kalau orang hanya lihat je, so tak dapat lah income. Tapi jangan risau. Nama pun pendapatan pasif. Jumlah yang boleh dapat pun tak lah terlalu tinggi jika nak dibandingkan kalau kita menjual barang. Boleh la untuk cover duit untuk buat iklan promosi produk anda.

At least ada lah juga side income. Ada banyak ads company yang menawarkan pekej partner iklan ini. Tapi kena pilih yang bagi paling banyak per click. Selain itu perlu teliti juga rekod serta review tentang ads company tersebut. Takut tak dapat bayaran pula nanti.

Antara yang paling famous dan “trusted” adalah google adsense. Untuk makluman, google menetapkan syarat yang agak ketat untuk anda menjadi ads partner mereka. Anda boleh layari laman polisi program adsense untuk ketahui lebih lanjut.

Cara #10 : Ejen

Last but not least, anda boleh menjana pendapatan melalui website sebagai ejen. Ada macam-macam jenis ejen. Affiliate dan dropship juga digelar ejen. Tapi yang saya maksudkan disini adalah ejen yang menjadi wakil jualan kepada syarikat tertentu.

Contohnya ejen insurans, takaful, hartanah, pengurusan kewangan dan juga ejen jualan produk tertentu (eg. Dexandra, Coway, Cuckoo, dll). Cara buat duit adalah dengan mempromosi produk atau servis kepada para pelanggan. Kumudian syarikat induk akan membayar dalam bentuk komisen.

Kadar komisen adalah berbeza mengikut syarikat dan jenis produk. Bagi para ejen, anda boleh menggunakan website dengan cara personal blog. Dimana anda update tentang produk, promosi atau aktiviti yang anda jalankan.

Untuk keberkesanan yang lebih tinggi, pastikan kebanyakkan post atau artikel anda berada pada halaman pertama carian google. Baru lah orang senang nak jumpa dan beli produk / langgan servis daripada anda.

Cara Mana Yang Paling Senang?

10 cara yang saya senaraikan diatas adalah yang biasa dilakukan untuk buat duit dengan website. Tapi masalahnya cara mana yang paling senang nak buat? Yang mana paling sesuai untuk yang baru bermula? Macam-macam soalan bermain di minda.

Maklumlah nak dapat duit bukan lah semudah yang disangka. Tapi kena usaha lah untuk jadikan impian kita suatu kenyataan. Jadi kena bermula sekarang. Biar perlahan asalkan kita bergerak. Daripada laju tapi tak tahu nak kemana lagi susah.

Pada pendapat saya, cara buat duit dengan website paling mudah bagi yang baru nak bermula adalah menggunakan kaedah affiliate. Bermula dengan anda pilih suatu niche yang anda minati. Bina satu laman web dan mula menulis blog berkenaan niche tersebut.

Kemudian cari produk yang bersesuaian untuk anda promote kan sebagai affiliate. Modal permulaan pun tak banyak. Anda juga tak perlu menguruskan penghantaran barangan. Tak perlu berurusan secara terus dengan pelanggan berkenaan urusan produk.

Lama-kelamaan apabila dah ada modal, anda boleh beralih kepada ‘white label’ atau buat produk anda sendiri. Peralihan ini untuk membolehkan anda memperolehi profit margin yang lebih besar. Akan tetapi tanggungjawab terhadap pelangan juga bertambah.

Jadi kenalah bersedia fizikal dan mental. Tu pada pendapat saya lah kan. Anda rasa macam mana? Mungkin anda ada pendapat yang lebih bernas. Mana tau ada cara yang lagi mudah kan. Jadi kongsikan komen dan pendapat anda pada ruangan dibawah.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *