Buat Logo Online Secara Mudah, Pantas & Awesome

by | Dec 18, 2020 | Creative

Sebelum ini ada admin kongsikan berkenaan edit gambar online. So kali ini kita nak share cara buat logo online pula. Bezanya adalah website untuk edit gambar secara online fokus kepada editing. Kita yang buat sendiri.

Boleh juga guna untuk buat logo. Tapi dengan syarat korang tahu nak design apa lah. Kalau takde idea memang tak siap juga logo nya. Lagi satu korang kena pandai ejas dan guna tools yang ada dekat website tu untuk jadikan logo yang mantap.

Jadi sebab tu admin nak share website yang korang boleh terus buat logo dekat situ. Tak perlu buat editing, cuma perlu select beberapa sample logo kegemaran dan customize dengan keperluan bisnes korang.

9 Laman Web Buat Logo Online

Sekarang ni dah mudah untuk buat logo. Ada pelbagai alternative selain daripada korang buat sendiri. Of course selain buat sendiri adalah upah orang buat la. Tapi kadang-kadang bajet pula yang takde nak upah orang.

So terpaksa la cari alternative lain yang boleh digunakan. Pada yang berada dalam situasi yang seperti ini, admin cadangkan supaya cuba buat logo dekat website yang ada dalam list ini. Jom kita tengok senarai website buat logo online.

Website #1 – Free Logo Design

FLD atau free logo design ini boleh korang gunakan untuk dapatkan logo yang simple untuk bisnes korang. Cuma masukkan nama bisnes kemudian pilih beberapa option yang disediakan untuk membentuk logo.

Korang boleh ejas dan cuba seberapa banyak option yang ada sampailah rasa berpuas hati dengan logo tersebut. Then korang boleh download secara percuma. Tapi yang percuma saiz logo korang akan dapat nanti adalah 200 x 200 pixels sahaja.

Kalau nak yang saiz besar, kena bayar untuk download. Pada admin saiz yang percuma tu dah memadai kalau just nak guna untuk website dan juga social media. Tapi kalau nak print baju atau banner, maybe kualitinya akan terjejas.

Website #2 – Hatchful

Satu lagi website yang boleh digunakan dengan mudah. Sama je flow nya. Cuma kali ini korang kena select purpose gambar tersebut terlebih dahulu. Kemudian boleh pilih beberapa option untuk design logo yang dikehendaki.

Apabila design preview dah keluar, korang boleh fine edit dengan option yang ada untuk customize logo tersebut. Sehinggalah korang rasa dah cun logo tu, then boleh tekan button download. Hatchful ini tak kena bayar tapi korang kena register account.

Personally, option yang ada agak limited dan logo yang terhasil kira level biasa-biasa la. Tapi tak bererti final logo tu gambar low quality, cuma logo tu bukan level custom design yang sebenar la. Apa-apa pun its worth to try sebab free je.

Website #3 – Online Logo Maker

Tengok domain website pun clearly tulis Online Logo Maker. So memang port untuk buat logo online. Just tekan “get started” dank orang boleh terus mula design logo. Boleh pilih icon, font, upload gambar untuk jadikan logo.

Boleh ejas sampai korang berpuas hati. Last sekali korang kena tekan “save and download”. Untuk dapatkan image file logo tersebut, korang kena register account. Lepas register korang akan dapat link untuk download logo.

Website #4 – Tailor Brands

Hmm ini bukan tukang jahit ye. Kebetulan namanya saja Tailor Brands. Tapi ianya adalah sebuah website yang akan bantu korang design logo. Seperti biasa, korang kena masukkan nama bisnes berserta dengan tagline (kalau ada).

Just follow instruction. Ada beberapa pilihan yang korang kena buat. Last sekali korang akan diminta untuk masukkan nama dan email untuk registration. Lepas register baru boleh tengok design suggestion untuk logo korang.

Website #5 – Logo Maker

Jelas dan nyata daripada domain Logo Maker memang dah tahu ianya adalah tempat untuk buat logo. Mulakan dengan klik pada button “make a logo”. Kemudian masukkan butiran bisnes korang pada ruangan yang disediakan. Sekali lagi klik “Make A Logo”.

Pilih icon dan font yang dirasakan sesuai. Boleh pilih lebih dari satu. Then terbentuklah logo korang. Ada banyak pilihan sample logo. Pilih salah satu yang dirasakan paling nice untuk fine tune. Seperti biasa untuk download logo kena register account terlebih dahulu.

Website #6 – Free Logo Services

Nama berbeza tapi layout Free Logo Services ini sebijik macam Logo Maker. Senarai option yang korang kena masukkan pun sama. So just follow step yang admin share dekat atas. Sebab memang sama je. Cuma website je yang berbeza.

Website #7 – Namecheap

Pada yang biasa buat laman web mesti korang tau namecheap kan. Ianya lebih terkenal sebagai domain registrar. Mulakan dengan klik pada button “create a logo”. Masukkan detail bisnes korang, kemudian pilih icon dan font.

So siaplah logo korang. Ada banyak sample generated daripada pilihan yang dimasukkan tadi. Pilih satu untuk edit. Untuk download logo korang kena sign up dengan Namecheap. Yang terbaeknya adalah ia ada pelbagai option design seperti untuk t-shirt dan bisnes card.

Website #8 – Design Hill

Okay untuk Design Hill ini lain sikit. Sebab ianya bukan setakat design logo sahaja. Ada pelbagai pilihan lain. Antaranya adalah design untuk T-Shirt, Bisnes card dan juga website. Kira complete package. Tapi kebanyakkannya adalah berbayar.

Kembali kepada logo design, masukkan butiran bisnes dan pilih font, icon dan juga warna pilihan. Still kena register untuk lihat hasil akhir logo korang.

Website #9 – Place It

Dalam banyak-banyak website dalam senarai ini, rasanya Place it adalah yang paling menarik hasil design logonya. Bermula dengan butiran bisnes. Kemudian pilih industry yang berkaitan dengan bisnes korang. Terus keluar sample design.

Pilih mana-mana yang korang rasa sesuai dan klik pada design terbabit. Masih boleh fine-tuned dan edit logo sehingga korang berpuas hati. Terdapat dua pilihan untuk download logo. Sama ada bayaran per logo ataupun subscription bulanan.

Senangnya Buat Logo Online Ni Sebenarnya…

Sekarang ini ramai yang dah mula buat bisnes. Tak kiralah sama ada kecil mahupun besar. Sama ada buka kedai ataupun bisnes secara online. Secara tak langsung, ramai jugalah yang perlukan logo untuk bisnes mereka.

Nak buat sendiri tapi takde idea. Tapi kalau nak upah designer pulak harga mahal sangat. Ada yang murah tapi tengok hasil design kurang memuaskan. Itulah antara dilemma yang sering terjadi pada bisnes owner terutama bagi yang baru nak start.

Admin pernah mengalami situasi yang sama sebelum ini. Itulah yang menyebabkan admin terjumpa cara buat logo online ni. Mula-mula saja nak test je. Akhirnya terus jumpa design logo yang admin minat. Terus siap logo.

Yang paling best adalah proses nak buat logo tu tak sampai 5 minit pun. Lepas tu banyak design yang generated untuk kita pilih. Dan kita boleh generate berulang kali dengan memasukkan option yang lain. Sampailah jumpa design yang betul-betul nice.

Barulah lakukan final edit dan customize sampai betul-betul mengikut citarasa korang. If berpuas hati boleh terus beli je logo tersebut. Harganya pun still lagi murah berbanding korang upah designer.

Itu pendapat admin tentang buat logo online. Mungkin ada yang setuju. Ataupun ada juga yang rasa sebaliknya. Pilihan masing-masing. Apa-apa pun boleh share pendapat dan komen korang pada ruangan yang tersedia dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *