Buat Website Untuk Bisnes – Perlu atau Tidak?

by | Nov 8, 2020 | Bisnes

Zaman kini, ramai peniaga yang buat website untuk bisnes. Tidak kiralah sama ada bisnes tersebut besar mahupun kecil. Kebanyakkannya sudah mula menggunakan website sebagai medium perantaraan dengan para pelanggan setia mereka.

Walaupun website ini lebih sinonim dengan bisnes online, tetapi bagi bisnes yang dijalankan secara offline juga perlu memiliki sebuah laman web bagi syarikat atau kedai. Ini kerana zaman ini penggunaan internet sangat meluas. Amat rugi jika tidak dapat memanfaatkan peluang ini.

Mungkin ada yang masih ragu-ragu akan kepentingan website terhadap sesuatu bisnes. Di bawah adalah senarai sebab-sebab kenapa perlu buat website untuk bisnes:

Kenapa Perlu Buat Website Untuk Bisnes?

Seperti yang dinyatakan di atas, kini penggunaan internet lebih meluas jika dibandingkan dahulu. Cuba imbas kembali 10 tahun yang lalu, kelajuan internet hanya 1 Mbps. Kini kelajuan tersebut telah meningkat sehingga mencecah 500 Mbps (yang terpantas setakat ini).

Perubahan teknologi saluran internet juga memberi impak terhadap peningkatan pengguna internet. Jika dahulu, internet hanya boleh digunakan pada desktop ataupun laptop sahaja. Kini dengan adanya rangkaian broadband, internet sudah boleh digunakan pada telefon bimbit dan lain-lain lagi.

Jadi Apa Kaitan Dengan Peningkatan Pengguna Internet Dengan Website?

Berbalik semula kepada persoalan asal, kenapa sesebuah bisnes perlu ada website. Cuba bayangkan satu bisnes atau kedai mempunyai laman web sendiri. Kemudian pelanggan yang berada berdekatan dengan kawasan bisnes / kedai menjumpai laman web tersebut.

Secara tidak langsung, pelanggan tersebut sudah tahu mengenai kewujudan bisnes / kedai korang. Jadi kebarangkalian untuk pelanggan itu membeli barangan adalah tinggi. Malahan pelanggan mungkin akan memberitahu rakan lain tentang bisnes / kedai korang.

Segala maklumat penting tentang bisnes / kedai, perlu diletakkan didalam website bagi memudahkan para pelanggan. Dengan adanya internet, pelanggan boleh mengetahui tentang sesebuah bisnes tanpa perlu pergi ke kedai. Maklumat itu boleh dapat dihujung jari sahaja.

Ianya juga dapat lebih dikembangkan dengan menggunakan social media seperti facebook, Instagram dan twitter. Maka lebih ramai yang akan tahu berkenaan bisnes / kedai korang. Hanya dengan memanfaatkan peningkatan pengguna internet dan buat website untuk bisnes.

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah lebih ramai pengguna internet, maka lebih besar potensi bagi sesebuah bisnes dapat dikembangkan.

Social Media Tak Boleh Pakai Ke?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa social media mempunyai kekuatan dalam mengembangkan sesebuah bisnes. Jadi kenapa perlu ada website untuk bisnes sedangkan perkara tersebut boleh dilakukan guna social media sahaja.

Akan tetapi perlu diingat, semua page dan akaun pada laman social bukanlah sepenuhnya milik korang. Ia masih tertakluk kepada pemilik laman sosial tersebut. Atas kehendak pemilik tersebut, mereka berhak untuk ‘block’ atau terminate akaun.

Walaupun ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Namun harus diingat bahawa kesemua terma dan syarat tersebut dibuat oleh mereka dan ianya tertakluk kepada perubahan yang dirasakan perlu. Pada bila-bila masa sahaja mereka boleh mengubah syarat tersebut.

Berbeza dengan laman web yang dimiliki, korang bebas untuk berbuat apa sahaja selagi ianya tidak menyalahi undang-undang. Ini kerana tiada siapa yang boleh block acess pada website korang. Semua kuasa tersebut ditangan korang.

Antara kelebihan lain untuk website berbanding media sosial:

  1. Boleh buat design yang disukai
  2. Bebas letak gambar yang dikehendaki
  3. Menjual pelbagai jenis barangan
  4. Boleh mengumpul data pelanggan secara terus
  5. Sistem Automasi
  6. Penerimaan Bayaran secara online.
  7. Dan banyak lagi….

Pada zaman ini, memang tidak dapat dinafikan kuasa media sosial adalah sangat tinggi. Terutama pengaruhnya terhadap bisnes online. Jadi adalah lebih baik digabungkan kedua-duanya. Website sebagai medium utama manakala media sosial sebagai medium untuk marketing.

Banyak usahawan online telah menggunakan kaedah ini dan telah terbukti ini akan meningkatkan jualan. Ramai yang telah berjaya menggunakan konsep ini. Sudah pasti, korang juga mahukan kejayaan dalam bisnes kan? Jadi mulakan dengan memiliki laman web sendiri.

Bisnes Yang Sesuai Guna Website

Secara amnya, laman web mempunyai pelbagai fungsi. Salah satunya adalah untuk menjalankan perniagaan. Ia juga boleh dijadikan sebagai portfolio syarikat. Sebagai contoh bagi pelanggan yang nak tahu tentang latar belakang syarikat boleh mendapat maklumat tersebut dari website.

Jadi bisnes apakah sebenarnya yang sesuai untuk gunakan website sebagai medium utama? Setakat ini masih belum ada guideline bagi sesebuah bisnes yang tidak dibenarkan menggunakan laman web sebagai salah satu medium untuk pemasaran.

Maka semua bisnes bebas untuk memilih sama ada untuk menggunakan website ataupun tidak. Terpulang kepada pemilik bisnes tersebut dan mengikut kesesuaian produk yang dijual. Ia juga tertakluk kepada kaedah bisnes yang dijalankan.

Jenis website yang sesuai untuk Bisnes

Untuk makluman, website itu sendiri mempunyai banyak jenis. Tapi fokus kali ini adalah website untuk bisnes. Jadi terdapat beberapa jenis website yang boleh digunakan untuk bisnes korang. Antaranya adalah :

a. Personal Blog

Nampak macam tak sesuai tapi sebenarnya ramai usahawan yang menggunakan personal blog sebagai platform untuk bisnes mereka. Kebiasaannya pembeli produk / servis adalah dikalangan pembaca atau follower blog tersebut.

Ramai yang salah anggap berkenaan personal blog. Ada yang beranggapan personal blog ini berkisar tentang cerita peribadi berkenaan individu tersebut. Memang tidak dinafikan ada blogger yang berbuat demikian. Hanya update perkara yang dilakukan sahaja.

Namun ada juga yang buat personal blog mengikut niche yang tertentu. Sebagai contoh buat personal blog fokus kepada fitness atau tips nak jadi ‘sado’. Didalam masa yang sama, mereka adalah ejen atau owner produk berkaitan fitness.

Pembaca dan follower bagi blog ini selalunya adalah mereka yang berminat dengan fitness. Jadi apabila didalam personal blog ini ada promote produk berkenaan fitness, sudah tentu ramai yang berminat untuk mendapatkannya.

Jadi begitulah cara yang sering dilakukan bagi bisnes yang menggunakan personal blog. Selain daripada ejen produk, personal blog juga digunakan dengan meluas oleh ejen insurans/takaful, hartanah dan financial planner.

b. Corporate Website

Seperti yang dinyatakan diatas, website juga boleh digunakan sebagai portfolio syarikat. Semua perkara berkaitan dengan syarikat wajib diletakkan didalam laman web tersebut. Ia bertujuan untuk memberi maklumat kepada bakal pelanggan.

Antara maklumat yang penting adalah nombor contact, alamat syarikat, organisasi, produk / servis yang ditawarkan, projek terdahulu dan update berkenaan projek yang tengah berjalan dan bakal dilancarkan.

Kebiasaannya corporate website ini dibuat oleh syarikat yang menjalankan projek dan produk pada skala besar. Contohnya syarikat perumahan, engineering works, services, dan owner dan founder kepada sesuatu brand / produk.

c. E-commerce Website

Mungkin ada yang tak biasa dengan perkataan e-commerce. Bahasa mudah bagi e-commerce adalah kedai online. Dimana pemilik bisnes membina satu e-commerce website bagi menjual perlbagai jenis produk.

Atau mungkin ada yang terkeliru dengan website seperti Shopee, Lazada, Zalora dan Mudah. Ini juga adalah merupakan contoh e-commerce website. Akan tetapi kesemua laman tersebut adalah milik syarikat tertentu dimana produk tersebut bukanlah milik mereka.

Para peniaga dibenarkan untuk menjual pada laman mereka hanya dengan mendaftar akaun sebagai partner. Ianya tak ubah seperti media sosial, tapi lebih fokus kepada peniaga produk. Dan semua partner adalah tertakluk kepada peraturan yang mereka tetapkan.

Apa yang dimaksudkan dengan e-commerce website dalam artikel ini adalah suatu laman yang dibina dan menjual produk sendiri. Bergantung kepada kaedah bisnes yang dipilih, biasanya kedai online ini sesuai juga bagi yang buat affiliate & dropship.

Ciri-ciri e-commerce website yang menarik adalah :

  • Fokus dengan penjualan produk
  • Mengumpul database pelanggan
  • Boleh menerima pembayaran secara online atau kad kredit.

Ada juga yang menggabungkan laman e-commerce dengan blog. Ini dapat meningkatkan trafik ke website dan menambah ‘trust’ pada pelanggan untuk membeli. Namun ianya hanyalah ‘optional’. Ini kerana ada juga kedai online yang berjaya tanpa blog.

E-commerce website juga adalah solusi bagi mengelakkan dari ditipu oleh pembeli. Maklumlah kini ramai yang salah guna teknologi. Jika pembelian secara manual, pembeli terpaksa serahkan bukti pembayaran iaitu resit transfer akaun.

Memang banyak terjadi pemalsuan resit transfer tersebut. Jadi apabila menggunakan e-commerce website, pembayaran perlu dibuat secara online transfer (FPX) ataupun kad debit / kredit. Jadi ianya lebih secure dan kurang risiko untuk ditipu.

Platform Untuk Bina Website

Bila sebut sahaja nak buat website, soalan pertama yang biasanya ditanya adalah:

“Berapa kena bayar kalau nak buat website sendiri?”

Ini antara yang menjadi masalah kepada mereka yang ingin mula nak buat bisnes. Sudah pasti setiap orang inginkan kejayaan dalam bisnes mereka. Semua bisnes perlukan modal untuk bermula. Ianya sama juga seperti website. Kena ada kos permulaan.

Kos yang pertama adalah belajar cara-cara buat website. Terdapat banyak sumber yang boleh digunakan bagi mendapatkan ilmu tersebut. Kami di Inventbucks akan cuba memberikan komitmen terbaik untuk menyediakan info tentang pembinaan laman web kepada korang.

Ada jalan alternatif lain jika korang tidak mahu keluarkan modal. Jawapannya adalah ‘Youtube”. Korang boleh layari laman youtube dan mula belajar membina laman web dari video yang menunjukkan teknik untuk buat sesebuah website.

Terpulang kepada korang untuk memilih jalan yang mana satu. Option kedua itu mungkin percuma tapi akan memakan masa yang panjang bagi menyiapkan sesebuah laman web. Risiko untuk korang melakukan kesilapan juga adalah tinggi. Jadi seelok-eloknya pilihlah option pertama.

Secara amnya, platform untuk bina website terbahagi kepada dua. Iaitu percuma dan berbayar. Dibawah adalah senarai bagi kedua-dua jenis platform tersebut:

#1 – Percuma

Bila sebut percuma, sudah pasti semua orang berminat untuk mendapatkannya. Tapi perlu diingatkan bahawa barang yang percuma ini selalunya banyak kekurangan. Tedapat banyak constraint terutama sekali untuk design dan setting.

Namun ianya masih boleh digunakan bagi yang baru bermula. Terutamanya bagi yang masih rasa ragu-ragu tapi ingin mencuba buat website untuk bisnes. Jadi platform percuma adalah yang terbaik untuk korang mencuba. Jika rasa selesa dan yakin barulah bertukar ke platform berbayar.

Dibawah ini adalah senarai platform yang boleh korang gunakan secara percuma:

  1. WordPress.com
  2. Blogspot
  3. Wix
  4. Weebly
  5. Website Builder
  6. IM Creator
  7. SiteBuilder
  8. Sitey
  9. Jimdo
  10. Ucraft

Jadi boleh pilih salah satu daripada platform diatas. Yang paling popular adalah WordPress dan Blogspot. Memang ada laman web yang digunakan untuk bisnes dari platform percuma ini. Kedua-dua ini juga memiliki banyak template design yang menarik disamping setting yang mudah.

Cuma jika korang menggunakannya, terdapat nama wordpress dan blogspot pada hujung nama laman korang. Contohnya laman buckree. Jika guna platform blogspot, nama website akan jadi buckree.blogspot.com. Begitu juga dengan wordpress.com.

Jadi jika korang inginkan nama website seperti yang dikehendaki, perlulah membeli domain sendiri. Kemudian gantikan nama domain yang asal kepada nama domain yang baru. Kos untuk domain biasanya dikira secara bayaran tahunan.

#2 – Berbayar

Kebanyakkan website untuk bisnes adalah menggunakan platform berbayar. Ini kerana pelbagai function dan design yang lebih menarik. Tapi cara teknik untuk membuat website juga menjadi lebih sukar dan mencabar.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum mula membuat website menggunakan platform berbayar. Ianya adalah hosting dan domain. Kedua-dua ini adalah yang menyebabkan perlunya keluarkan duit untuk buat website.

Domain adalah nama untuk laman web korang. Manakala hosting pula adalah bertindak sebagai ‘server’ bagi sesebuah website. Semua maklumat seperti gambar, video dan artikel akan diupload dan disimpan didalam hosting.

Kos untuk domain dan hosting berbeza-beza bergantung kepada specification tertentu. Kebiasaannya akan dicaj secara tahunan. Dibawah adalah senarai platform yang digunakan bersama-sama hosting dan domain:

  1. WordPress.org
  2. Joomla
  3. Drupal
  4. Magento
  5. BigCommerce
  6. Ruby On Rails
  7. Shopify
  8. Easystore

Terdapat banyak lagi yang boleh digunakan. Tapi yang paling popular adalah wordpress. Ini kerana interface yang lebih user friendly dan mudah digunakan serta terdapat banyak pilihan design & function yang menarik.

Untuk  makluman wordpress.org yang berbayar ini hampir sama dengan yang dinyatakan pada ruangan percuma. Developer platform yang sama cuma berbeza pada interface dan function tertentu membuatkan wordpress.org lebih digemari.

Final Thought…

Website adalah sangat penting bagi sesebuah bisnes. Oleh itu tidak rugi jika korang laburkan sedikit untuk buat website untuk bisnes. Ini kerana ramai yang terbukti telah berjaya dalam bisnes dan kebanyakkannya memang ada website.

Tak kisahlah nak buat website untuk bisnes korang tu nak guna platform yang percuma mahupun yang berbayar, yang paling penting kena ada. Kalau rasa tak yakin, boleh guna yang percuma je dulu. Try buat sendiri pun boleh. Tak susah mana pun.

Nanti kalau dah “masyuk” sikit, boleh upgrade ke platform yang berbayar. Bergantung kepada kesesuaian. Hopefully korang dapat sesuatu daripada artikel ini. Sekiranya ada sebarang cadangan ataupun komen, sila tinggalkan di ruangan dibawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *