Cara Buat Bisnes Dropship Yang Mudah Dan Simple

by | Mar 2, 2021 | Bisnes

Jika sebelum ini admin ada story pasal bisnes affiliate. Kali ini nak tukar topic sikit kepada cara buat bisnes dropship. Kedua-dua bisnes ini amat terkenal sekarang ini sebab ianya mudah dan simple untuk bermula. Modal pun takdelah besar sangat.

So sangat sesuai untuk orang yang baru nak bermula berjinak-jinak dengan bisnes terutama sekali bisnes online. Sebab apa admin cakap macam tu? Nanti admin akan explain lebih detail dekat bawah nanti. Teruskan membaca sampai habis.

Apa Itu Bisnes Dropship?

Mungkin ada yang tak pernah dengar langsung perkataan dropship ni. Bila tak pernah dengar, komfem tak tahu apa benda bisnes dropship ni. Maka banyaklah persoalan yang timbul. So definisi bisnes dropship adalah seperti berikut:

“Dropshipping adalah kaedah bisnes di mana seller tidak menyimpan produk yang dijualnya dalam stok. Sebaliknya, apabila seller membeli barang tersebut dari pihak ketiga dan telah dihantar terus ke pelanggan. So seller tidak perlu mengendalikan produk secara langsung.”

Definisi ini adalah daripada Shopify Blog. Rasanya agak jelas kot. Simple je konsepnya. Seller promote sesuatu produk yang dia tak simpan stok. Kiranya promote kan orang punya barang. Harga boleh letak ikut suka. Tapi selalunya akan follow market price untuk senang jual.

Kalau ada orang berminat nak beli, baru seller tu order pada supplier. Delivery barang tu bergantung kepada seller. Sama ada supplier akan pos terus ke customer ataupun seller nak pos sendiri. Ada banyak option. Tapi yang penting barang tu adalah daripada supplier.

Kenapa Buat Bisnes Dropship?

Pada yang tak pernah ada pengalaman buat bisnes online, bisnes dropship adalah cara yang paling sesuai untuk korang. Ini kerana ianya agak mudah. Cuma pilih produk apa yang dirasakan mudah untuk korang jual dan mula promote.

Tak kisah medium apa yang korang pilih untuk promote, asalkan ada orang yang tengok dan berminat, komfem akan ada sale. Tak semestinya korang perlu ada laman web ecommerce baru boleh buat dropship. Guna social media pun boleh.

Lagi senang sebab tak perlu keluar modal untuk buat website. Selain daripada ianya mudah, bisnes dropship juga tak perlu modal yang besar. Selalunya orang akan simpan stok. Perlukan modal untuk order barang. Bila stok banyak, kena ada kedai pulak.

Dah nak kena bayar sewa kedai. Bila ada kedai kenalah ada lesen perniagaan dan sebagainya. Keluar duit lagi. Bukan tak bagus buka kedai tapi itulah yang korang kena hadap sebelum dapat untung. Untuk long term of course ianya lebih bagus.

Kalau buat dropship korang tak perlu simpan stok dan tak perlu ada kedai pun boleh buat. Even dekat rumah pun boleh start jana income hanya dengan promote barang dekat social media sahaja. Rasanya semua orang pun boleh buat bisnes ni.

Cara Buat Bisnes Dropship

Okay tadi admin dah explain definisi dan kenapa orang buat bisnes dropship. Next kalau nak mula bisnes mestilah kena tahu cara-caranya. Step by step dari mula sampailah start dapat income. So dekat bawah ini ada caranya.

Step #1 – Survey Produk

First and foremost, bila sebut pasal bisnes perkara yang sangat penting adalah produk. Apa yang korang nak jual kena tetapkan dulu. Tak boleh nak pakai belasah atau tangkap muat je. Mesti buat survey tentang produk dekat pasaran.

Kena tengok produk yang senang untuk dijual, boleh jual pada volume banyak dan demand yang tinggi. Cara korang nak survey boleh je search tengok produk apa yang banyak orang cari. Terutamanya dekat social media.

Alternatif lain boleh usha dekat shopee atau lazada. Tengok apa top sale produk yang jualan banyak. Daripada situ korang akan dapat rough idea produk apa yang boleh korang jual. Kalau boleh pilih beberapa niche produk untuk kita nilai pada step seterusnya.

Step #2 – Cari Supplier

Selain daripada produk, supplier pun sangat penting. Tau produk yang hot tapi tak dapat supplier pun tak guna juga. Macam mana nak jual kan? Sebab tu kena cari supplier yang boleh provide barang untuk korang jual.

Ada banyak cara untuk dapat kan supplier ini sebenarnya. Ada 2 jenis supplier iaitu kedai fizikal dan kedai online. Kedua-duanya pun korang boleh ambil sebagai supplier. Tapi dengan syarat korang kena nilaikan kredibiliti serta kemampuan supplier.

Kena pastikan supplier ada banyak stok supaya korang tak sangkut jualan nanti. Sebagai contoh korang dah ambil order banyak untuk sesuatu produk, lepas tu supplier takde barang. Jenuh nak mencari untuk dapatkan customer punya barang.

Seelok-eloknya kena cari beberapa supplier dan bandingkan harga. Still keep in touch dengan kesemua supplier just in case untuk persediaan kalau berlaku shortage stock. Lebih detail ada pada artikel tips pilih supplier dropship.

Step #3 – Test Market

Selepas dapat supplier, korang boleh terus promote untuk test market. Dalam fasa ini korang boleh promote sebanyak mungkin produk yang dirasakan sesuai. Sebagai contoh pilih 10 produk yang korang rasa boleh jual.

Kalau boleh biarlah korang beli dulu produk yang korang nak jual tu daripada supplier untuk evaluate barang tersebut. Kadang-kadang tengok gambar macam okay je. Tapi bila sampai, kualitinya tak sama. So better korang tengok dulu sendiri sebelum jual.

Tapi ianya bukan satu kemestian. Kalau korang yakin dengan supplier then boleh proceed je nak jual. Takde masalaha. Kalau nak beli sampai 10 produk pun leceh juga. Kena pulak harga produk yang mahal. Kopak juga modal nak beli tu.

Step #4 – Fokus Win Produk

Okay step 3 tadi kita test market. Mungkin boleh try run dalam sebulan macam tu. Tengok produk mana yang paling banyak sale. Sebagai contoh dalam 10 produk yang kita test market, 3 daripadanya dapat banyak order.

So next phase adalah kita fokus pada 3 produk ini sahaja. Yang lain tu kita letak dalam senarai KIV. Then kalau ada lagi produk lain yang dirasakan sesuai, repeat balik step 3. Contoh ambil another 10 produk lain untuk kita test market. Bagi 3 produk yang dah ada sale tadi kita proceed ke step 5.

Step #5 – Start Promote

Kita dah ada winning produk. Atau dengan kata lain produk yang hot dan laris dipasaran. So baru kita fokus untuk promote gila-gila untuk barang ni. Masa ini kita mungkin akan gunakan sedikit modal untuk run iklan di social media atau sebagainya.

Jadi kena add on modal sikit untuk pengiklanan. Ini penting untuk meningkatkan sales korang. Bila sales naik, so untung korang pun akan meningkat. Tapi still kena tally dengan kos yang dikeluarkan untuk iklan tadi.

Kalau kos iklan tinggi sampai untung tak boleh cover than tak guna juga. So iklan tu kena monitor dari masa ke semasa. If tak menguntungkan then mungkin kena usahakan cara lain. Mungkin kena ejas iklan ataupun worst case kena tukar produk lain.

Step #6 – Fulfill Order

Apabila dah start iklan, kebiasaannya sales pun akan start mencanak. Jadi order akan datang mencurah masa tu. So sangat penting untuk korang keep in touch dengan supplier supaya tak timbul masalah untuk korang fulfil order dari customer.

Dalam banyak-banyak step, step yang ke 6 ini adalah yang paling penting dan kritikal. Kalau korang dapat banyak order tapi tak boleh fulfil, ini akan menyebabkan reputasi korang jatuh. Mungkin akan ada yang gelar korang “scammer” sebab barang tak dapat.

Itulah diantara risiko dalam buat bisnes dropship. Kena hadap lah benda ini. Jadi kena pastikan setiap order di proses dengan baik. Kalau dah stable, then mungkin boleh upgrade ke next level contohnya mula ambil stok atau buka kedai.

Siapa Yang Sesuai Buat Dropship?

Okay basically korang dah tau cara buat bisnes dropship berdasarkan apa yang admin kongsikan dekat atas tadi. So persoalannya siapakah yang sesuai untuk buat bisnes dropship ni? Secara general, jawapannya adalah terbuka pada semua orang.

Sebab bisnes dropship ini mudah je nak buat. Malah ada yang maintain hanya buat bisnes dropship walaupun dah bertahun-tahun. Tak payah buka kedai pun. Ada yang admin pernah tengok boleh jana income 5 angka hanya dengan buat dropship.

Memang menarik tengok income. Tapi nak sampai ke tahap tu bukanlah semudah itu. So admin sarankan pada yang baru nak bermula buat bisnes dan tak tahu nak mula dekat mana, then boleh cuba buat bisnes secara dropship.

Selain itu pada yang nak buat bisnes tapi busy dengan kerja harian. Boleh buat bisnes dropship ini sebagai side-income korang. Kalau boleh cari supplier yang akan setelkan delivery untuk order. Korang just fokus promote sahaja.

Itu pada pendapat admin lah tentang bisnes dropship. Korang pula macam mana? Ada sebarang pendapat, cadangan dan komen, sila berbuat demikian pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *