Cara Buat Link Whatsapp – Penting Untuk Bisnes Korang

by | Nov 10, 2020 | Bisnes

Sekarang ni kalau buat bisnes, mesti korang akan menggunakan whatsapp sebagai medium komunikasi dengan customer. Tapi korang tahu tak cara buat link whatsapp? Kalau korang tahu buat, komfem bisnes korang lebih kencang.

Sebabnya lagi ramai yang akan contact korang melalui whatsapp. Bila ternampak post ataupun iklan korang bersama-sama link whatsapp didalamnya, so diorang boleh terus whatsapp tanpa perlu nak save number korang terlebih dahulu.

Kalau sebelum ini korang just letak nombor whatsapp sahaja tanpa link. Orang yang berminat dengan produk korang terpaksa sama ada PM korang dekat social media ataupun salin nombor yang korang letak lepas tu baru boleh whatsapp.

Proses ini agak leceh bagi sesetengah orang. Maklumlah sekarang ni zaman teknologi serba canggih. Semua benda nak mudah je. Kalau boleh semua nak berada di hujung jari. Pada yang belum tahu whatsapp link tu benda apa, boleh teruskan membaca dekat bawah ni.

Apa Itu Whatsapp Link?

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, popularity Whatsapp semakin menjadi-jadi. Terutama bagi rakyat Malaysia. Whatsapp bermula dengan menjadi apps untuk pesanan ringkas atau message kepada pengguna lain menggunakan internet.

Lama-kelamaan ianya berkembang menjadi platform untuk berkomunikasi. Pelbagai feature telah ditambah menjadikan Whatsapp sebagai salah satu medium komunikasi yang digunakan secara meluas. Urusan kerja di pejabat pun dah mula pakai whatsapp.

Berbalik semula kepada whatsapp link. Jika korang buat bisnes dekat social media dan memerlukan untuk customer untuk contact korang melalui whatsapp, jadi penggunaan whatsapp link adalah sangat berkesan.

Whatsapp link menghubungkan customer terus ke account whatsapp korang hanya dengan menekan link yang telah korang tetapkan. Tak payah lagi susah payah nak save number ataupun nak kena PM dulu atau sebagainya.

Cara Buat Link Whatsapp

Ada banyak cara buat link whatsapp. Tidak kiralah sama ada untuk bisnes, mahupun personal. Semua pun boleh. Sama sahaja caranya. Pada yang berminat boleh pilih mana-mana cara dibawah yang dirasakan sesuai…

Whatsapp Link #1 – wasap.my

Terdapat 2 cara untuk gunakan wasap.my ini sebagai whatsapp link korang. Yang pertama adalah copy link address dibawah, kemudiannya tambahkan nombor whatsapp korang dekat bahagian yang bertanda “X” tu.

https://www.wasap.my/6XXXXXXXXXX

Pastikan nombor telefon korang betul. Mohon semak sekali lagi sebelum letak dekat facebook ataupun social media. Sebabnya kalau salah nombor, memang tak sampai la whatsapp ke korang. Korang boleh cuba dulu dengan taip link tersebut pada browser.

Gambar atas ini adalah contoh apabila korang taip link tersebut pada browser. Untuk meneruskan sesi whatsapp kena tekan pada button “continue to chat” tu sahaja. Terus mesej akan sampai. Mudah dan pantas kan?

Cara yang kedua adalah dengan daftar akaun pada laman wasap.my. Kelebihan bagi yang mendaftar adalah korang boleh customize whatsapp link korang mengikut kesesuian. Dekat bawah ini ada beberapa contoh customization.

Whatsapp Link #2 – watsap.my

Jika tadi wasap.my, kali ini pula adalah watsap.my. Hampir sama tapi tak serupa. Ejaan yang berlainan tapi akan memberikan hasil yang sama terhadap whatsapp link korang. Guna yang ini lebih mudah sebab ada guide untuk buat whatsapp link sendiri.

Layari laman watsap.my, korang akan lihat paparan seperti gambar diatas. Apa yang korang perlu lakukan adalah hanya follow instruction dekat page berkenaan dan terus siap whatsapp link korang. Boleh terus guna.

Whatsapp Link #3 – wa.me

Link ini adalah merupakan link rasmi daripada whatsapp. So korang boleh gunakan tanpa ragu-ragu. Cara nak guna pun ada dekat FAQ whatsapp. Boleh baca guide untuk buat whatsapp link gunakan wa.me dekat sini.

Cara ini paling simple dan senang nak taip. Pendek je perkataannya. Tak perlu register pun dah boleh buat whatsapp link sendiri.

Whatsapp Link #4 – API Link

Okay untuk option ini agak teknikal sikit sebab link nya panjang. Walaupun panjang tapi hasilnya sama juga. Tetap boleh pakai. Korang boleh copy link dibawah:

https://api.whatsapp.com/send?phone=6XXXXXXXXXX&text=As%20Salam…

Kemudian gantikan nombor whatsapp korang dekat bahagian “X” tersebut. Korang juga boleh gantikan perkataan selepas daripada “text=” tersebut. Dengan syarat kalau nak letak “space” kena letak “%20”. Contoh saya nak tulis perkataan “As Salam… Saya Nak Beli Tudung”.

Gambar diatas adalah contoh untuk link whatsapp yang terus diletakkan perkataan yang kita inginkan. Terpulang korang nak letak panjang mana. Tapi bear in mind, lagi panjang text maka lagi panjanglah link korang tu nanti.

Persamaan Antara Kesemua Option Diatas

Mungkin ada yang rasa cara buat link whatsapp yang admin kongsikan dekat atas ini adalah lain-lain caranya. Jawapannya adalah Ya dan Tidak. Memang domain pada setiap option adalah berbeza tapi resultnya sama iaitu menghubungkan ke akaun whatsapp korang. Betul tak?

Korang cuba test buat setiap option diatas dan taip whatsapp link korang pada browser. Skrin yang akan dipaparkan adalah seperti screenshot dibawah:

Apa yang admin cuba nak highlight adalah link address untuk kesemua option whatsapp link akan berubah jadi seperti dalam gambar selepas ditaip pada browser. Walaupun kita taip contohnya “wasap.my/6xxxxxxxxxx” tapi bila dekat browser akan tunjuk link diatas.

Kesemua option tersebut adalah merupakan “redirect” kepada link address yang admin bagi pada option ke 4. Kiranya tak kira lah guna mana-mana kaedah pun, tetap sama juga link addressnya. Yang berbeza hanya pada nombor whatsapp dan text (kalau korang letak text).

Cara Ringkaskan Whatsapp Link

Sememangnya whatsapp link sangat berguna untuk korang terutamanya bagi yang buat bisnes. Akan tetapi ianya akan menjadi “complicated” kalau link korang tu panjang sangat. Orang tengok pun takut nak tekan. Tak dapat customer juga kalau macam tu.

Jadi cara yang paling berkesan adalah dengan menggunakan “url shortener” bagi pendekkan link korang tu. Bagi yang plan nak gunakan url shortener ini admin galakkan untuk guna option 4. Sebab untuk option lain rasanya mungkin tak ada masalah link panjang sangat.

Berikut adalah beberapa option url shortener yang boleh digunakan:

  1. Bitly
  2. Ow.ly
  3. Rebrandly
  4. Tiny Url
  5. BL.ink
  6. T2M

Ada macam-macam lagi url shortener diluar sana. Cuma yang diatas ni admin recommend sebab ramai yang guna. Berikut adalah contoh whatsapp link admin yang telah dipendekkan. Boleh try cuba taip dekat browser.

Final Thought

So macam mana? Senang je kan cara buat link whatsapp sendiri. Kalau korang betul faham, tak sampai seminit pun dah siap whatsapp link korang. Diharap artikel ini dapat membantu korang create whatsapp link.

Dan yang lebih penting admin berharap korang akan terus maju dalam bisnes setelah menggunakan teknik yang telah dikongsikan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, cadangan ataupun komen boleh berbuat demikian pada ruangan dibawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *