Cara Convert Audio Online Yang Simple & Awesome

by | Jan 9, 2022 | Creative

Sebelum ini admin ada share berkenaan cara convert video online. Kali ini pula topiknya adalah cara convert audio online. Lebih kurang sama caranya. Cuma artikel ini fokus pada audio. Tak kisahlah audio tersebut lagu atau audio track untuk video, semua pun boleh convert.

Yang paling penting adalah audio format terakhir tersebut yang dikehendaki. Sekarang ini kalau sebut audio rasanya ramai yang akan prefer format mp3. Widely used sama ada dekat computer mahupun phone. Boleh kata common format audio adalah mp3.

10 Cara Convert Audio Online Yang Boleh Korang Cuba

Namun begitu atas tujuan tertentu, mungkin korang perlu convert audio dari satu format ke format yang lain. Secara general ada tiga cara untuk convert audio iaitu sama ada gunakan software converter, apps converter atau convert di laman web secara online.

Terdapat banyak software dan apps untuk convert audio diluar sana. Tapi untuk artikel ini admin cuma highlight beberapa laman web untuk korang convert audio secara online. Sebab sekarang ini lebih mudah convert dekat website. Jom kita lihat senarai laman web convert audio tersebut.

10 Cara Convert Audio Online Yang Boleh Korang Cuba

Maybe atas tujuan tertentu, mungkin korang perlu convert audio dari satu format ke format yang lain. Secara general ada tiga cara untuk convert audio iaitu sama ada gunakan software converter, apps converter atau convert di laman web secara online.

Terdapat banyak software dan apps untuk convert audio diluar sana. Tapi untuk artikel ini admin cuma highlight beberapa laman web untuk korang convert audio secara online. Sebab sekarang ini lebih mudah convert dekat website. Jom kita lihat senarai laman web convert audio tersebut.

Method #1 – Online Audio Converter

Jika korang usha laman web Online Audio Converter ini, terdapat banyak option selain daripada convert audio. Kiranya website ini multipurpose. Antaranya korang boleh convert video, audio, dokumen dan juga video & audio editing. Just follow step by step berdasarkan nombor dan tekan convert.

Method #2 – Audio Online Convert

Website ini juga lebih kurang function dengan yang pertama tadi. Ianya juga multipurpose converter dalam satu website. Korang kena pilih dulu format akhir audio pada ruangan disebelah kiri. Lepas tu upload file audio dan setting untuk conversion. Boleh tengok detail dekat Audio Online Convert.

Method #3 – Convertio

Jika korang perasan, admin ada highlight website Convertio ini dalam artikel video converter sebelum ini. Sebab ianya juga boleh convert beberapa function selain daripada audio. Antaranya adalah video, image dan dokumen. Cuma ada limit maksimum saiz fail 100 MB untuk account percuma.

Method #4 – Virtual Speech

Daripada url nampak macam satu laman web yang tak berkaitan. Tapi bila dah masuk pada laman utama Virtual Speech, memang terus tahu yang ianya adalah untuk audio converter. Selain boleh guna daripada website, ianya juga ada apps untuk convert audio dekat phone.

Method #5 – Cloud Convert

Ini pun adalah salah satu laman web yang admin senaraikan dalam online video converter. Korang boleh convert banyak benda daripada laman web ini. Ini termasuk video, audio, image, CAD file, compression file dan dokumen. One stop center conversion boleh selesaikan semua masalah di Cloud Convert.

Method #6 – Media IO

Bagi yang familiar Wondershare, Media IO adalah merupakan satu daripada projek mereka. Ianya lebih fokus kepada online converter untuk video dan audio. Korang juga boleh download software converter. Dan yang paling best ianya adalah percuma. Boleh pilih sama ada convert online atau guna software.

Method #7 – Online Converter

Sebuah laman web yang sangat simple dan straight forward. Tapi Online Converter ini juga multifunction. Selain audio, converter lain adalah unit, video, image, ebook dan dokumen. Boleh juga gunakan untuk editing. Walaupun layout nampak macam simple tapi function agak advance.

Method #8 – Aconvert

Laman web yang multipurpose converter. Korang boleh convert pelbagai item antaranya adalah video, audio, image, document, compression file dan juga webpage. Yang paling penting, Aconvert ini adalah percuma. Kalau nak edit file pun boleh. Memang terbaiklah.

Method #9 – Zamzar

Admin ada highlight sebelum ini mengenai laman web Zamzar yang boleh korang convert pelbagai file. Kira multipurpose jugalah sebenarnya. Cuma yang tak best adalah untuk akaun percuma hanya boleh upload file size 50 Mb sahaja. Tapi kalau untuk audio rasanya tak jadi masalah.

Method #10 – Online Audio Convert

Website Online Audio Convert ini seiring dengan namanya memang khusus untuk convert audio sahaja. Nak guna pun simple. Rasanya kalau yang tak pernah guna online converter pun boleh terus guna. Cuma yang tak berapa best adalah laman web ini banyak iklan. Tapi bukanlah masalah besar sebenarnya.

Simple Je Cara Nak Convert Audio Online Rupanya

Sekarang ini nak convert audio memang mudah. Tambahan pula converter pun dah semakin canggih. Boleh support pelbagai format audio. Nak gunakan pun simple je. Cuma upload file lepas tu pilih je format akhir audio yang dikehendaki.

Click button dan kemudian download fail yang telah siap convert. Then boleh lah guna fail tersebut untuk tujuan asal korang kenapa nak convert. Mungkin ada sesetengah laman web yang memerlukan korang untuk register account sebelum boleh guna converter.

Tapi biasanya register account percuma. So boleh daftar je terutamanya kalau korang memang selalu perlukan converter untuk audio. Jadi semua rekod convert audio akan ada dalam account korang. Nak refer balik conversion yang sebelum ini pun lebih mudah.

Risiko Convert Audio Secara Online Yang Korang Kena Tahu

Walaupun ianya semakin mudah tapi cara convert audio online ini juga mempunyai risiko tersendiri. Sebab apa admin cakap macam tu adalah kerana korang perlu upload file asal ke laman web. Of course bila upload, file tersebut akan disimpan dekat cloud website tersebut.

Sekiranya fail audio tersebut adalah suatu yang sangat penting ataupun private, admin nasihatkan supaya jangan gunakan kaedah ini. Better guna software untuk convert sebab ianya lebih secure berbanding convert online menggunakan lawan web.

Sebagai contoh file audio yang korang nak convert tu adalah lagu yang korang cipta dan dirakam secara RAW dengan handphone. Korang perlu convert format audio untuk submission atau atas apa jua alasan. Ada risiko yang lagu korang tu boleh “leak” kepada orang lain.

Sebab copy fail asal dah ada dekat storage laman web tersebut. Walaupun probability untuk berlaku kes seperti yang admin nyatakan diatas adalah sangat rendah. Tapi ianya boleh terjadi. So kena berhati-hati. Kalau fail audio biasa then tak jadi masalah.

Setakat itu sahaja yang dapat admin kongsikan berkenaan cara convert audio online. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang. Sekiranya terdapat sebarang komen boleh tinggalkan pada ruangan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.