Cara Install Plugins WordPress Yang Simple Dan Mudah

by | Dec 29, 2020 | Website

Sesebuah website pastinya berbeza fungsi mengikut keperluan masing-masing. Biasalah kan. Lain orang, lain citarasa. Jadi bila website yang lain, sudah tentu fungsi juga berlainan. Jadi pada kali ini admin ingin kongsikan cara install plugins wordpress.

Terlebih dahulu, ingin admin tekankan sekali lagi bahawa terdapat perbezaan antara wordpress.com dengan wordpress.org. Walaupun nama sama, tapi terdapat sedikit perbezaan diantara kedua-duanya. Yang paling ketara adalah wordpress.com tidak boleh gunakan plugins.

Jadi kita akan lebih focus kepada wordpress.org. Dimana ia membenarkan plugins di muat naik dan di install bagi menambahbaik fungsi asas yang terdapat dalam sesebuah website. Setiap plugins ada fungsi yang berbeza. Kena pilih plugins seiring dengan fungsi yang korang mahukan.

Pada artikel yang sebelum ini admin ada kongsikan berkenaan cara install theme wordpress. Caranya hampir sama dengan install theme. Hanya berbeza sedikit dekat pada pilihan untuk install. Yang nak tahu cara install theme boleh klik sini.

Sebelum admin bercerita lebih panjang berkenaan cara install plugins wordpress, izinkan admin tanya satu soalan. Ada tak yang belum tahu plugins tu menatang apa? Sebab rasanya bukan semua yang expert pasal web yang baca artikel ni kan? So kita tengok definasi plugins dulu.

Definasi dan Fungsi Plugins

Bagi yang dah pernah ada website mungkin tiada masalah nak faham apa itu plugins. Tapi jika korang adalah seorang newbie, korang perlu faham apa itu plugins dan kegunaannya sebelum belajar cara install plugins. Berdasarkan definasi daripada wpbeginner:

Plugin WordPress adalah aplikasi yang membolehkan korang menambah fungsi baru ke laman web WordPress korang. Hampir sama seperti fungsi apps pada telefon pintar korang.

Atau mungkin ada yang masih lagi kurang jelas. Plugins ni kira macam software kalau kita ibaratkan website sebagai laptop. Memang dalam laptop dah ada windows. Dan kebanyakkan fungsi asas ada disediakan bersama-sama pakej windows.

Akan tetapi kadang-kadang kita nak buat sesuatu yang advance. Yakni software asas yang diberi dalam windows tak boleh bagi hasil yang bagus dan menarik. Contohnya kita nak buat slides presentation. Kalau dalam windows takde software yang boleh buat.

Jadi kena install Microsoft Office Powerpoint untuk memudahkan korang buat slides. Lagipun slide yang dibuat guna powerpoint lebih menarik. So macam tu lah juga dengan website. Kita perlukan plugins bagi memudahkan proses kita menambah fungsi terhadap sesuatu website.

Antara fungsi yang admin maksudkan adalah seperti fungsi untuk kedai online, borang online, website builder, borang popup dan social media sharing. Terdapat banyak lagi fungsi yang boleh dilakukan dengan plugins. Korang cuma perlu tahu plugins yang mana untuk function apa.

Dibawah adalah beberapa plugins beserta dengan fungi yang biasanya admin gunakan dalam pembinaan website. Check it out:

Plugins List & Fungsinya

  1. WooCommerce – Kedai Online
  2. Yoast SEO – Indikator kepada score SEO
  3. Divi Builder – Pembinaan Custom Page & Post
  4. Monarch – Sosial Media Sharing
  5. Google Analyticator – Paparan trafik website berdasarkan google analytics
  6. WP Forms – Borang online
  7. Blooms – fungsi optin forms
  8. Sucuri – Fungsi sekuriti website

Kalau nak listkan semua akan jadi panjang. Tapi inilah diantara yang admin sering guna dalam hampir semua website yang berada dibawah jagaan admin. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Ikut kegunaan yang diperlukan bagi sesebuah website.

Untuk yang percuma korang boleh perolehi daripada laman web wordpress.org. Cara nak cari plugins akan diterangkan dibawah. Manakala bagi yang berbayar pula ada banyak tempat. Tapi bagi admin yang paling banyak adalah di Envato. Admin suka dekat situ sebab banyak pilihan.

Tapi risiko kalau pergi tengok dekat situ adalah kita pulak jadi rambang mata. Semua nak dibeli. Jadi kena hati-hati. Pilih dan beli yang perlu sahaja. Kalau tak kopak duit dibuatnya.

Cara Install Plugins WordPress

Sebelum itu, bagi membolehkan proses install plugins pada website wordpress, kita perlulah terlebih dahulu install wordpress sebagai CMS untuk laman web korang. Kalau tak pakai wordpress, macam mana nak gunakan plugins untuk wordpress. Sila rujuk cara install wordpress bagi yang belum tahu.

Sekarang kita dah tahu apa itu plugins dan beberapa contoh plugins beserta dengan fungsinya. So seterusnya kita kena tahu cara nak install plugins yang nak digunakan. Secara umumnya terdapat 4 cara yang boleh dilakukan seperti yang tertera pada infografik dibawah. Mari kita lihat satu persatu cara tersebut.

Cara #1 – WordPress Admin (Search)

Ini adalah cara yang paling mudah untuk install plugins. Cuma follow langkah dibawah :

  1. Login ke dalam wp-admin page.
  2. Tekan pada Plugins.
  3. Tekan “Add New”.
  4. Cari plugins yang diperlukan pada ruangan “Search”.
  5. Tekan butang “Install”.

Ulangi Step 4 hingga 5 bagi plugins yang seterusnya. Selepas kesemua plugins tersebut telah selesai install, korang kena activatekan. Cara untuk activatekan adalah Plugins > Installed Plugins. Kemudian select plugins yang berkenaan dan active kan semua sekali.

Cara ini sesuai bagi plugins percuma yang ada dalam senarai wordpress.org. Ada juga yang berbayar tapi untuk fungsi asasnya percuma. Maknanya kalau korang nak pakai fungsi advance yang ditawarkan oleh plugins tersebut, kenalah bayar untuk version premium.

Cara #2 – WordPress Admin (Upload)

Masih lagi didalam wordpress admin. Kali ini dengan cara upload plugins secara terus melalui wordpress admin. Berikut adalah step by step untuk buat:

  1. Login ke dalam wp-admin page.
  2. Tekan pada Plugins.
  3. Tekan “Add New”.
  4. Pilih “Upload Plugins”.
  5. Tekan “Choose File”.
  6. Pilih fail plugins yang berkenaan.
  7. Tekan “Install Now”.

Tunggu sehingga habis installation. Sama seperti cara (a), korang perlu activate kan plugins yang telah install. Jika ada banyak plugins, ulangi step 4 hingga 7 bagi setiap plugins. Tapi ada yang cuba install tapi ada error tak boleh nak upload plugins.

Kebiasaannya ianya disebabkan oleh upload limit ke dalam wordpress yang ditetapkan oleh hosting provider korang. Korang juga perlu pastikan file yang diupload adalah dalam format zip. Baru boleh install. Kalau tak, akan keluar error juga.

Cara install plugins ini biasanya digunakan bagi plugins yang berbayar. Dimana korang beli daripada plugins developer atau laman web yang menjual plugins (contoh evanto market) dan kemudian perlu download dan install sendiri.

Cara #3 – CPanel

Jika korang menghadapi masalah untuk cuba cara (b), korang boleh gunakan cara ini. Jika file plugins tersebut besar, korang kena upload melalui cpanel. Cara ini lebih mudah memkorangngkan ianya terus diupload ke file manager korang. Sila buat seperti step dibawah:

  1. Login ke cpanel page.
  2. Pilih “File Manager”.
  3. Cari “public_html” dalam senarai fail.
  4. Klik pada “wp_content”.
  5. Plih folder Plugins
  6. Di bahagian atas, tekan “upload”.
  7. Tekan “select file”.
  8. Pilih fail plugins yang berkenaan.
  9. Upload file kedalam cpanel.
  10. Refresh “File Manager”.
  11. Cari semula file yang di upload.
  12. Klik dan pilih “Extract”. Tekan “Extract File”
  13. Login ke wp-admin page
  14. Cari di Plugins > Installed Plugins
  15. Activate Plugins.

Cara ini agak rumit sedikit. Sebab korang upload terus ke file manager untuk website. Cuma kalau korang nak install banyak plugins, cara ini lebih cepat. Korang boleh pilih semua file plugins dan upload sekali gus. Kemudian extract semua. Akhir sekali activate kan semua.

Lagi cepat berbanding cara (a) dan (b). sebab semua boleh buat sekali. Tak payah ulang banyak kali. Selepas install, boleh delete file zip yang korang upload tadi. Sebab dah tak pakai. Kalau space untuk website korang besar tiada masalah. Tapi kalau limited, elok lah clearkan.

Cara #4 – FTP Manager

Munkin ada yang tak pernah tau apa itu FTP Manager. Ianya adalah suatu software yang menghubungkan antara harddisk computer korang dengan disk bagi website korang. Sila rujuk laman FTP file untuk detail explanation termasuk cara gunakannya.

Cara ini hampir sama dengan cpanel. Yang berbeza adalah perlu gunakan software yang connect computer korang secara terus ke “file manager” dalam cpanel. Jadi tak payah login cpanel. Kita tengok cara install plugins ini secara detail:

  1. Run software FTP Manager.
  2. Klik pada File > Site Manager
  3. Klik pada “New Site”. Isikan detail website korang.
  4. Tekan button “connect”.
  5. Cari folder “public_html”.
  6. Klik wp_content > Plugins.
  7. Di ruangan kiri, pilih file plugins.
  8. Drag and drop ke sebelah kanan.
  9. Extract file dan login ke wp-admin page.
  10. Activate kan plugins tersebut.

Nampak macam panjang tapi kalau dah ada software tu, lain kali nak install plugins dah senang. Cuma ulang step 4 hingga 10 bagi plugins yang seterusnya. Tak perlulah korang login cpanel. Boleh terus connect ke melalui computer korang.

Selesai Dah Install Plugins

Secara am nya kesemua cara ini boleh korang gunakan. Bagi yang menguruskan website sendiri, boleh guna cara (a) atau (b). Kalau web developer macam admin yang nak cepat, terpaksa guna cara (c) dan (d). Tapi tak kisah mana cara pun, yang penting semua boleh install plugins.

Korang bebas nak guna mana satu cara yang korang rasakan selesa dan mudah bagi korang. Admin cuma senaraikan kesemuanya agar ada alternatif sekiranya ada masalah semasa install plugins. Kalau dah cuba semua cara tapi still tak boleh, mungkin kena check semula file plugins tersebut.

Mungkin file tersebut corrupt atau pun damage semasa download. Kalau jadi macam tu, cuba download semula “copy” yang baru dan cuba sekali lagi untuk install. Rasanya ada yang kurang faham bila admin explain guna perkataan dan gambar.

Kalau ada yang rasa tak dapat tangkap step-by-step cara install plugins wordpress diatas ini, nanti admin akan buat video tutorial. Tapi buat masa ini belum berkesempatan lagi nak buat. So stay tuned ye. Nanti admin tempek dekat sini video nya.

So macam mana? Jelas tak? Agak-agak korang boleh buat tak lepas baca artikel ni? Jika ada yang rasa tak lengkap atau terlepas step dimana-mana, mohon kongsikan pada ruangan komen dibawah. Admin akan revise semula artikel ini.

 Sumber : Siteground, WPBeginner.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *