Cara Jual Barang Di Shopee Yang Simple & Mudah

by | May 26, 2021 | Bisnes

Seperti  yang admin ada kongsikan pada artikel platform bisnes online, Shopee adalah salah satu daripada list tersebut. Tapi kali ini admin nak share pula cara jual barang di Shopee untuk korang. Sebab ianya sangat simple dan mudah.

Ada tak antara pembaca artikel ini merupakan kali pertama dengar perkataan “Shopee”? Mesti agak rare sekarang ni nak jumpa orang yang tak tahu apa itu shopee. Budak sekolah pun dah mula tahu nak membeli belah di Shopee.

Buktinya, anak pun dah mula pandai survey barang dan cuba-cuba order tanpa pengetahuan admin. Kalau tak selalu check memang alamatnya berlambak lah barang yang dibelinya. Kitalah yang kopak nak bayar nanti. Tahu-tahu barang sampai je dekat rumah.

5 Langkah Cara Jual Barang Di Shopee Untuk Permulaan

Okay mungkin ada yang tak tahu bahawa kita sebenarnya boleh menjual di Shopee. Tak semestinya korang perlu ada kedai mahupun stock yang banyak. Buat secara dropship pun boleh juga. Pada yang belum tahu, boleh baca artikel cara buat bisnes dropship.

Yang paling penting adalah korang ada barang yang nak dijual. Tak kiralah apa method sekalipun. Dan satu lagi menjual di Shopee adalah percuma. Tak perlu bayar untuk letak produk. Boleh letak sebanyak mungkin produk yang ada.

Korang juga tak perlu cari pelanggan sebab orang memang mengunjungi shopee untuk cari barang. Tak kiralah sama ada guna laman web mahupun apps di smartphone. Memang ramai beb yang survey barang dekat sini. Jom kita study step by step cara jual barang di Shopee.

Step #1 – Register Account Shopee

Rasanya memang common sekarang ni. Dekat mana-mana sekalipun, firstly kena register akaun. Takde akaun, alamatnya memang tak boleh nak access. Ada sesetengah website atau apps, nak tengok barang pun langsung tak boleh.

Macam shopee ni kalau kita takde account pun masih boleh survey barang. Cuma tak boleh lakukan pembelian. Syarat nak beli kena ada akaun dengan shopee. Begitu juga para seller. Korang pun kena ada akaun shopee untuk menjual.

Bagi yang belum ada akaun, korang boleh terus ke laman web shopee dan tekan button “Signup”. Isikan phone number korang dan lengkapkan butiran yang selanjutnya. Satu phone number, hanya boleh register 1 akaun shopee sahaja.

Kalau tak berapa jelas, nanti admin akan share pula step by step nak register akaun shopee. Bagi yang dah ada akaun, boleh skip terus ke step #2 dalam artikel ini.

Step #2 – Create Seller Account

Okay nampak macam sama tapi tak serupa. Kalau dalam step #1 tadi adalah register account, manakala dalam step #2 ini pula nak kena create “seller account”. Dengan terwujudnya akaun ini barulah korang boleh start menjual di Shopee.

Bila korang dah register account shopee dan login, korang click pada “seller centre” untuk buat account untuk menjual. Ada beberapa butiran yang perlu dimasukkan termasuklah account bank. Ini bertujuan untuk duit masuk dari hasil jualan korang.

Yang menariknya, korang tak perlu ada SSM atau akaun bank syarikat pun untuk menjadi seller. Itu setakat ini (masa admin buat artikel ini). Tak tau lah kalau in future shopee akan update. Hopefully tak lah kan. Sebab personal seller pun boleh jual di Shopee.

Step #3 – Masukkan Product

Setelah selesai step #2, dah create account seller dan masukkan butiran semua. Seterusnya korang kena mula masukkan produk dekat shopee. Kira seller account korang ni macam kedai online la. Of course lah kena ada produk. Kalau takde, tak boleh nak dipanggil sebagai kedai.

Cara nak masukkan produk simple je. Click pada bahagian “add new product”. Kemudian isikan nama produk, dan kategori. Ini bagi memudahkan orang “search” barang yang korang jual. Lepas tu masukkan gambar produk sebanyak yang boleh.

Pilih yang paling menarik sebagai feature image. Sebab gambar ini akan display dekat query page shopee. Biasanya orang akan tertarik dengan gambar yang menarik. So orang akan tekan dekat gambar tu dan mungkin beli barang tersebut dekat kedai korang.

Step #4 – Iklan Produk

Ini adalah optional. Tapi kalau nak lebih cepat dapat sale terutamanya bagi seller baru, iklan adalah cara yang paling cepat. Pada yang belum tahu, dekat shopee korang boleh buat iklan pada platform shopee menggunakan “shopee ads”.

Jika korang iklan kan produk korang, ianya akan terpapar pada laman utama shopee. Bergantung kepada budget iklan yang ditetapkan. Cara nak buat adalah pergi ke section Marketing Centre > Shopee Ads. Kemudian boleh pilih sama ada “search ads” atau “discovery ads”.

Kaedah pembayaran ads atau iklan ini adalah secara pra-bayar iaitu menggunakan shopee credit. Sebelum buat iklan korang kena “top-up” terlebih dahulu. So nanti bila iklan run, kos iklan akan potong daripada credit tersebut. Lebih detail nanti dalam artikel lain.

Step #5 – Fulfill Order

Okay dah register account shopee dan seller account. Dah add product serta iklan kan. So tibalah yang paling penting sekali iaitu fulfill order daripada customer. Komfem bila dapat notification daripada shopee ada sales masuk, komfem korang akan exited gila.

Terutamanya 1st sales. Jadi apa yang korang perlu buat adalah kena uruskan order tersebut. Kalau yang pegang stok, boleh terus pos barang tersebut kepada customer. Manakala pada yang buat dropship, kena pastikan barang tersebut dihantar terus kepada customer korang.

Setelah pos, korang kena letak tracking number untuk fulfill order. Lepas tu customer akan click pada “receive item” apabila barang tu sampai. Hanya selepas customer release dalam system shopee barulah korang dapat payment. Tapi jangan risau, payment komfem dapat. Cuma lambat atau cepat je.

Senang Je Kan Jual Barang Di Shopee Ni?

Of course ada lagi platform lain untuk menjual. Shopee adalah salah satu daripadanya. Tapi boleh dikatakan sekarang ni Shopee adalah antara yang top. Paling ramai pengguna dan pembeli. So why not kita cuba kan? Sebab tu admin share cara jual barang di shopee ni untuk korang.

Peluang untuk mendapat sales juga tinggi. Yang penting korang kena fight untuk dapat lebih banyak view pada produk. Secara logiknya, lagi ramai orang view maka lebih tinggi chance untuk ianya terjual. Tapi of course saingan dekat shopee sangat tinggi.

Jadi korang kenalah ada strategi tersendiri untuk dapatkan sales. Terpulanglah nak kurang kan harga ataupun nak bagi free gift dan sebagainya. Ada juga yang tengok pada layanan kita. Ramai yang akan chat dulu bertanya sebelum beli. So kena layan sebaik mungkin.

Tapi terlalu “buang” harga pun tak bagus juga sebenarnya. Sebab ianya akan effect pada korang punya untung nanti. So kena balance antara promosi dan margin yang dapat. Mungkin ada yang berpengalaman menjual di Shopee boleh share pada ruangan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.