Cara Mencari Chord Gitar Untuk Lagu Favourite Korang

by | Dec 29, 2021 | Music

Bagi gitaris newbie mesti tertanya-tanya cara mencari chord gitar bagi sesebuah lagu. Terutamanya lagu kegemaran yang dimainkan oleh band atau gitaris idola korang. Ianya bukanlah suatu perkara yang asing. Sebab admin dulu pun macam tu.

Selain aksesori pemain gitar dan keperluan asas pemain gitar, sebagai gitaris korang perlulah tahu cari lagu sendiri. Kalau tak susah lah nak maju dalam permainan gitar. Takkan semua pun harapkan orang ajar je. Kalau ada cikgu yang ajar kelas gitar boleh lah.

Tapi yang belajar dengan kawan-kawan, alamatnya tension la member tu. Dok layan permintaan korang je ajar macam-macam lagu. Kena lagu yang member tu tak minat, memang tak dapatlah jawapannya. Nak tak nak kena lah belajar cari sendiri.

2 Cara Mencari Chord Gitar Lagu Yang Terhangat Dipasaran

Memang admin tulis tajuk pada artikel ini adalah cara mencari chord gitar. Tapi sebenarnya ianya general. Semua alat muzik pun boleh gunakan cara dan teknik yang sama bagi mencari lagu. Sebab bila sebut pasal muzik, orang akan cerita pasal chord juga.

Tak boleh lari daripada chord, tak kira apa jua alat muzik kecuali drum atau gendang. Itu memang takde chord. Tapi still boleh follow step by step dibawah. Mungkin boleh digunakan untuk cari part korang dalam lagu tersebut.

Ada 2 sahaja cara mencari chord gitar yang boleh korang gunakan. Boleh pilih mana satu yang dirasakan sesuai dan mudah buat korang. Yang penting matlamat utama nak dapatkan chord lagu kegemaran korang tercapai.

Method #1 – Guitar Tab / Chord

Cara cari chord gitar yang pertama adalah dengan menggunakan teknologi terkini iaitu internet. Senang je nak jumpa sekarang ni. Ada banyak orang share dekat internet. Pelbagai bentuk dan format chord lagu. Selalunya akan jumpa dalam bentuk tablature ataupun chord.

Ada juga yang save dalam bentuk digital tablature dimana korang boleh view macam mana lagu tersebut dimainkan menggunakan software tertentu. Contoh paling banyak orang guna adalah Guitar Pro. Open je lagu dalam guitar pro terus boleh view dan play together.

Macam mana nak belajar lagu tersebut? Korang boleh follow step by step dekat bawah ini untuk gunakan tablature atau chord yang korang dapat tadi untuk belajar main lagu yang dikehendaki. So check it out guys.

Step #1 – Tajuk Lagu

First of all korang kena pastikan tajuk lagu yang nak dimainkan tersebut. Kadang-kadang kita tau lagunya sahaja tapi tajuk sebenar tak tau. Kalau nak cari dekat internet macam mana? Takkan nak taip bunyi muzik nya. Memang takkan jumpa kalau camtu.

So kena pastikan nama band / penyanyi / gitaris serta tajuk lagu untuk korang mulakan pencarian lagu tersebut. Bila dah dapat tajuk lagu barulah korang proceed ke step #2 dekat bawah ini…

Step #2 – Google

Cari lagu tersebut dekat google. Taip tajuk lagu diikuti dengan perkataan “chord” atau “tablature” dekat belakang. Kemudian google akan display result SERP dan korang boleh pilih mana satu. Ada banyak dalam senarai so mungkin kena tengok satu persatu.

Bagi yang susah nak “tangkap” kalau belajar lagu guna chord, boleh search dekat youtube. Caranya sama macam tadi. Taip dekat search box dan result akan keluar. Ada banyak video cover atau tutorial lagu tersebut. Pilih yang dirasakan sesuai.

Step #3 – Play Along

Kalau korang dah jumpa chord atau tab atau video tutorial lagu yang dikehendaki, seterusnya korang perlu tengok secara keseluruhan dan mula play along dengan lagu asal. So dengan cara ini korang boleh verify chord yang korang dapat tu betul ataupun tidak.

Kalau rasa macam tak kena atau “sumbang”, kenalah cari sumber yang lain pula. Kadang-kadang tak boleh pakai gak chord dekat internet ni. Ada juga yang buat pakai belasah je. Tak cari betul-betul. Lebih kurang sama je then terus letak.

Method #2 – Hearing

Okay tadi adalah dengan cara guna tab atau chord lagu yang bersumberkan daripada internet. Tapi macam mana pula kalau lagu yang kita nak main tu tak jumpa di internet? Adakah kita langsung tak boleh nak main lagu tu? Don’t worry guys, still boleh main.

Tapi terpaksalah guna cara tradisional iaitu menggunakan pendengaran sebaik mungkin. Nak buat macam mana kan. So korang boleh follow step by step dekat bawah ini…

Step #1 – Lagu

Untuk mula cari chord, korang kena perbanyakkan dengar lagu tersebut. Kena ingat flow dan lebih kurang melody line lagu. Supaya senang nanti nak mulakan pencarian chord lagu. Kalau melody line pun tak ingat jenuh. Asyik nak kena ulang lagu je.

Seelok-eloknya korang ada copy lagu tersebut dalam bentuk digital. Sama ada korang subscribe sportify ataupun boleh dengar lagu melalui official youtube channel artist tersebut. Senang sikit untuk refer dan dengar semula.

Step #2 – Root Chord

Yang paling penting adalah korang kena cari root chord untuk lagu berkenaan terlebih dahulu. Selalunya, root chord ini adalah chord yang first sekali. Tapi tak semua lagu macam tu. So kena pastikan terlebih dahulu.

Cara nak dapatkan root chord adalah korang pasang lagu melalui speaker ataupun headphone, lepas tu strum chord pada gitar. Buat macam tu sampai dapat chord apa yang digunakan. Bagi yang dah menguasai chord progression, bila tahu root chord, then semuanya akan selesai.

Step # 3 – Part by Part

Bila dah jumpa root chord, korang kena teruskan pencarian bagi setiap part pada lagu tersebut. Bahagikan kepada beberapa bahagian utama contohnya verse, pre-chorus, chorus, outro dan intro. Supaya pencarian korang lebih fokus.

Lepas dah dapat bagi kesemua part tersebut, barulah combine untuk mainkan semua lagu. Boleh guna chord progression untuk mudahkan pencarian. Sebab ianya akan bermain sekitar chord dalam progression sahaja. Tak lari jauh.

Nak Guna Cara Mencari Chord Gitar Yang Mana Satu Paling Mudah?

Okay itu 2 cara mencari chord gitar untuk lagu. Agak-agak mana satu yang korang pilih? Mana satu yang lebih mudah? Mesti ramai yang pilih method #1 kan. Sebab cari dekat internet je terus jumpa dan boleh main lagu.

Tak perlu bersusah payah untuk cari lagu guna “telinga”. Method #2 mungkin akan memakan masa dan kalau tak sabar boleh stress di pertengahan jalan sebab tak jumpa chord. Admin pernah melalui semua itu sebab zaman belajar main gitar dulu takde tab dekat internet.

Hanya lagu-lagu international dan top sahaja. Lagu yang biasa-biasa ni memang tak jumpa. Jadi kenalah belajar cari lagu guna hearing. Tapi sekarang ni dah jarang nak cari lagu guna telinga. Banyak cari tab je. Senang dan cepat.

Click search je bersepah tab dan chord ada dekat google atau youtube. Korang pula macam mana? Guna cara yang mana satu? Boleh share pendapat, pandangan serta pengalaman korang dekat ruangan komen yang tersedia dekat bawah ini. Thank you in advance…

Gambar: Musician’s HQ, The Acoustic Guitarist

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.