Cara Nak Install WordPress Dekat Laman Web Korang

by | Jun 6, 2021 | Website

WordPress adalah salah satu CMS yang mempermudahkan proses untuk bina website. Ia juga merupakan yang paling ramai pengguna. Bagi yang masih belum tahu tentang CMS, boleh baca pada apa itu CMS. Kali ini admin akan focus kepada cara nak install wordpress dekat web korang.

Mengikut statistics oleh w3techs, lebih daripada 50% website yang guna CMS adalah pengguna wordpress. Jauh mendahului yang lain-lain. Banyak kelebihan wordpress ni sebenarnya. Jadi tak hairan lah jika ramai yang berlumba-lumba nak tahu cara nak install wordpress.

Bagi yang dah tahu apa itu CMS dan kelebihan wordpress berbanding CMS yang lain, boleh teruskan dengan ketahui cara nak install pada laman web korang. Tapi sebelum korang install, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan. Kira macam persediaan sebelum proses installation.

Pertamanya, korang mestilah ada nama domain sendiri. Tak tahu apa itu domain? Boleh baca dekat sini. Setiap website yang guna wordpress perlu ada domain. Ianya tak seperti laman web percuma seperti wordpress.com, blogspot.com dan wix.com. Bila register je terus ada nama.

Yang keduanya, korang mesti ada hosting. Tak kisahlah apa jenis hosting yang korang pakai, asalkan ada. Ada banyak hosting provider yang boleh korang cuba. Boleh usha dekat artikel web hosting terbaik dan web hosting daripada Malaysia. Dua-dua pun ada senaraikan hosting yang recommended.

Jadi kalau dah ada dua perkara tersebut barulah kita boleh proceed untuk wordpress installation. Dah sedia? Teruskan membaca sampai habis.

Cara Nak Install WordPress Untuk Website

Dalam artikel ini admin akan kongsikan 2 cara utama cara nak install wordpress. Ada cara yang susah dan yang senang. Yang mana satu korang nak pilih? Mesti lah yang senang betul tak? Kalau admin pun mesti nak yang senang. Tapi admin akan cerita cara yang susah dulu. Baru cara yang senang.

Bak kata orang :

Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ketepian,

Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian.

Sebenarnya takde lah susah sangat pun. Cuma banyak step yang kena buat. Jadi korang Cuma perlu baca dan fahamkan setiap langkah. Seterusnya baru buat.

Method #1 – Upload WordPress

Seperti yang admin dah cerita dekat atas, web korang perlukan hosting untuk beroperasi. Segala data akan disimpan dalam storage pada hosting. Termasuklah file untuk wordpress. Cuba bayangkan hosting ni macam harddisk manakala wordpress ni macam Windows.

Kalau nak guna komputer kena lah install windows. Dan semua file windows untuk komputer korang akan disimpan dalam harddisk. Macam tu lah juga website korang. File wordpress perlu di masukkan ke storage hosting dengan cara upload.

Selepas upload barulah lakukan proses installation. Cara yang paling mudah nak upload file ke file manager pada hosting korang adalah menggunakan FTP Manager. Tapi korang perlu install FTP Manager tersebut pada PC / Laptop terlebih dahulu. Sila semak Apa itu FTP Manager untuk ketahui lebih lanjut.

Berikut adalah Step By Step cara untuk korang upload dan install wordpress pada website korang:

  1. Connect FTP Manager dengan File Manager
  2. Download WordPress Versi yang terbaru.
  3. Unzip file yang telah korang download
  4. Select All dan mulakan upload ke File Manager
  5. Login ke Cpanel > Databases > MySQL Databases
  6. Buat database baru untuk website
  7. Buka domain korang pada browser
  8. Teruskan proses install wordpress
  9. Masukkan nama database yang di buat tadi
  10. Run Install

Tunggu sehingga installation complete. Seterusnya korang boleh login pada domain korang. Cuma tambah dibelakang wp-admin (contoh : domainkorang.com/wp-admin) Selesailah install wordpress cara upload. Step nya agak panjang dan kalau silap korang terpaksa mulakan semula.

Bagi yang tak biasa dengan FTP Manager dan teknikal, korang dinasihatkan supaya tak guna cara ini. Sebab ada cara yang lebih mudah. Kalau susah kenapa admin cerita dalam ni? Ianya hanya sebagai cara alternatif kepada yang nak install wordpress.

Method #2 – WordPress Installer Tools

Jika cara yang pertama nampak berserabut dan lebih teknikal, cara yang kedua ni pula sangat simple. Admin komfem lepas je korang baca artikel ni terus boleh buat. Tapi dengan syarat hosting provider korang ada sediakan wordpress installer tools dalam cpanel korang.

Kebanyakkan hosting memang ada sediakan. Masa nak beli hosting tu baca betul-betul description. Pastikan ada sediakan tools ini. Tapi kalau korang bercadang nak guna unichosting, memang ada disediakan installer tools ni. Boleh lihat sini untuk maklumat lanjut.

 Installer tools ni ada banyak jenis. Tapi fungsinya sama yakni nak memudahkan korang untuk install wordpress. Antara wordpress installer tools yang sering digunakan adalah:

  1. MOJO Marketplace
  2. Softaculous
  3. QuickInstall
  4. Fantastico

Disebabkan wordpress installer tools ni disediakan oleh pihak hosting provider, jadi korang tak boleh pilih. Apa yang ada, itu je lah yang korang boleh guna. Sebab pihak hosting akan ambil licence installer ni secara bundle. Jadi biasanya akan sediakan salah satu daripada list diatas sahaja.

Majoriti hosting provider menggunakan Softaculous. Begitu juga dengan unichosting. Jadi pada artikel kali ini admin akan tunjuk cara nak install wordpress guna softaculous sahaja. Tapi cara nak guna installer tools yang lain tak banyak beza. Cuma interface sahaja yang berbeza.

Cara nak install wordpress pada website korang melalui softaculous adalah seperti berikut:

  1. Login ke Cpanel
  2. Cari pada bahagian AutoInstallers > Softaculous.
  3. Pilih WordPress
  4. Tekan “Install Now”
  5. Pilih domain yang dikehendaki.
  6. Masukkan “Username” & “Password”.
  7. Sertakan Email untuk dapat update installation
  8. Tekan Install

Sila tunggu sehingga loading bar untuk installation complete. Kemudian boleh start login melalui wp-admin (contoh : domainkorang.com/wp-admin). Boleh terus mula customize dan design laman web korang. Bagi installer tools yang lain, cara install hampir sama.

Semuanya digelar “one clicks install” untuk wordpress. Dan masa untuk installation tak sampai 5 minit pun. Memang cepat dan mudah.

Dah Tahu Cara nak install WordPress?

Tahniah sebab korang berjaya baca sampai habis. Maknanya korang dah berjaya menguasai cara nak install wordpress untuk laman web korang. Jadi lepas ni boleh la mula install. Sebab cara nya mudah je. Lagipun tak ambil masa yang lama pun.

Admin yakin lebih 90% akan menggunakan cara yang kedua. Yakni cara senang untuk install wordpress. Admin mula-mula nak belajar buat website dulu pun guna cara yang tu. Cuma cara yang pertama boleh digunakan kalau hosting provider tak sediakan installer tools (rasanya semua ada).

Korang juga boleh gunakan cara yang pertama sekiranya dah cuba install pakai installer tools tapi tak berjaya. Jadi alternatif nya perlu gunakan cara upload wordpress ke file manager. Diharap apa yang admin kongsikan dapat manfaat kepada korang. Share artikel ini dan komen pada ruangan dibawah.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *