Cara Tune Gitar Yang Mudah Dan Awesome

by | Jan 18, 2021 | Music

Sebelum ini admin ada share pasal jenis gitar yang berada dipasaran. So kali ini topik yang lebih penting iaitu cara tune gitar. Terutamanya untuk beginner. Sebab kalau yang amatur atau pro, komfem dah tahu caranya.

Pada yang baru nak start belajar main gitar tu wajib tahu benda ni dulu. Kalau tak sampai ke sudah tak boleh main dengan betul. Macam mana nak main kalau bunyi pun “out of tune”. Bak kata orang “sumbang” bunyinya.

Sebagai seorang gitaris, memastikan gitar sentiasa berada pada tune yang betul adalah sangat penting. Terutamanya pada sesi jamming. Kalau show lagilah. Memang kena tepat tune gitar nya. Baru sedap bunyi.Bila tune tak betul, jadi segala note atau chord yang dimainkan pun jadi tak sedap.

Cara Tune Gitar Untuk Beginner

Basically, gitar ada pelbagai jenis tuning. Tapi yang paling mudah untuk beginner adalah menggunakan “Standard Tuning”. Seperti yang korang sedia maklum, gitar biasa mempunyai 6 tali. Kalau yang lebih dari tu maksudnya gitar “luar biasa”.

Setiap tali ada note tersendiri bagi standard tuning. Kalau ikut susunan, E,A,D,G,B dan e. Note E yang pertama tu adalah untuk tali yang paling besar. Manakala note e pula untuk tali yang paling kecil. Note yang sama tetapi berbeza pitch.

Secara general, kita memang tak dapat nak kenal pasti note dengan pendengaran semata-mata. Kena gunakan alat untuk bantu check tune. So sebab itulah kena pakai tuner. Berikut adalah cara tune gitar yang boleh digunakan. Teruskan membaca sampai habis.

Cara #1 – Digital Tuner

Dari nama pun dah boleh agak macam mana rupanya. Digital tuner adalah satu alat yang digunakan untuk check tune gitar korang. Kebiasaannya korang perlu connect cable jack kepada digital tuner dan petik tali.

Paparan pada tuner akan tunjuk note untuk tali tersebut. Boleh betulkan tune dengan cara pusing machine head pada gitar sehingga dapat note yang dkehendaki. Untuk gitar akustik yang tiada pickup pun boleh guna digital tuner.

Letak tuner berdekatan dengan gitar akustik korang. Lepas tu petik tali. Digital tuner ada mic kecil untuk detect bunyi dan display note apa. Proses tune masih sama. Ejas sampai dapat note yang dikehendaki.

Cara #2 – Clip Tuner

Lebih kurang macam digital tuner. Tapi saiznya lebih kecil dan ringan. Kelebihan lain clip tuner adalah korang boleh pasang terus even korang tengah jamming sekalipun. Takde masalah sebab takde connect direct ke gitar.

Sebab orang panggil clip tuner adalah sebab cara pasang tuner ni guna penyepit. Kena letak clip tuner ini pada bahagian headstock gitar korang. Then boleh terus petik tali untuk check tune. Terus boleh ejas sampai dapat tune.

Cara clip tuner berfungsi adalah sama macam admin explain dekat bahagian digital tuner untuk gitar akustik. Pada clip tuner ade mic yang digunakan untuk mengesan bunyi pada tali. Display pada clip tuner akan tunjuk note tali tersebut.

Cara #3 – Stomp Box

Mungkin beginner tak pernah dengar apa benda ni. Stomp box adalah “gadget” untuk gitar korang. Terdapat banyak jenis stomp box yang berada dipasaran. Setiap jenis ada fungsi masing-masing. Salah satunya adalah untuk tune gitar.

Stomp box tuner ini selalunya kita akan letak pada pedalboard untuk memudahkan gitaris tune gitar. Terutamanya ketika jamming ataupun show. Korang boleh guna power supply pada oedal board ataupun bateri 9V untuk “on” tuner ni.

Masukkan cable input dari gitar ke tuner dan boleh start tune gitar. Selalunya orang akan check tune sebelum jamming atau show start. So bila tengah main, tuner tu kena off. Nak on sentiasa pun takde masalah. Cuma ianya agak mengganggu.

Cara #4 – Multieffect

Pada yang tak gunakan stomp box untuk jamming atau show, biasanya akan guna multieffect. Maklumlah sekarang ini bunyi yang dihasilkan multieffect pun dah mantap. Ada banyak effect pulak pada satu device.

Bukan setakat effect, tuner pun ada include sekali. So korang tak perlu beli asing. Satu alat untuk semua. Cara nak guna pun senang. On je multieffect tu lepas tu masuk pada function tuner. Ada sesetengah multieffect gunakan istilah “bypass”.

Lain jenama atau model multieffect, maka lain juga lah cara nak gunakan function tuner. Sebagau contoh multieffect Mooer GE-100, korang kena tekan kedua-dua button serentak untuk masuk ke function tuner.

Cara #5 – Apps

Mungkin juga ada yang takde modal nak beli tuner yang lain seperti dalam senarai ini. So korang boleh gunakan cara ini. Admin yakin korang semua ada smartphone dan tahu cara macam mana nak install apps.

Jadi cara ini mungkin paling mudah dan simple. Cuma korang perlu tahu apps apa yang boleh korang gunakan untuk tune gitar. Boleh search dekat apps store. Ade berlambak apps yang boleh digunakan.

Of course ada yang free dan ada juga yang berbayar. Kalau nak yang percuma mungkin kena cari betul-betul la. Antara yang admin recommend adalah GuitarTuna seperti gambar diatas. Memang senang dan simple sangat nak guna.

Cara #6 – Software

Okay jika atas tadi untuk smartphone. Yang ini pula adalah untuk PC / Laptop. Tapi ianya agak complicated sikit. Sebab kena ada device lain yang menghubungkan gitar dengan PC / Laptop iaitu menggunakan audio interface.

Selalunya orang akan guna USB audio interface. Sebab senang nak setup. Plug n play je terus boleh guna. Lepas tu kena install software untuk tune gitar. Ada banyak software yang boleh digunakan. Ada yang free dan ada juga yang premium.

Biasanya orang takkan guna software tersebut hanya untuk tune gitar. Sebab ada banyak lagi features yang mantap ada pada software tu. Antara software yang admin selalu guna adalah Amplitube 4. Free tapi kena register account.

Cara #7 – Manual

Last but not least, cara yang terakhir adalah tuning gitar secara manual. Setiap gitaris wajib tahu skill ni walaupun dah ada pelbagai tuner canggih yang lain. Bak kata orang skill basic untuk check dan tune gitar kena tahu.

Seperti yang admin explain dekat awal artikel tadi, biasanya kita akan guna tune standard. Memang kita takkan boleh nak tahu note apa pada tali tapi kita boleh check tali mana yang tune nya lari. Nak tahu senang je. Tekan pada fret ke-5 tali E dan strum bersama dengan tali A.

Kalau sama, then tune OK. Tapi kalau beza, kena ejas bagi sama. Begitulah untuk step yang seterusnya kecuali untuk tune tali B je lain. Kena tekan pada fret ke-4 tali G. Lagi senang kalau tengok susunan note seperti gambar diatas.

Nak Guna Cara Tune Gitar Yang Mana?

Of course korang bebas untuk pilih mana satu cara yang admin senaraikan diatas. Sebeb semuanya pun boleh tune gitar korang. Cuma yang paling penting sekali adalah cara ke-7. Yang ini korang kena master terlebih dahulu sebelum guna tuner.

Admin dulu pun masa mula belajar memang takde guna tuner pun. Buat manual je. Bila start pakai gitar elektrik je mula pakai tuner. Sebab dah ada multieffect yang ada function tuner. Lepas tu revert balik ke digital tuner. Sebab senang nak bawa kemana-mana.

Sekarang ini paling mudah orang gunakan clip tuner. Sebab boleh pasang terus dekat gitar dan tak mengganggu ketika main. Cuma kena off kan bila dah tak guna. Kalau jenis tuner yang lain semua kena ada pemasangan guna cable.

Pada yang selalu buat show mungkin lebih prefer tuner pada stomp box atau multieffect. Sebab bundle sekali dekat pedalboard. So bergantung kepada keperluan korang untuk guna. Tapi untuk beginner, admin nasihatkan beli clip tuner.

Itu sahaja cara tune gitar yang mudah dan simple. Diharap dapat membantu korang yang membaca untuk men “tune” kan gitar. Sekiranya terdapat sebarang komen, cadangan atau pandangan, boleh berbuat demikian pada ruangan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *