Drum Workshop Inc – Drum Manufacturer Daripada USA

by | Sep 8, 2020 | Music

Kalau baca tajuk mesti korang pelik. Brand apa pulak Drum Workshop Inc ni. Admin pun masa mula-mula nak buat research pun tercari-cari. Sebab brand nya adalah DW Drums. Rupanya DW tu bermaksud Drum Workshop.

Sebelum ini hanya pernah dengar jenama sahaja. Orang dok sebut DW Drums. Tapi tak tau pulak DW tu singkatan kepada perkataan tertentu. Lepas tahu tu, admin rasa pelik sikit sebab ada perkataan workshop pulak. Dulu masa bermula dengan repair drum ke?

Ini membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak. So apa lagi terus membuat carian google. Akhirnya jumpalah dekat laman web rasmi diorang. Ada cerita sejarah asal usul Drum Workshop Inc. Nanti admin akan kongsikan lebih panjang lebar dekat bawah.

Secara jujurnya, admin tak berapa familiar dengan jenama ini. Tak pernah try mana-mana model drum DW ini. Cuma tahu melalui tengok video artis tertentu yang ada pakai. Yang paling famous adalah Dave Grohl. Iaitu lead guitar dan vocalist untuk band Foo Fighter.

Mungkin pada yang tak tahu, Dave Grohl adalah drummer untuk Nirvanna dulu sebelum form band Foo Fighter. Ramai lagi sebenarnya artist DW Drums. Boleh check it out dekat DW Drums Artist.

Don Lombardi Memulakan DW

Sekitar tahun 1972, Don Lombardi telah membuka kelas untuk belajar bermain drum di Santa Monica, USA. Ketika itu ia digelar Drum Workshop. Masa start mengajar drum tu, Don baru berumur 26 tahun. Memang sangat mudalah masa tu.

Mana taknya, umur 12 tahun dah mula main drum. Kebetulan beliau juga dibesarkan dalam kawasan kejiranan yang ramai pemuzik serta cikgu muzik. Jadi dari pengaruh sekeliling menjadikan beliau lebih cenderung kepada mengajar.

Sebelum membuka Drum Workshop, beliau juga telah mula mengajar drum di beberapa music store berdekatan. Semua ini bermula semenjak beliau mendapat lesen kereta. So boleh lah drive ke music store untuk mengajar.

Salah seorang daripada pelajar terawal Drum Workshop adalah John Good iaitu kini adalah partner beliau dalam Drum Workshop Inc. Masa tu John Good berumur 17 tahun. Masuk kelas drum sebab nak improve skill permainan beliau.

Bermula dengan hubungan cikgu dan anak murid. Kemudian terus berkembang menjadi bisnes partner. Don Lombardi dan John Good masih lagi kekal berkoloborasi bagi menghasilkan produk DW Drums sehingga kini.

Buat Sales Untuk Cover Bisnes Kelas Drum

 

Disebabkan bisnes kelas drum Don pada ketika itu tidaklah masyuk sangat. Mana taknya, untuk cukup-cukup untuk cover duit sewa dan kos-kos lain yang terpaksa ditanggung. Jadi Don terpaksa memikirkan strategi lain untuk dapatkan duit lebih.

Dengan perlantikan John Good sebagai “part-time sales manager” pada masa itu bagi memikirkan apa langkah yang patut diambil untuk up kan keuntungan. Maka timbullah idea untuk menjual stik drum, buku muzik serta peralatan lain untuk drum.

Dengan adanya side income tu, dapatlah nak cover dan naikkan keuntungan. Namun ianya tidak berhenti disitu sahaja. Hasil daripada brainstorming Don dan John, kemudiannya terhasillah adjustable seat untuk drummer.

Pada bulan pertama, ianya terjual sebanyak 12 unit. Dengan kejayaan tersebut, John terus kerja dengan Don secara tetap. Adjustable seat tersebut mula mendapat perhatian ramai. So Drum Workshop mula popular dengan seat tersebut.

Sehinggalah suatu hari diorang received order untuk 100 unit seat tersebut daripada Camco Drum Co. Ini telah membuka mata Don bahawa diorang boleh pergi lebih jauh dengan produk tersebut. Dah ada peluang apa lagi. Terus sambar je lah.

Pembelian Aset Camco Drum Co

Masa dapat order daripada Camco Drum, capacity penghasilan seat itu hanyalah 12 unit sebulan. Ye lah kan, Don masih maintain mengajar drum. Manakala hanya John sorang je yang buat seat tersebut. So memang lambatlah kan.

Kebetulan tak lama lepas itu, pemilik Camco Drum menyatakan hasrat untuk menjual kesemua peralatan dan fasiliti untuk buat drum mereka kepada Don. Tanpa membuang masa, Don terima tawaran tersebut.

So kenalah prepare modal untuk buat pembelian. Pinjam dengan family, rakan-rakan dan beberapa investor, akhirnya asset Camco Drum bertukar tangan. So bolehlah Don guna fasiliti tersebut untuk produce lebih banyak seat.

Malahan kebanyakkan produk Camco juga diteruskan pengeluarannya pada masa tu. Cuma Don membuat sedikit improvement yang mana dirasakan sesuai untuk menjadikan produk tersebut lebih bagus dan mantap.

Antara produk yang terawal dikeluarkan pada masa itu adalah pedal drum Camco 5000. Walaupun design asal adalah dari Camco, tapi Don telah improve dari segi mechanical bagi meningkatkan efficiency dan konsistensi pedal tersebut.

Double Pedal Come Into A Picture

Pada awal tahun 1980, teknologi pedal drum telah berevolusi daripada system belt kepada rantai dan sprocket. Ketika itu DW Drums adalah antara pioneer yang buat system macam tu. Ini menyebabkan ramai yang dah mula kenal dengan jenama DW.

Kemudiannya pada tahun 1983, DW Drums sekali lagi menjadi fenomena apabila mencipta twin pedal yang pertama didunia. Jika sebelum itu kalau main double pedal, kena ada 2 bass drum dan 2 pedal. Tapi dengan adanya twin pedal, pakai satu bass drum je dah cukup.

Kiranya inovasi yang dilakukan oleh Don dan John adalah sesuatu yang lain daripada yang lain ketika itu. Ini membolehkan drum player yang main single bass drum improvise permainan mereka. Twin pedal mengubah scenario muzik dunia masa tu.

Dan ada beberapa lagi inovasi yang menjadikan nama DW drums pada masa tu menjadi begitu popular diseluruh dunia. DW Drums juga terkenal dengan teknologi timbre matching. Pengawalan kayu serta balance sound untuk suatu drum set.

Terus Meneraju Inovasi Dunia Drum

Drum Workshop kini masih terus dengan inovasi produk drum mereka. Walaupun CEO sudah bertukar kepada yang baru. Sekitar tahun 2000, Chris Lambardi telah dilantik menjadi CEO mengantikan Don.

Ini membolehkan Don dan John menumpukan kepada inovasi produk mereka. Manakala Chris pula akan fokus kepada perkembangan syarikat dan sales. Salah satu daripada langkah DW untuk jadi yang terbaik adalah dengan menubuhkan PDP.

Dengan wujudnya PDP, maka brand DW akan terus kekal dengan produk yang inovatif dan menghasilkan produk high end. Manakala PDP pula akan fokus kepada low end produk. Walaupun 2 jenama tapi syarikat yang sama.

Orang yang design juga sama. Cuma kilang je yang berlainan. Itu pun masa mula-mula dibuat dekat kilang yang sama iaitu dekat Oxnard, Carlifornia. Apabila demand untuk PDP semakin meningkat, production terpaksa dipindahkan ke kilang di Ensenda, Mexico pada tahun 2002.

Nanti admin akan story pasal cerita PDP dekat artikel lain. Korang yang ada pengalaman pakai drum DM ini mohon kongsikan dekat ruangan komen. Sebab admin tak pernah try so tak tau nak cerita macam mana J.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *