Edit Gambar Online Percuma – Mudah, Cepat dan Terbaek

by | Nov 17, 2020 | Creative

Sekarang ini proses untuk mengedit gambar menjadi lebih simple. Sebab korang boleh edit gambar online percuma pada laman web tertentu. Malahan banyak juga features yang advance yang ada bagi menghasilkan gambar yang awesome.

Nak buat product handout, simple poster, social media cover photo, video thumbnails dan lain-lain lagi. Dah siap sample template. Cuma korang perlu pilih, edit mengikut kesesuaian dan juga masukkan gambar-gambar yang dirasakan sesuai.

Terus siap kerja korang. Boleh save projek dan download. Kalau perlu refer atau nak pakai semua boleh tengok balik dan sambung editing semula. Tak perlu advance skill pun untuk edit. Drag and drop sahaja. Macam buat powerpoint slide.

6 Laman Web Edit Gambar Online Percuma

Jika sebelum ini admin ada kongsikan mengenai software edit gambar percuma. Kesemua yang admin share tu korang kena download dan install dekat PC / Laptop. Sememangnya ada banyak kelebihan untuk edit gambar guna software berbanding online.

Tapi bergantung kepada main purpose korang untuk hasil gambar tersebut. Kalau korang nak buat poster untuk banner yang digantung pada papan billboard, mungkin tak dapat dilakukan oleh online editor. Memang kena guna software.

Kalau setakat nak guna untuk online marketing, bisnes handout atau gambar untuk blog rasanya masih relevan untuk edit gambar secara online. So jom kita tengok dekat mana kita boleh edit gambar online percuma. Let’s go…

Laman Web #1 – Canva

canva

Pada yang tak suka editing yang complex, Canva mungkin sesuai untuk korang. Layout yang simple dan user friendly. Walaupun korang tak ada pengalaman menggunakan mana-mana software edit gambar, tapi dekat Canva komfem korang boleh terus start.

Register account dekat website Canva, then setiap kali korang nak guna kena login. Tak kisah korang login guna PC / Laptop atau Smartphone. Masih boleh guna. Cuma kalau dekat phone, paparan agak kecil dan susah sikit nak buat kerja.

Satu je admin nak tekankan dekat sini. Canva bukanlah 100% percuma. Memang korang boleh guna tapi ada sesetengah template, background dan features yang perlu dibayar kalau nak guna. Mungkin boleh guna secara online tapi bila nak download gambar final, kena bayar.

Laman Web #2 – Pixlr

Pixlr

Ini salah satu daripada favorite admin. Sebab layout memang macam Adobe Photoshop. Dulu masa mula-mula guna ada satu je. Sekarang ini dah dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Pixlr X, Pixlr E dan Remove BG.

Pixlr X adalah untuk simple editing, Pixlr E untuk advance manakala Remove BG untuk buang background pada gambar. Cuma perlu upload image dan boleh terus start mengedit. Cuma ada beberapa features yang kena upgrade subscription untuk guna.

Tapi ianya tak ada template macam Canva. Kalau nak guna untuk design poster atau seumpanya, korang kena cari dari sumber lain. Dekat Pixlr ini ada sumber untuk background, SVG dan juga template AI dan PSD. Boleh download secara percuma.

Laman Web #3 – BeFunky

befunky

Seperti yang admin explain dalam Canva, features dalah Befunky ini hampir sama. Ada 3 features utama yang korang boleh guna dekat Befunky ini iaitu Photo Editor, Collage Maker dan Graphic Designer. Ini pun dah lebih dari cukup untuk simple editing.

Photo editor digunakan untuk enhance gambar yang korang ada. Terutamanya bagi photographer. Nak crop, adjust exposure, saturation dan sharpen untuk menjadikan gambar lebih cun. Manakala collage maker tu kalau korang nak group beberapa gambar dalam satu.

Ada banyak jenis template creative yang boleh korang pilih. Nak add text pun boleh. Last sekali adalah graphic designer. Bukan bermaksud boleh create design artwork. Tapi ada banyak template untuk buat banner, flyer, poster, card, infographics dan brochure.

Laman Web #4 – Fotor

fotor

Lagi satu website yang features nya agak menarik. Lebih kurang dengan Befunky dan juga Canva. Hanya perlu register account dan boleh mula access template dan pelbagai feature edit gambar yang menarik dan awesome.

Of course, Fotor ada option percuma dan juga boleh upgrade ke Fotor Pro kalau korang rasa sesuai dan berpuas hati dengan apa yang ditawarkan. Apa yang menarik minat admin pada Fotor ini adalah ianya ada juga untuk versi smartphone.

Korang boleh download dekat apps store. Ianya percuma. Cuma satu kelemahannya adalah ianya tak boleh link dengan website punya version. Maksud admin kalau korang buat sesuatu projek pada account dekat web, ianya tak boleh di “view” dekat apps.

Laman Web #5 – Adobe Spark

adobe spark

Merupakan salah satu daripada produk yang ditawarkan oleh Adobe. Dengar nama je pun dah boleh rasa ianya gempak kan. Bagi admin Adobe Spark ini sama macam website lain yang ada dekat dalam list ini. Ada banyak template yang boleh terus guna.

Tapi kelebihan adobe spark yang tiada pada yang lain adalah ianya boleh create simple slide show serta simple video. Kira memang pakej lengkap untuk bisnes owner untuk prepare material untuk online marketing.

Walaupun features yang ditawarkan agak simple tapi pada admin dah okay. Sebab kalau nak advance sememangnya korang kena cari software yang berkaitan untuk dapatkan hasil yang lebih mantap dan berkualiti. Untuk level website, rasanya dah cukup mantap Adobe Spark ini.

Laman Web #6 – Photopea

photopea

Website yang terakhir dalam senarai edit gambar online percuma. Photopea ni bila kita klik je terus nampak layout macam gambar diatas. Korang tak perlu login pun untuk guna features yang ada. Layout hampir sama dengan Adobe Photoshop.

Kira macam photoshop versi online la kan. Apa yang kena buat adalah upload gambar atau create new file, lepas itu boleh terus buat editing. Dah habis edit, korang just klik file lepas tu export kepada format gambar yang dikehendaki.

Cuma kalau terus export, projek yang korang edit tu tak di “save” lah. Bila nak tengok balik, tiada history. Nak save korang kena download as “PSD” format. Senang cerita format Adobe Photoshop. Then boleh check semula projek tersebut dengan upload semula file tersebut.

Website Edit Gambar Online Percuma Pilihan Admin

Admin dah cuba hampir kesemua dalam senarai ini. Ada yang admin memang dah pakai sejak dulu. Ada juga yang baru cuba masa nak buat review ini. Antara website yang dah lama admin guna adalah Canva dan Pixlr.

Canva memang mudah nak guna. Template, icon dan background pun banyak. Cuma nak kena hati-hati pilih. Pastikan ianya percuma. Kalau tak gambar yang dah buat guna item berbayar tak boleh download melainkan korang buat bayaran.

Pixlr sebelum ini ianya agak simple. Sama macam feature pada Photopea. Kiranya Photopea tiru konsep Pixlr yang dulu la. Bagi yang biasa gunakan Adobe Photoshop tapi software tu tiada pada laptop / PC korang nak gunakan pada masa itu, boleh guna Photopea.

Overall yang nampak paling best adalah Adobe Spark. Sebab ada features tambahan yang membolehkan korang create marketing material dekat satu tempat sahaja. Bukan sekadar edit gambar, buat simple video pun boleh. So it’s a plus point la dekat situ.

Itu pada pendapat admin. Apa yang dirasakan dan juga mengikut kesesuaian admin. Mungkin tak sama dengan korang. Bagi yang ada sebarang pendapat, komen dan juga cadangan, mohon berbuat demikian pada ruangan yang disediakan dibawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *