ESP Company Limited Guitars Yang Awesome

by | Nov 28, 2020 | Music

Agak-agak korang tau tak apa itu ESP Company Limited? Mesti macam blur je company apa pulak ni. So sebab tu admin letak guitars dekat tajuk tu. Baru lah clear sikit. ESP Company Limited ini adalah syarikat yang menghasilkan gitar ESP.

Ataupun korang sebenarnya tak tahu pun brand gitar ESP ini? Ok takpe, kalau belum tahu boleh teruskan membaca sampai habis. Insyaallah admin akan terangkan detail dan secara slow n steady. Dari awal penubuhan sampailah sekarang.

Kita nak tengok macam mana perkembangan gitar ESP ni. Kalau sebelum ini kita dah lihat beberapa brand utama dunia antaranya Fender, Gibson dan Ibanez. So next adalah ESP lah kan. Pada yang pertama kali dengar, ESP ini adalah brand dari Japan ye.

Gitar-gitar yang dihasilkan oleh ESP Company Limited ini digunakan oleh pemuzik metal dan muzik-muzik berat yang lain. Rock pun ada juga. Tapi buat masa ini belum ada lagi gitaris Jazz yang pakai la kan. Artist endorsement pun semuanya dari band yang main genre berat.

Persoalannya dekat sini, ESP tu apa? Adakah semua produk yang ESP Company Limited hasilkan ni hanya sesuai untuk muzik berat sahaja? Nak tahu kenapa? Nanti admin story dekat bawah ni. Check it out guys.

Kedai Alat Ganti Untuk Gitar

Pada tahun 1975, Hisatake Shibuya telah membuka kedai untuk spare parts untuk gitar di Tokyo, Japan. Ianya di beri nama Electric Sound Products atau singkatannya ESP. Dalam masa yang sama, mereka juga ada buat gitar untuk jenama Navigator untuk pasaran Japan.

Kemudian nya ESP mula memasuki pasaran USA sebagai ESP Replacement Part pada tahun 1983. Pada mulanya mereka hanya menghasilkan instrument custom untuk artist. So diorang akan buat based pada tempahan dan spesifikasi yang artist tu mintak.

Antara artist popular yang menempah gitar dengan ESP adalah Page Hamilton (Helmet), Vernon Reid (Living Colour), Vinnie Vincent and Bruce Kulick (KISS), Sid McGinnis (Late Night with David Letterman) dan Ronnie Wood (The Rolling Stones).

Dalam pada masa yang sama, mereka juga mula jadi sub-manufacturer untuk beberapa jenama gitar lain. ESP kira jadi macam OEM la untuk diorang. Antara jenama gitar lain tersebut adalah Kramer, Robin Guitars, Schecter Guitar Research dan DiMarzio.

Kemunculan ESP Kamikaze!!!

Dengar nama pun dah ganas. Apatah lagi rupa dan bunyi gitar ni. Memang mantap. Seriously, ESP kamikaze adalah gitar pertama brand ESP yang admin tau. Sebabnya admin adalah fan Metalasia. Masa album pertama, diorang memang pakai ESP Kamikaze.

Walaupun asalnya ESP kamikaze ini dicipta untuk George Lynch pada tahun 1985. Tapi admin masa tu tak kenal pun sape George Lynch ni. Cuma tahu gitar nya sahaja. Bila dah lama baru lah mencari siapa sebenarnya yang pakai gitar tu.

Pada tahun 1985, kebetulan George Lynch ada tour dekat Tokyo. Masa tu ada masalah sikit dengan gitar yang beliau pakai. Jadi pergilah ke ESP shop untuk cari parts gitar. Sembang punya sembang, so beliau dapat tahu yang ESP pun ada buat gitar custom.

Apa lagi terus deal. Maka terhasillah ESP Kamikaze yang ada sekarang. Ianya boleh dikatakan gitar yang menggunakan jenama ESP yang pertama. Walaupun dah banyak gitar telah dibuat. Tapi gitar tu yang mula naikkan nama ESP.

Pada admin design ESP Kamikaze ini sangat unik. Even pada masa sekarang pun, design tu masih relevan dan unik. Body ala-ala strat tapi tak ada pickguard. Reverse headstock ala-ala explorer. Kombinasi pickup hambucker dekat bridge dan single coil dekat neck.

Corak camo pada body menjadi trademark ESP Kamikaze. Ada banyak gabungan warna camo. Last skali adalah Floyd rose tremolo. Complete set untuk seorang gitaris metal. Memang sound pun mantap. Tapi malangnya admin tak berkesempatan nak try gitar tu lagi.

Metallica In Da House Yaw…

Nama ESP semakin meningkat naik di seluruh dunia masa tu. Populariti gitar ini di USA mula mencanak. Sampai jenama-jenama besar lain pun goyang. Sama macam Ibanez, ESP masa mula-mula keluarkan jenama sendiri ada yang tiru design jenama lain.

Sampai satu tahap, ESP kena banned hanya disebabkan keluarkan design copy tapi harga rendah. Start daripada itu, diorang mula keluarkan design yang tersendiri. Lagipun admin rasa, design ESP Kamikaze tu pun dah cukup untuk buktikan ianya lain dari yang lain.

Tambahan pula dipenghujung 1980an, Metallica mula menjadi kegilaan ramai. Dan yang lebih dasyat adalah kedua-dua gitaris diorang pakai jenama ESP. Memang meletop la kan. James Hetfield dan Kirk Hammet adalah antara individu yang menaikkan jenama ESP.

Bertambahnya populariti Metallica, begitu jugalah sama naik brand ESP ini. Jadi pada masa tu peminat muzik metal pun mula beralih ke ESP. Makin ramai artist endorsement daripada muzik Metal seluruh dunia.

RIP Jackson, Hail ESP…

Sekitar di awal tahun 2000, dunia metal telah digemparkan dengan jenama Jackson telah dibeli sepenuhnya oleh Fender. Kira operation wise telah diambil alih. Cuma jenama yang keluar masih guna nama Jackson.

Seperti yang ramai ketahui, Jackson juga adalah salah satu brand yang cukup sinonim dengan muzik genre metal. Dan yang paling penting gitar Jackson adalah made in USA. So ramai pemuzik pada masa tu memang pakai Jackson.

Hanya disebabkan Fender beli Jackson, terjadinya penghijrahan besar-besaran para gitaris daripada pakai gitar Jackson ke ESP. Antaranya adalah Dave Mustaine (Megadeth), Adam Darski (Behemoth), Alexi Laiho & Roope Latvala (Children of Bodom) dan Jeff Hanneman (Slayer).

Alasannya adalah sebab Fender beli Jackson. Seperti yang kita sedia maklum, Fender bukanlah gitar pilihan bagi gitaris yang main genre metal. So bila Fender dah beli Jackson, ianya seolah-olah macam dah lari konsep. Dah macam tak metal lagi.

Itu pada pandangan diorang masa tu lah. Jadi hanya disebabkan hal itu, ramai yang mula pakai ESP. Tapi kalau tengok, even sampai sekarang pun gitar Jackson masih kekal dengan identiti asal mereka. Iaitu gitar untuk metal.

ESP Meant For Metal…

Tahun demi tahun berlalu, tapi ESP Company Limited masih kekal gah sebagai salah satu gitar yang menjadi ikon kepada pemuzik metal. Bukan sahaja gitar, malahan gitar bass mereka juga ramai pemuzik metal yang pakai. So boleh dikatakan ESP ni hanya untuk metal sahaja lah.

Tapi macam admin pernah cakap sebelum ini, boleh je kalau nak cuba main muzik lain pakai gitar ni. Tak ada masalah. Cuma gayanya macam tak berapa kena la kan. Admin ada sebijik gitar LTD. Main masa gig metal dulu. Sound memang cun. Sesuai untuk muzik metal.

Bagi yang tak tahu, LTD adalah varian bagi ESP. Kira macam low variance. Harga mampu milik untuk beginner. Ada lagi beberapa varian untuk ESP. Nanti admin share dalam detail Produk ESP.

Ada dekat sini peminat gitar ESP tak? Cer komen sikit dekat bawah ni. Letak gambar gitar ke. Barulah meriah sikit…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *