Gambar Percuma Untuk Korang Download Dan Gunakan

by | Nov 25, 2020 | Creative

Pada yang gemar untuk buat gambar kreatif mesti selalu cari sumber gambar daripada google. Tahu tak port mana korang boleh download gambar percuma? Ada macam-macam tema gambar yang korang boleh cari dan download sampai puas.

Mesti ada yang rasa macam:

“Kenapa tak download dekat Google je?”

Betul apa yang korang cakap tu. Tak dinafikan, memang boleh download je dekat google. Tapi masalahnya korang tahu tak yang gambar-gambar yang diupload ini tertakluk kepada licence yang tersendiri. Tak boleh suka-suka gunakan.

Nanti kalau berjaya dikesan oleh owner dan kebetulan gambar tersebut adalah licensable, korang boleh disaman sebab menggunakan gambar tersebut tanpa kebenaran. Tak pasal-pasal je kena bayar saman nanti. Baik check dulu sebelum download.

5 Website Untuk Download Gambar Percuma

Kalau nak guna gambar daripada sumber yang berlesen, korang terpaksa sama ada beli atau bayar royalty kepada pemilik gambar. Barulah dapat lesen untuk gunakan. Tak kisah gambar tersebut digunakan untuk tujuan apa sekalipun.

Bila dapat kebenaran baru boleh guna. Mungkin korang nak guna gambar tu sebagai background poster je. Lepas tu nak letak artwork lain pada background. Tapi still gambar itu hak kepunyaan owner dan beliau ada rights terhadap gambar tersebut.

Ada yang free untuk digunakan. Tapi kena letak watermark credits pada owner gambar. Itu terletak dalam kategori creative commons. Tapi ada je yang tak payah letak credit. Korang ken abaca description sebelum download. Boleh usha gambar percuma dekat sini…

Website #1 – Unsplash

unsplash

Daripada info yang diperolehi, dekat Unsplash ini korang boleh download sahaja secara percuma. Terus boleh gunakan. Ikut syarat tanpa credits pun boleh guna. Tapi seelok-eloknya letak lah siapa nama owner gambar.

At least ada lah sikit penghargaan pada tuan punya gambar. Korang bebas gunakan gambar tersebut untuk tujuan sama ada komersil ataupun kegunaan sendiri. Asalkan jangan jual gambar tu sudah. Sebab tu dah melanggar rules untuk website ini.

Unsplash dikhabarkan mempunyai lebih 2 juta gambar yang korang boleh cari dan guna. Memang antara free sources yang paling berbaloi untuk korang cari bahan untuk digunakan untuk projek. Dan yang paling best, korang tak payah register pun untuk download.

Website #2 – Pexels

pexels

Yang kedua ini pun lebih kurang dengan Unsplash. Tapi kalau dikira daripada jumlah gambar yang ada mungkin kurang sikit. Yang ada lebih kurang lebel ratus ribu je la. Tak sampai juta. Tapi itu pun dah okay rasanya.

Cara nak dapatkan gambar percuma daripada Pexels sangat mudah. Search gambar dan kemudian boleh download terus yang berkenan dihati. Free untuk digunakan tapi digalakkan untuk beri credit pada owner gambar.

Tapi kalau tak berbuat demikian pun tak menjadi kesalahan. Disamping itu, korang juga boleh turut menjadi contributor kepada sumber gambar. Boleh upload gambar yang menarik untuk tambah koleksi dalam Pexels.

Website #3 – Pixabay

pixabay

Lebih 1.8 juta gambar yang ada dalam website Pixabay ini boleh korang gunakan secara percuma. Boleh mula cari dan download sebanyak mungkin yang dirasakan perlu. Sebabnya most of it adalah percuma dan tak perlu beri credit kepada owner gambar.

Tapi admin nak tekankan disini, ada sebahagian gambar adalah sponsored image daripada website lain. Mohon supaya korang tak tersalah pilih yang tu. Sebabnya kalau gambar yang iklan tu memang kena bayar.

Cuma downside pada Pixabay ini adalah korang kena register account. Barulah boleh download. Tapi jangan risau sebab register tu percuma je. Korang juga boleh upload gambar korang untuk tambahkan koleksi dalam Pixabay.

Website #4 – Free Images

pixabay

Sesuai dengan namanya, Free Images juga seperti website yang lain dalam list ini menawarkan lebih 300,000 gambar percuma untuk korang guna. Tak perlu register account macam Pixabay. Terus boleh download sahaja yang mana korang nak.

Juga tak perlukan credit kepada owner. Tapi apa salahnya letak credit sebab diorang dah bantu kerja korang. Orang berbudi, kita berbahasa ye tak. Korang juga boleh menyumbang kepada koleksi Free Images dengan upload gambar yang korang miliki.

Cuma dekat Free Images ini kalau search tu kadang-kadang ada selit gambar yang sponsored daripada web iStocks. Yang tu kena bayar kalau nak download. So pastikan yang korang search tu free dulu then baru download.

Website #5 – Freepik

pixabay

Kalau senarai website daripada #1 sampailah #4 semuanya tak perlukan credit kepada owner. Tapi Freepik pula sebaliknya. Semua gambar korang kena letak credit kalau nak guna. Memang boleh download dan guna terus.

Tapi ianya melanggar syarat dalam Freepik sekiranya tak letak credit tersebut. Jadi korang kenalah buat ikut apa yang ditetapkan bagi mengelakkan masalah dikemudian hari. Nanti sendiri juga yang dapat susah.

Dekat Freepik ini ada hampir 3 juta gambar yang boleh korang gunakan. Pada yang rasa tak mahu letak credit, boleh subscribe untuk jadi “Premium” member. Dimana korang kena bayar yuran tahunan untuk guna apa-apa gambar dari Freepik.

Website Gambar Percuma Yang Mana Paling Best?

Pada pendapat admin tiada istilah paling best. Sebab semuanya pun free. Admin selalunya cari gambar dekat kesemua website dan pilih yang mana berkenan untuk download. Sebabnya koleksi gambar dekat setiap website ini lain-lain.

Komuniti yang menyumbangkan gambar dekat website tu pun tak sama. Pada admin lagi bagus macam tu. Ianya menambah lagi variety dan resources pada apa yang kita nak. Lagipun gambar percuma kan. Kita tak rugi pun kalau search dekat semua website tu.

Lainlah kita dah subscribe dalam satu website tertentu. Contohnya korang dah subscribe untuk freepik premium member selama setahun. Mahu atau tak korang terpaksa cari dan guna yang dalam tu sahaja. Rugi lah kalau guna daripada resources yang lain.

Untuk lengkapkan projek, korang mesti nak edit gambar percuma yang dah download tu kan? Boleh gunakan software edit gambar percuma atau edit gambar online. Kalau gambar yang ada tu dah menepati citarasa mungkin tak payah edit.

Tapi kebiasaannya memang akan kena edit sebab perlu match dengan tujuan projek tertentu. Contohnya nak buat poster untuk produk korang. Mesti kena edit punya. Mungkin background boleh download. Lepas tu gambar produk daripada camera.

So bila nak membentuk poster yang mantap perlulah lakukan editing. Barulah hasilnya mentap dan menepati citarasa. Apa-apa pun sekiranya korang ada sebarang komen, cadangan dan pandangan sila berbuat demikian pada ruangan yang disediakan dibawah…

Image by Albrecht Fietz from Pixabay

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *