Gibson Brands Incorporated – Pengeluar Gitar Gibson

by | Dec 22, 2019 | Music

Admin rasa dengan baca nama sahaja pun dah cukup gah. Belum lagi nak cerita pasal Gibson Brands Incorporated, pun dah rasa kagum. Sebab ianya menjadi sebuah jenama yang ikonik. Cukup sinonim dengan para musician terutamanya gitaris.

Produk yang popular daripada Gibson adalah gitar elektrik. Untuk barangan lain seperti bass dan amplifier pun ada dijual dekat pasaran. Tapi yang menjadikan brand ni menjadi terkenal adalah sebab gitar elektrik mereka yang dasyat.

Boleh dikatakan antara jenama gitar yang pertama didunia. Sebab kalau tengok daripada history timeline, Gibson bermula pada tahun 1902. Lebih 100 tahun dah. Tapi perjalanan Gibson Brands Incorporated ini bukan lah suatu yang mudah.

Kalau nak bina satu jenama dan popularkan mungkin tak menjadi masalah pada mereka. Akan tetapi, nak survived lebih daripada 100 tahun adalah suatu perkara yang sangat mencabar. Tambahan pula berlaku pelbagai revolusi muzik.

Secara tidak langsung memaksa Gibson juga turut berevolusi untuk terus relevan hingga ke hari ini. So kali ini admin nak throwback sikit untuk korang tau pasal Gibson macam mana diorang bermula hinggalah ke hari ini. Stay tuned…

Gibson Mandolin-Guitar Mfg. Co. Ltd.

Pada tahun 1902, pengasas kepada jenama Gibson ini iaitu Orville Gibson telah menubuhkan syarikat beliau yang bernama Gibson Mandolin-Guitar Mfg. Co. Ltd. Produk utama pada ketika itu adalah Mandolin.

Mandolin ini adalah sejenis alat muzik macam gitar tapi saiz kecil macam ukulele seperti dalam gambar. Pada masa tu, Orville Gibson ni dah patent kan design mandolin beliau dan itu menjadikan trademark kepada Gibson masa tu.

Jadi syarikat Gibson hanya menjual Mandolin yang telah di design oleh Orville Gibson sahaja. Kira macam ekslusif la kan. Sampailah pada tahun 1918, Orville Gibson meninggal dunia akibat penyakit. Perjuangan Gibson seterusnya disambung oleh Llyod Loar.

Mereka terus dengan penghasilan Mandolin dan penambahan beberapa jenis instrument lain. Sekitar tahun 1920 an, Gibson mula mengeluarkan gitar jenis Archtop. Pada masa tu, gitar jenis itu top sebab ramai gitaris Jazz yang pakai. Gibson antara yang terawal keluarkan gitar jenis itu.

Terdapat juga beberapa jenama lain yang menjadi pesaing kepada mereka antaranya Epiphone dan Gretsch. Model Gibson yang top masa tu adalah ES-150.

Revolusi Gitar Selepas Perang Dunia Kedua

Seperti yang umum ketahui, Perang Dunia Kedua berlaku sekitar 1942 sehinggalah pada tahun 1945. Gibson juga terkesan dengan peperangan yang berlaku. Mereka terpaksa mengawal pengeluaran akibat daripada kekurangan sumber bahan mentah seperti besi dan kayu.

Akibat daripada production yang semakin slow menyebabkan syarikat Gibson akhirnya dibeli oleh Chicago Musical Instrument. Selepas tamat perang dunia kedua, barulah production kembali rancak. Ini ditambah lagi dengan Ted McCarty meneruskan legasi Gibson.

Pada zaman beliau menjadi leader, sekitar tahun 1950 an, nama Gibson mula menjadi tular. Ted McCarty telah mencipta pelbagai model yang menjadi signature produk untuk Gibson yang kekal sehingga kini.

Boleh dikatakan zaman Ted McCarty lead Gibson inilah adalah zaman kegemilangan mereka. Bukan sekadar mencipta pelbagai model gitar, malahan beliau juga berjaya menjadikan Gibson sebagai antara pengeluar gitar terbesar ketika itu. Kilang boleh produce 100,000 unit gitar setahun.

Cuba bayangkan jika sebelum ini cuma boleh buat 5,000 unit sahaja. Tiba-tiba melonjak ke 100,000 unit. Memang satu pencapaian yang sangat mengagumkan.

Terhasilnya Gibson Les Paul…

Bila dengar Gibson je, secara automatic orang akan ingat gitar les paul. Admin sendiri pun macam tu. Memang kuat pengaruhnya gitar les paul ni. Gitar ini dihasilkan oleh Ted McCarty dan team pada tahun 1952. Nama Les Paul diambil daripada pemuzik jazz popular ketika itu.

Gibson Les Paul adalah gitar elektrik solid body yang terawal didunia. Kira saing-saing fender esquire la ni. Turut menjadi trademark untuk Gibson yang ada pada model Les Paul adalah Tune-o-matic bridge dan hambucking pickup.

Memang design tu copyright Gibson. Pada masa tu memang banyak manufacturer gitar lain yang tiru design tu. Kira macam fenomena lah masa tu. Model-model selepas Les Paul juga guna bridge dan pickup jenis tu.

Selepas Les Paul, Gibson telah keluarkan model Explorer dan Flying V pada tahun 1958. Namun malangnya, design tersebut gagal menyerlah berbanding Les Paul. Ada yang cakap sebab design tu terlalu ekstrem untuk orang guna pada tahun tu.

Kemudian keluarlah model Firebird. Kalau kita tengok design firebird ini hampir sama dengan explorer tapi bucu lebih curve sikit. So tak ada lah nampak extreme sangat. Ini kira untuk counter kepada dua design sebelum ini yang kurang laku.

Tapi jualan untuk model Explorer dan Flying V mula meningkat di penghujung 60 an. Masa tu zaman Rock n Roll mula naik. Barulah orang mula boleh terima design tersebut.

Langit Tak Selalu Cerah…

Memang tak dinafikan, masa model Les Paul keluar tu, sales mencanak naik. Begitu juga dengan model-model seterusnya yang keluar selepas itu membuatkan Gibson mula dikenali ramai seluruh dunia. Mereka mengembangkan bisnes dengan buat plant baru yang lebih besar.

Ini untuk cover permintaan yang bertambah diseluruh dunia. Untuk information korang, Gibson tiada kilang manufacturing gitar diluar USA ye. Kalau ada tu maknanya bukan ori. Even sampai sekarang pun, Gibson ori hanya Made in USA sahaja.

Namun bak kata pepatah, langit tak selalu cerah. Penjualan gitar Gibson mula terkesan sekitar tahun 2007. Akibat daripada sales yang menjunam, Gibson telah beberapa kali bertukar pemilik semenjak tahun tersebut. Daripada kilang besar sampailah nak tutup kilang

Kemuncaknya adalah pada tahun 2018, Gibson telah mengisytiharkan terpaksa menutup sebahagian operasi dan division yang tak menguntungkan bagi mengelakkan daripada bankruptcy. Tak dapat dibayangkan, sebuah syarikat gergasi dunia seperti Gibson ini pun boleh bankrupt.

Bagi memulihkan masalah kewangan yang dihadapi, mereka hanya fokus kepada penghasilan musical instrument sahaja. Dimana inilah yang diorang buat sebelum-sebelum ini. Kira back to basic je lah. Tak payah bisnes bidang yang baru selagi belum pulih sepenuhnya.

Rebranding Gibson Brands Incorporated…

Selepas mengharungi zaman kejatuhan, Gibson kini telah dijenamakan semula dengan nama Gibson Brands Incorporated. Dengan perlantikan CEO, CFO dan CPO yang baru, kini Gibson berjaya keluar daripada masalah kewangan mereka.

Admin yakin, keadaan mereka sekarang masih belum stabil seperti sebelum ini. Tapi mungkin jauh lebih baik daripada berada diambang kebankrapan. Company baru, orang baru, admin harap Gibson akan terus mengeluarkan gitar yang mantap untuk masa hadapan.

Sebab admin adalah merupakan salah seorang daripada jutaan peminat gitar Gibson di Malaysia ni. Minat je lah tapi masih belum mampu nak beli. Pernah pergi test dekat kedai gitar je laughing. Tu pun nak main pun segan. Maklumlah gitar mahal.

Tapi memang sound nya best lah kan. Setting gitar datang daripada kilang dah cun. Tak payah nak ejas lagi. Beli, bawak balik boleh terus pergi jamming. Ada tak korang yang baca artikel ni setuju dengan pendapat admin? Atau ada yang rasa gitar Gibson ni tak best? Share komen korang dekat bawah ni.

Untuk produk detail yang Gibson ada, nanti admin akan up artikel lain dekat sini. So boleh cekidaut dekat sana nanti ya….

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *