Helmet Buatan Malaysia Yang Mantap Dan Awesome

by | Nov 23, 2020 | Motorsports

Admin ada highlight tentang jenama helmet popular sebelum ini. Tapi bila dah post artikel tu baru perasan yang dalam senarai tu takde satu pun helmet buatan Malaysia. Jadi rasa macam tak adil pula kalau tak tonjolkan barangan buatan tempatan.

Kalau takde langsung helmet buatan Malaysia, takpelah kalau admin tak cerita. Tapi sekarang ni ada banyak jenama yang “Made In Malaysia”. Dan kebanyakkan daripada brand yang akan admin share dekat bawah ni ramai yang guna.

So kira brand helmet buatan Malaysia ini tak kurang famous lah juga kan. Setanding dengan helmet brad daripada luar. Cuma mungkin tak dikenali dekat negara lain. Takpelah asalkan ada produk tempatan yang kita boleh support.

Top 6 Helmet Buatan Malaysia Yang Terhangat Dipasaran

Rasanya ramai penunggang motosikal dekat Malaysia ni. Tapi korang perasan tak yang sebenarnya ada helmet buatan Malaysia? Mesti ramai yang tak tahu. Ada yang pakai helmet jenama dari Malaysia tapi tak sedar yang ianya dibuat dekat sini.

Tapi jangan risau. Lepas korang abes baca artikel ni admin komfem korang tahu dah yang mana satu brand daripada Malaysia. So apa lagi, jom check it out jenama helmet buatan Malaysia.

Jenama #1 – ARC

Salah satu jenama yang telah lama wujud di Malaysia. Sejak admin sekolah rendah lagi pun dah tengok ramai “abang-abang” mat motor kita yang pakai helmet ARC. Ketika itu tak berapa concern sangat pasal jenama. Nampak orang ramai pakai, kita pun ikut minat sekali.

Helmet ARC telah wujud di Malaysia sejak tahun 1973 lagi. So memang dah lama lah sebenarnya. Lokasi kilang ARC terletak di Butterworth, Pulau Pinang. Semua produk ARC adalah open face helmet sahaja. Setakat ini belum ada model fullface.

Kalau tengok dekat website ade helmet fullface tu custom made. Untuk rider cubprix sahaja. Belum lagi keluar untuk orang ramai. Mungkin kalau banyak permintaan nanti, mana tahu satu hari nanti ARC akan keluarkan model fullface pula. Sama-sama kita tunggu.

Jenama #2 – SGV

Ini satu lagi jenama helmet yang “otai” la kira dekat Malaysia ini. SGV atau nama panjangnya Solid Gold Values ini telah mula bertapak pada tahun 1980. Nak tahu famous atau tak helmet jenama SGV ni senang je. Cuba korang usha dekat kedai motor area rumah korang.

Admin berani jamin komfem akan jumpa punya. Kilang SGV terletak di Balakong, Selangor. Kesemua helmet SGV juga adalah open face. Sama macam ARC. Kilang SGV juga mengeluarkan beberapa lagi jenama helmet antaranya Index dan LTD.

Majoriti kedai motor dan juga kedai helmet akan jual helmet SGV (termasuk Index dan LTD). Lainlah kalau korang pergi Ducati atau kedai helmet premium memang takdelah jumpa kan. Tapi most of it akan ada.

Jenama #3 – Gracshaw

Helmet jenama Gracshaw ini adalah dibawah group 2X- Site. Terdapat beberapa lagi jenama yang bernaung dalam group ini. Antaranya adalah X-Dot dan Grayfosh. Ketiga-tiga jenama ini dikeluarkan oleh kilang yang sama iaitu di Jitra, Kedah.

Masa mula-mula dulu Gracshaw banyak keluarkan helmet yang design sama dengan helmet branded. Kira macam tiru design helmet yang popular lepas tu rebranding. Tapi sekarang ini Gracshaw dah mula ada model design tersendiri.

Apa yang menarik adalah Gracshaw ini ada open face dan juga full face. Kiranya rider sport dan super bike boleh la try pakai helmet brand ni. Mana tau kot-kot berkenan di hati. Helmet Gracshaw ini juga banyak terdapat di kedai motor dan helmet seluruh Malaysia.

Jenama #4 – MHR

Ini pun boleh tahan famous brand ni. MHR adalah jenama dibawah kelolaan syarikat  MHR Helmets Safety Technology Malaysia. Kilang production helmet terletak dekat Sg Bakap, Pulau Pinang.

Sama macam Gracshaw juga, MHR dulunya terkenal sebagai brand “copy” untuk design helmet popular. Boleh kata semua model yang MHR keluarkan berkonsepkan design helmet popular. Tapi sekarang MHR sudah mula buat design sendiri.

Boleh tahan cun juga design helmet MHR ni. Model yang dikeluarkan tak banyak. Tapi ada open face dan juga full face. Pada yang berminat boleh try cari di kedai helmet yang berdekatan.

Jenama #5 – KHI

Helmet KHI adalah dibawah KHI Marketing Sdn Bhd. Office KHI dekat Ampang. Tapi dari info yang admin dapat tau, kilang KHI ada dekat Bukit Beruntung. KHI dah mula dalam industri helmet ini semenjak tahun 1972 lagi.

Tapi masa mula-mula dulu pemasangan untuk helmet jenama lain. KHI mula keluarkan model tersendiri pada tahun 1996. Kilang KHI juga turut mengeluarkan beberapa lagi jenama lain antaranya adalah Swan dan Magnum.

Magnum dekat atas ni bukan bell magnum tu ye. Ini Magnum Malaysia. Walaupun design shell lebih kurang tapi tak serupa. KHI Helmet ada model untuk open face dan juga full face. Boleh usha dekat kedai berhampiran korang.

Jenama #6 – TSR

Helmet TSR ini pun lebih kurang sama macam MHR. Bermuka dengan tiru design helmet yang popular. Tapi TSR punya model sendiri agak kurang menyengat. Ianya lebih famous dengan helmet lain.

TSR helmet adalah under Kozi Group. Kilang TSR terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ada model untuk open face dan juga full face. Walaupun banyak yang tiru design, tapi dari segi kualiti helmet memang okay.

Sedap dan selesa dipakai serta berpadanan dengan harga. Kalau nak compare dengan helmet premium memang la berbeza. Tapi kena dengan harga la pulak kan. Kalau beli mahal tapi tak best pakai, rasa cam rugi pulak beli.

Helmet Buatan Malaysia Pilihan Admin

Bila admin list kan balik helmet buatan Malaysia ni nampak banyak juga ye. Kira takdelah cikai sangat Malaysia ni. Kita patut berbangga dengan produk tempatan. Admin paling suka helmet ARC. Terutamanya model ARC Discovery.

Walaupun shape helmet discovery ini nampak biasa-biasa je. Mana tak nya, design bulat je takde apa-apa shape lain. Tapi selesa dan fit bila pakai. Pada admin itu lebih penting daripada design shell ataupun artwork yang cantik.

Selain daripada ARC, Gracshaw juga sejak kebelakangan ini semakin popular. Sejak model terbaru iaitu Geomax dilancarkan, memang meletop popularity helmet Gracshaw. Helmet ni pakai pun sedap dan selesa. Cuma paddingnya agak ketat.

Pada yang nak beli kena “up” kan satu saiz daripada saiz helmet yang biasa kita pakai. Contoh kalau pakai L helmet lain, kena beli saiz XL. Baru ngam fit. Kalau tak ianya agak ketat. Tapi pada yang tak kisah, okay je sebenarnya. Lama-lama padding tu longgar juga.

SIRIM Certified…

Untuk pengetahuan korang, semua jenama helmet yang tersenarai helmet buatan Malaysia ini certified SIRIM tau. Bukan calang-calang. Walaupun ada yang tiru design helmet lain (shell design), tapi helmet tu ada cop sirim. So ianya sah untuk pakai diatas jalan raya.

Kalau ada roadblock JPJ ke Polis ke, takde masalah sebab ada cop SIRIM yang sah. Bukan macam sesetengah helmet “copy” yang dibuat daripada China. Takde sebarang certification tapi masih ramai yang jual. Dan ramai juga yang beli.

Nasihat admin kalau ada yang terbeli helmet copy tu, seelok-eloknya simpan je lah dekat rumah. Beli helmet buatan Malaysia seperti dalam list ini pun takpe. Asalkan ada cop sirim. Apa-apa pun terpulang pada korang. Admin just bagitahu sahaja.

Kepada yang ada sebarang pendapat, cadangan dan komen, sila berbuat demikian pada ruangan yang disediakan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *