Helmet KYT Open Face Yang Ada Di Pasaran Tahun 2020

by | Nov 23, 2020 | Motorsports

Sebelum ini admin ada highlight berkenaan helmet KYT Venom paling rare dalam Malaysia. So kali ini admin nak share pasal helmet KYT Open Face yang ada dipasaran pula. KYT Venom tu salah satu daripada KYT Open Face yang ada.

Pada yang belum tahu, helmet KYT adalah berasal daripada Indonesia. Kilangnya terletak di Bekasi, Jakarta. Kilang ini lebih dikenali dengan nama PT Tarakasuma Indah. Admin tak pasti kalau ada lagi kilang lain yang produce helmet KYT.

Tapi daripada info setakat ini hanya satu kilang sahaja di Indonesia. Tak kiralah untuk market mana sekalipun, itulah juga kilangnya. Untuk pengetahuan korang, kilang tersebut juga mengeluarkan beberapa jenama helmet lain untuk pasaran Indonesia.

Top 6 Helmet KYT Open Face Yang Ada Dipasaran

Kalau ikutkan banyak jenis sebenarnya helmet kyt open face ni. Total ada 20 jenis. Tapi tak semua yang admin pernah tengok sendiri depan mata sebabnya kebanyakkan model tersebut hanya dihasilkan untuk market internal iaitu Indonesia sahaja.

Jadi kita dekat Malaysia ni tak berkesempatan la untuk pakai model yang lain tu. Melainkan in future, KYT Malaysia nak bawa masuk. Mungkin boleh lah merasa. Itupun kalau nak bawa masuk. Apa-apa pun nanti admin akan try usha-usha model yang lain tu.

Untuk artikel kali ini kita fokus pada helmet KYT Open face yang ada dipasaran. Terutamanya pasaran di Malaysia terlebih dahulu. So let’s check it out the list below…

#1 – KYT Venom

kyt venom

Seperti yang admin highlight dekat atas tadi, KYT Venom adalah salah satu daripada model open face yang berada dipasaran Malaysia. Pada asalnya, KYT Venom ini adalah model fullface. Tapi kemudiannya diubah kepada model open face sebab ramai peminat.

Helmet ini didatangkan dengan sun visor pada bahagian dalam helmet. Atau orang selalu panggil jenis “double visor”. Cheek dan crown padding boleh ditanggalkan sepenuhnya untuk korang cuci. Tali harness guna double D ring.

Trademark design shell untuk helmet KYT Venom ini adalah pada inlet vent bahagian depan. Kelihatan seperti kening. Manakala outlet vent belakang pula ada bentuk “V’ shape yang menambah aerodynamic pada helmet. Lebih detail ada dekat laman KYT Venom.

#2 – KYT NFJ

Situasinya hampir sama dengan KYT Venom. Yang mana ianya diilhamkan daripada model fullface. Design asal adalah daripada model KYT NFR. Diubah kepada KYT NFJ dalam bentuk open face. Design shell semua sama cuma ianya open face.

Helmet ini adalah antara model yang paling latest yang dilancarkan oleh KYT setakat ini untuk open face. Kebanyakkan ciri-ciri yang ada pada KYT Venom, ada pada KYT NFJ. Cuma dari segi design shell, ianya kelihatan lebih mantap.

Sekali imbas memang nampak macam pakai helmet fullface. Pada yang naik sportbike tapi malas nak pakai fullface, mungkin boleh cuba helmet KYT NFJ. Feeling pakai pun rasa macam fullface. Cuma tak kedap bunyi macam fullface la kan.

#3 – KYT Hellcat

kyt hellcat superfluo

Model ini dihasilkan hanya untuk pasaran Malaysia sahaja. KYT Hellcat adalah helmet single visor. Maknanya macam helmet biasa yang kita pakai. Cheek dan crown padding boleh ditanggalkan untuk memudahkan korang cuci apabila diperlukan.

Design shell agak simple. Inlet vent berbentuk bujur pada bahagian atas helmet sebelah kiri dan kanan. Outlet vent ada 4 lubang. 2 pada bahagian curve manakala 2 lubang lagi pada bahagian bawah helmet. Tali harness masih lagi gunakan double D ring.

Detail mengenai helmet ini ada pada artikel KYT Hellcat. Korang boleh baca dekat sana untuk ketahui lebih lanjut mengenai design-design yang ada.

#4 – KYT Galaxy Slide

kyt galaxy slide

Jika KYT Hellcat tadi adalah single visor. KYT Galaxy Slide pula adalah model double visor. Design shell hampir sama dengan hellcat. Tapi beza pada air vent bahagian belakang sahaja. Of course design artwork antara kedua-dua model ini adalah berbeza.

Sebabnya helmet KYT Galaxy Slide adalah untuk pasaran Indonesia sahaja. KYT Galaxy Slide masa awal KYT masuk Malaysia sahaja ada. Lepas tu dah tak jumpa. Kalau ada pun orang yang bawa balik helmet daripada Indonesia.

Pergi melancong dekat sana dan bawa balik sebagai souvenir. Satu lagi perbezaan yang ketara berbanding KYT Hellcat adalah tali harness KYT Galaxy Slide gunakan clip. Lebih detail sila baca di KYT Galaxy Slide. Admin ada story panjang dekat sana.

#5 – KYT DJ Maru

kyt dj maru

Ini juga lagi satu model yang hanya berada pada pasaran Indonesia. Boleh dikatakan helmet ini adalah antara model terawal KYT. Sebab shell design memang basic. Apa yang menarik mengenai KYT DJ Maru adalah design artwork yang mantap.

KYT DJ Maru adalah helmet single visor. Cheek dan crown pad yang boleh ditanggalkan untuk dicuci. Inlet air vent depan dan belakang hampir sama design dengan hellcat dan galaxy slide. Cuma beza bentuk sahaja.

Apa yang ketara berbeza adalah cheek dan crown pad untuk KYT DJ Maru adalah berwarna merah. Ada yang tak suka padding warna merah. Tapi pada admin ianya sangat unit. Apa-apa pun admin ada explain lebih detail dekat laman KYT DJ Maru. Cekidaut dekat sana okay.

#6 – KYT Kyoto

kyt dj maru

Okay model terakhir yang admin nak highlight dalam ini adalah KYT Kyoto. Secara overall helmet model ini adalah yang paling admin suka. Sebab design shell kelihatan macam Shoei J-Cruise. Lebih kurang sama. Pakai pun selesa. Ala-ala macam pakai Shoei.

KYT Kyoto ada dua jenis iaitu Kyoto dan Kyoto2. Bezanya adalah Kyoto 2 model yang ada double visor. Manakala Kyoto untuk single visor. Tapi spec yang lain sama sahaja. Tali harness pakai clip. Padding boleh ditanggalkan untuk korang cuci.

KYT Kyoto ini hanya dipasarkan dekat Indonesia sahaja. Tak masuk Malaysia. Agak rugi sebab KYT Kyoto ni sedap pakai. Nak baca lebih detail tentang helmet ini, boleh ke laman KYT Kyoto. Ada banyak story dekat sana.

Apa Helmet KYT Open Face Yang Paling Best?

Secara jujurnya admin paling suka pakai KYT Kyoto. Memang sedap dan selesa pakai. Fit dengan kepala admin. Tapi helmet ini takde dekat Malaysia. Susah sangat nak jumpa dekat sini. Kira agak rare lah nak jumpa. Model ini tak ramai yang tahu pun kewujudannya.

Selain daripada itu, admin suka pakai KYT Hellcat sebab ianya agak kedap bunyi berbanding yang lain. KYT Hellcat adalah antara model terawal yang berada dipasaran Malaysia. So memang dah lama model hellcat ini.

Ramai yang pakai dan ramai juga yang bagi feedback memang best pakai model ini. Ada yang review pakai helmet ini feeling macam pakai helmet mahal. Walaupun kalau ikut harga ianya biasa-biasa je. KYT Hellcat adalah antara termurah dalam senarai diatas.

Pada admin, ianya adalah pembelian yang sangat berbaloi. Pada korang yang nak cuba helmet KYT Open Face, admin sangat menyarankan untuk cuba KYT Hellcat. Komfem korang tak menyesal beli. Design artwork pun banyak yang menarik.

Itu hanyalah pendapat admin. Korang camana pulak? Setuju ke dengan admin. Mohon tinggalkan sebarang pandanga, cadangan ataupun komen pada ruangan yang telah disediakan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *