Hukum Insurans Konvensional – Halal atau Haram?

by | Jan 3, 2021 | Bisnes

Seperti admin kongsikan sebelum ini mengenai takaful atau insurans, terdapat lebih detail perbandingan antara kedua-dua entity tersebut. Tapi pada kali ini admin ingin menekankan tentang hukum insurans konvensional.

Pasti ada persoalan yang bermain difikiran selepas baca artikel perbandingan takaful dan insurans, sama ada boleh atau tidak kita ambil perlindungan insurans konvensional berbanding takaful. Sebabnya fungsi utama takaful dengan insurans adalah sama.

Yakni memberi perlindungan kepada pemegang polisi sekiranya berlaku perkara yang diluar jangkaan. So kenapa tak boleh kan? Jadi kita akan merungkai persoalan kenapa korang tak boleh ambil perlindungan dari Insurans Konvensional.

Fatwa Mengenai Hukum Insurans Konvensional

Sebelum pergi ke hukum, kita lihat dulu dari sudut yang lebih mudah untuk dilihat. Kalau tengok nama pun dah lain. Takaful dan insurans. Jadi dah semestinya ada sebab kenapa terdapat 2 nama yang berbeza untuk perlindungan yang sama.

Seperti definisi yang admin telah kongsikan pada laman apa itu takaful, konsep antara insurans dan takaful jelas berbeza. Takaful adalah perlindungan yang mengikut garis panduan syariah. So dah tentulah ianya berbeza. Tak akan sama.

Dari segi hukum islam pula, mari kita lihat apa yang Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) bagitau:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah HARAM

Itu Majlis Fatwa yang cakap macam tu. Bukan admin yang reka fakta tersebut. Kalau tak percaya boleh refer dekat laman web JAKIM. Tapi apakah hujah mereka kenapa ianya haram? Teruskan membaca dibawah:

Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram. Berikut dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:

Hukum Insurans Nyawa

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
  2. Terdapat unsur judi.
  3. Mengandungi muamalah riba.

Hukum Insurans Am

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah.

Muzakarah berpkorangngan bahawa sistem takaful berlkorangskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam.

Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba.

Pampasan Insurans Konvensional…

Kalau lihat dekat atas ni telah dijelaskan bahawa hukum insurans konvensional adalah HARAM. Tak kiralah sama ada insurans am mahupun insurans hayat. Nak promote pun tak boleh. Maksudnya nak jadi ejen yang jual insurans konvensional pun tak boleh.

Jadi persoalan untuk hukum insurans konvensional telah terjawab. Tapi macam mana pula orang yang dah subscribe dan waris yang dah dapat pampasan dari insurans konvensional? Apa pula hukum untuk pampasan insurans konvensional.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah memutuskan bahawa pampasan yang diterima daripada insurans konvensional adalah sebagai harta yang tidak patuh syariah. Senang cerita ianya pun haram jugalah. Dekat bawah ini adalah penjelasan lebih detail:

Selain dari status hukum insurans nyawa, insurans am dan hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut membincangkan tentang status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi, pada muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011..

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pkorangngan yang dikemukakan, Muzakarah berpkorangngan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.     

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.    

Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.  

Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara di atas.

Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas, jelas menerangkan tentang status hukum bagi insurans konvensional. Justeru, umat Islam sewajarnya meninggalkan produk-produk konvensional yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Alternatif Kepada Insurans Konvensional…

Sudah pasti bagi setiap muslim, mencari yang halal itu adalah suatu kewajipan. Ini jelas dinyatakan dalam hadis dibawah:

Dah terang lagi bersuluh, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa hukum insurans konvensional. Jadi bagi seorang muslim, wajib untuk kita hindarkan sesuatu perkara yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Tapi takkanlah insurans konvensional yang banyak kelebihan ini langsung tak boleh kita ambil. Kan insurans ni boleh membantu kita apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka? Jadi macam mana kita nak dapatkan protection yang macam tu?

Setiap benda yang bagus, Islam tak akan menghalangnya. Begitu juga dengan perlindungan insurans. Konsep dalam perlindungan insurans adalah suatu yang bagus. Cuma ianya haram disebabkan oleh cara pengurusan dana dan sebagainya.

Jadi alternatif kepada Insurans Konvensional adalah Perlindungan Takaful. Admin ada explain detail mengenai apa itu takaful dan konsep takaful. Jadi korang boleh baca dekat sana untuk ketahui kenapa Takaful adalah satu-satunya alternative kepada insurans konvensional.

Bagi yang dah subscribe insurans konvensional, masih belum terlambat untuk korang bertukar kepada takaful. Admin hanya boleh beri peringatan tapi pilihan adalah ditangan korang. Diharap korang mendapat manfaat selepas membaca artikel ini. Terima Kasih….

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *