Jackson Guitars – Jenama Gitar Pemuzik Metal Sedunia

by | Mar 1, 2021 | Music

Satu lagi jenama gitar yang sangat sinonim dengan muzik berat seperti rock dan metal. Jackson guitars telah berada dipasaran semenjak tahun 1980 an lagi. Mereka juga adalah pesaing terhebat untuk gitar ESP. Memang sama naik sekarang ni.

Gitar ini menjadi satu impian admin nak beli. Even sampai sekarang pun tak dapat lagi. Memang admin minat giler dengan Jackson Rhoads. Semoga para pembaca yang sedang membaca ni harap dapat doakan admin dapat beli suatu hari nanti ye. Amin…

Biler sebut pasal gitar Jackson, ianya buat admin terkenang masa mula belajar main gitar dulu. Masa tu band metal yang admin minat dan layan lagu untuk jamming adalah XPDC. So masa tu perasan yang Izo XPDC pakai gitar jenama ni.

Ye lah kan, masa mula-mula jamming dulu bukan kisah sangat pun jenama gitar ni. Tapi dari situlah admin mula kenal brand Jackson ni. Kira terus jatuh cinta pandang pertama la tu kan.

Bermula Dengan Charvel Guitar

Sekitar tahun 1970, Groover Jackson mula join Charvel Guitar Repair. Company repair gitar dekat Glendora, Carlifornia USA. Namun bisnes untuk kedai repair gitar ini kurang memberangsangkan. Tak berapa menguntungkan.

Pemilik Charvel Guitar Repair, Wayne Charvel akhirnya menjual kesemua saham beliau kepada Groover Jackson pada tahun 1978 bagi meneruskan bisnes dengan nama Charvel. Jadi kiranya Groover Jackson dah jadi tauke untuk Charvel la sekarang ni.

Bagi meneruskan kelangsungan bisnes, Groover Jackson mula mencari alternative lain bagi nak up kan balik company yang dah nak bankrap ni. Diorang pun mula nak buat gitar sendiri. Hasilnya pada tahun 1979, mereka mula memasarkan gitar menggunakan nama Charvel.

Pada masa tu kebetulan muzik metal tengah meningkat naik. Dengan kebanjiran gitaris dan band-band metal, ianya membuatkan gitar charvel yang dihasilkan tu laku macam goreng pisang panas. Band yang femes pada masa tu pun ada yang pakai.

Rhandy Rhoads & Jackson Guitars

Pada tahun 1979 tu, belum lagi wujud jenama Jackson. Sebabnya diorang keluarkan gitar atas nama Charvel sahaja. Walaupun pemiliknya dah bertukar tapi nama masih lagi kekalkan yang lama. Maklumlah, nak naikkan sesuatu brand bukan suatu perkara yang mudah.

Jadi untuk jalan selamat lebih baik gunakan nama yang sedia ada. Tumpukan pada menaikkan sales dan pengukuhan jenama dulu. Jadi celah mana pulak datangnya Jackson guitars ni? Dah kalau diorang buat gitar guna brand charvel je.

Pada tahun 1980, seorang gitaris yang bernama Rhandy Rhoads telah datang berjumpa dengan Groover Jackson untuk menghasilkan sebuah gitar custom untuk beliau. Kebetulan masa tu, Randy Rhoads ni baru je join sebuah band yang bernama Ozzy Osbourne.

Bagi yang tak tau, Ozzy Osbourne ini adalah penyanyi kepada kumpulan Black Sabbath. Sebuah band heavy metal terkenal pada masa tu. Tapi Ozzy Osbourne ini dah keluar daripada Black Sabbath dan buat band guna nama sendiri.

Kebetulan Ozzy Osbourne ini buat audition untuk cari gitaris. Dan yang terpilih masa tu adalah Randy Rhoads. So diorang pun mula lah berbincang dan perah otak untuk gitar custom tersebut. Kemudian terhasillah sebuah gitar untuk Randy Rhoads.

Gitar Pertama Guna Nama Jackson

Design yang terhasil adalah sangat unik dan boleh dikatakan lain daripada yang lain. So itulah gitar pertama yang menggunakan nama Jackson. Tak guna nama Charvel. Nama gitar tu adalah Corncorde. Sebab bentuknya menyerupai kapal terbang concorde.

So itulah first model yang telah dibuat dan diletakkan nama Jackson pada headstock nya. Tapi selepas Rhoads test gitar tersebut, terdapat beberapa item yang nak kena ejas. So lepas buat adjustment, munculllah version yang kedua.

Malangnya, Randy Rhoads hanya sempat bergambar je dengan gitar tersebut. Tak sempat pun main untuk konsert. Kapal terbang yang membawa Rhoads terhempas dan kemalangan tersebut meragut nyawa beliau pada umur yang sangat muda.

Gitar corncorde version kedua tu dinamakan sebagai Jackson Rhoads sebagai mengenang dan memperingati beliau. RIP Randy Rhoads.

Jackson Rhoads Menjadi Fenomena

Selepas peristiwa tersebut, Jackson mula menjual gitar tersebut di pasaran. Jualan memang agak mantap. Ramai yang beli gitar tersebut sebab design yang unik. Ditambah dengan faktor popularity Rhandy Rhoads ketika itu menjadikan gitar tersebut menjadi legend.

Selain daripada model Jackson Rhoads, mereka juga mula mengeluarkan model lain. Antara yang terawal adalah model Soloist, King V, Dinky dan Kelly. Dimana kebanyakkan model ini masih kekal sehingga ke hari ini dan menjadi trademark untuk Jackson guitars.

Walaupun popularity Jackson semakin meningkat dan dikenali ramai, namun pemiliknya, Groover Jackson akhirnya menjual kesemua saham beliau kepada pemilik lain pada tahun 1989. Tak pasti apakah isunya tapi lepas jual tu, beliau pun resign pada tahun 1990.

Tapi perjalanan beliau dalam dunia gitar ini tak terhenti dekat situ. Sebab lepas tu beliau ada join beberapa lagi company gitar lain disekitar USA. Nanti admin sambung dekat brand gitar yang berkenaan ceritanya J.

Pada saat beliau keluar, masa tu Jackson guitars dikenali sebagai pembuat gitar high-end. Maksudnya dari segi kualiti dan finishing yang ada class la. Bukan tergolong dalam gitar murah dan cikai. Rasanya besar juga achievement beliau tu.

Fender Mendominasi Jackson

Pada tahun 2002, Fender telah membeli saham Jackson guitars. Ini membolehkan kesemua operasi penghasilan gitar Jackson dan Charvel berpindah ke kilang Fender. Walaupun operasi telah berpindah, tapi model-model yang menjadi core kepada Jackson masih dikekalkan.

Cuma kilang je lah yang pindah. Yang lain still remain the same. Masa mula-mula Fender beli Jackson tu macam ada some konflik diantara artist yang sedia ada pakai gitar Jackson. Ramai juga yang berhijrah ke ESP guitars sebab bimbang dengan kedudukan Jackson pada masa tu.

Mana tak nya, diorang ni kebanyakkannya adalah pemuzik metal. Jadi bila Fender yang ambil alih Jackson, diorang takut karakter gitar akan berubah. Sound berubah dan sebagainya. Bimbang dah berubah jadi macam Fender pulak kan.

Tapi itu hanya rumours je. Ianya tak berlaku macam tu pun. Buktinya, Jackson masih lagi wujud sampai sekarang. Model-model yang asal pun takde dimansuhkan atau buat major changes pada design. Cuma ejas sikit-sikit je untuk kekal relevan mengikut peredaran zaman.

So itulah cerita perjalanan Jackson guitars daripada mulanya dari company repair gitar, sampailah ke menjadi salah satu jenama gitar terkenal didunia. Apa-apapun gitar tu memang best. Korang dah pernah cuba ke belum? Baik pergi try dulu. Nanti dah try share sikit experience dekat ruangan komen bawah ni…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *