Jenama Amplifier Gitar Paling Popular 2020

by | Dec 28, 2019 | Music

Kalau korang main gitar elektrik, komfem kena guna amplifier untuk bagi keluar bunyi. Persoalan nya sekarang, jenama amplifier gitar apa yang menjadi pilihan korang? Mesti ada satu yang menjadi pilihan di hati. Cuma mungkin belum tercapai nak beli je kan.

Sama lah macam admin. Hajat di hati memang nak pakai amplifier jenis stack. Baru la puas main, bunyi kuat, sedap dan mantap. Tapi malangnya tak dapat nak beli sebab duduk dekat apartment. Satgi on volume dekat 1 je pun dah datang polis sebab jiran report.

Dulu admin masa zaman muda-muda pernah polis datang sebab jiran report. Alasan nya adalah membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam. Padahal pakai amplifier gitar 10W je kot. Main pun volume tak sampai separuh. Baru 2 atau 3 jek. Dah polis datang.

Inikan pula nak pakai stack. Alamatnya masuk penjara terus agaknya. Tapi nasib baik lah abam polis yang datang haritu sporting. Datang cuma bagi nasihat mintak main slow sikit. Kalau tak tidur lokap la jawabnya.

Tu kenangan admin zaman muda la kan. Berbalik pada jenama amplifier gitar yang paling popular dekat Malaysia ni. Nak tahu brand apa? Please continue reading this article until the end.

Jenama Amplifier Gitar Paling Popular Di Malaysia

Sebelum korang cakap apa-apa, admin nak highlight dekat sini yang dalam artikel ini cuma list beberapa brand yang popular dan mudah didapati dekat Malaysia. Mungkin ada brand yang lebih mantap tapi tak tersenarai dalam ni. Ada dua sebab: terlepas pandang atau susah nak carik dekat Malaysia.

So dalam artikel ini kita fokus kepada market Malaysia sahaja. Nanti kalau dah tulis jenama yang tak ada dekat Malaysia, orang tanya pulak celah mana nak beli amplifier tu. Masak admin nak menjawabnya. Jadi kita back to basic je lah. Yang best, ramai orang pakai dan senang nak cari.

Jom kita lihat siapa yang kena!!!!

Jenama Amplifier Gitar #1: Marshall

Jenama amplifier gitar yang ini komfem korang mesti tahu punya. Yang main gitar dan pernah pergi jamming mesti tahu brand Marshall ni. Sebab kebanyakkan studio jamming mesti ada pakai amplifier ni.

Pengasas amplifier gitar ini adalah Jim Marshall yang berasal daripada London, UK. Pada tahun 1962, amplifier gitar yang pertama bagi jenama ni telah di hasilkan. Dan semenjak itu, revolusi amplifier Marshall ni bermula dan berkembang sehingga ke hari ini.

Kemantapan finishing dan kualiti sound yang tinggi adalah penyebab utama Marshall menjadi begitu popular. Produk range dari sekecil amp untuk praktis dekat rumah sehingga lah kepada yang digunakan untuk konsert.

Ramai gitaris hebat yang menggunakan amplifier Marshall ini. Antaranya adalah Slash (Guns & Roses), Angus Young (AC/DC), Joe Satriani dan seryes ramai lagik. Kalau kat Malaysia ni yang selalu pakai Marshall ni adalah Man Keedal.

Nak tahu lagi apa yang menarik berkenaan amplifier Marshall ni? Boleh baca lebih lanjut dekat artikel ini.

Jenama Amplifier Gitar #2: Laney

Brand Laney ni pun tak kurang hebatnya. Di asaskan oleh Lyndon Laney pada tahun 1967 di London, UK. Boleh dikatakan Laney ni pesaing kuat untuk Marshall. Kebetulan kedua-dua jenama ini berasal dari negara yang sama iaitu UK.

Tapi amplifier Laney ini lebih sinonim dengan gitaris Metal. Sebab kalau kita go through sejarah amplifier ini di asaskan untuk band Led Zappelin. Sampai sekarang, kebanyakkan gitaris yang popular gunakan amp ni adalah dari muzik Metal.

Antaranya adalah Tommy Iommi (Black Sabath), Paul Gilbert, Nuno Bettencourt dan Adam Dutkiewicz (Killswitch Engage). Tapi tak bermakna amp ni tak sesuai untuk jenis muzik yang lain. Boleh je kalau sesuai dengan sound yang korang nak. Tak jadi masalah.

Sepanjang admin berkunjung ke kedai jemming, banyak juga studio yang pakai amp Laney ni. So kira popular juga lah. Maklumat lebih lanjut mengenai amps Laney ni ada admin ulas dekat Laney Amplifier.

Jenama Amplifier Gitar #3: Mesa Boogie

Amp yang paling mahal admin pernah dengar. Inilah brand nya. Mesa Boogie telah diasaskan oleh Randall Smith daripada USA. Memang mantul harganya. Kalau tak percaya boleh google. Tapi sound memang cun.

Mesa Boogie adalah antara jenama amplifier gitar yang pioneer untuk teknologi tube. Kesemua amps yang Mesa Boogie keluarkan adalah jenis Tube sahaja. Ada maklumat yang admin dapat, harga mahal sebab amps ni adalah handmade.

Antara gitaris hebat yang pakai Mesa Boogie adalah James Hetfield (Metallica), Kirk Hammet (Metallica), Carlos Santanna dan Kurt Cobain (Nirvana). Nanti admin akan up kisah detail tentang Mesa Boogie dekat sini.

Jenama Amplifier Gitar #4: Fender

Mungkin Fender lebih dikenali sebagai guitar manufacturer. Akan tetapi, Fender juga ada mengeluarkan amplifier gitar yang hebat. Kalau nak diikutkan sejarah, Leo Fender telah berusahasama dengan Doc Kaufman menghasilkan amplifier gitar pada tahun 1945.

Masa tu bukan nama Fender lagi. Amplifier yang mereka buat tu dinamakan K&F. Bersempena dengan nama diorang la tu kan. Untuk info korang, Leo Fender ni buat amplifier dulu, baru buat gitar elektrik.

Brand amplifier ni terus relevan hingga kini dengan ramai barisan gitaris handalan yang guna amp ni. Antaranya adalah The Edge (U2), George Benson dan Micheal Landau.

Jenama Amplifier Gitar #5: Peavey

Brand Peavey ini mungkin jarang didengar kalau korang bukan seorang gitaris. Tapi Peavey ini kira saing-saing Fender. Sebab mereka mengeluarkan pelbagai jenis peralatan berkaitan muzik. Termasuklah amplifier gitar.

Pada tahun 1965, Hartley Peavey mula mencipta amplifier gitar dekat Mississippi, USA. Bermula dari situ dan terus berkembang sehingga ke hari ini. Sekarang ni ada beberapa kilang yang produce amp Peavey dekat USA dan China.

Antara gitaris hebat yang pakai amplifier Peavey ini adalah seperti Sam Totman (DragonForce), Robb Flynn & Phil Demmel (Machine Head), dan Maxx Cavalera (Soulfly).

Banyak Pulak Amplifier Gitar Yang Best Ni….

Seriously, memang kelima-lima amplifier gitar ni admin pernah guna. Karakter sound pun lain-lain. Memang sedap la. Cuma kalau nak pilih mungkin kena sesuaikan dengan jenis muzik yang di mainkan. Selain itu, mungkin kena padankan dengan gitar yang digunakan.

Baru lah dapat sound yang ideal dan mantap seperti korang idamkan. Ada lagi banyak faktor yang mempengaruhi sound. Amplifier sememang nya memainkan peranan penting dalam menghasilkan sound yang best. Jenis amplifier gitar pun mungkin membawa sound yang berbeza.

Sama ada korang nak pakai jenis tube ataupun solid state. Karakter sound pun lain. So sebelum nak beli, better try dulu sebanyak mungkin amp. Kemudian baru decide untuk beli yang mana satu. Kalau salah beli pun susah gak. Pakai sekejap dah rasa tak best.

Itu pada pendapat admin lah kan. So korang punye pandangan pulak macam mana? Boleh kongsikan pada ruangan komen di bawah. Terima Kasih…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *