Jenama Box Motosikal Yang Selalu Digunakan Rider

by | Dec 4, 2020 | Motorsports

Admin ada highlight dekat aksesori rider motosikal patut ada kalau nak pergi ride salah satunya adalah box. Tahu tak jenama box motosikal apa yang biasa orang guna? Mungkin ada yang tak tahu. Jadi admin nak share beberapa brand yang ada dipasaran.

Sebelum ini admin hanya tahu satu je jenama box motosikal. Sebab memang ramai orang pakai brand tu. Boleh kata hampir semua member yang pasang box mesti guna jenama tu. Tapi bila admin try buat research sikit, rupanya ada lagi jenama lain.

Ramai juga yang pakai brand lain cuma tak perasan. Mungkin sebab tenggelam dengan jenama yang popular tu kot. Tapi apa-apa pun nanti admin share jenama yang ada terutamanya dekat pasaran Malaysia. Baca dekat bawah ini…

4 Jenama Box Motosikal Yang Berada Di Pasaran Malaysia

Selalunya orang akan pasang box dekat belakang sebab nak simpan helmet, baju hujan, glove, selipar dan barang-barang dekat situ. Contohnya bila hujan, boleh simpan wallet dan phone dalam box. At least takde lah basah kalau hujan lebat.

Tapi ada juga yang tambah box additional dekat bahagian tepi. Untuk luggage capacity tambahan. Biasanya untuk kegunaan ride jauh memang sesuai kalau tambah box dekat tepi tu. Jika dulu rider touring bike je yang selalu buat macam tu.

Sekarang ni dah jadi trend. Kapchai pun dah start pakai box dekat tepi. Maklumlah, kapcai pun orang dah bawak ride jauh sekarang. Sampai ke Krabi pun ada. So jom tengok jenama box motosikal apa yang mereka selalu gunakan…

Jenama #1 – Givi

Boleh dikatakan, Givi adalah jenama yang paling popular kalau memperkatakan tentang box motosikal. Tapaw habis. Mana tak nya, kalau pergi mana-mana kedai aksesori mesti ada jual box GIVI. Dekat atas jalan raya pun bersepah orang pakai.

Sampai satu tahap admin tertanya-tanya, takde syarikat lain yang keluarkan box untuk motor ke? Sebab Givi begitu famous. Kalau tanya suggestion box apa nak pakai, mesti jawapan yang kita dapat macam ni:

“Pakai box Givi je Bro!”

Memang banyak variasi box yang Givi ada menyebabkan ramai yang sukakannya. Dari design yang simple sehinggalah yang nampak macam peti harta karun tu. Harga pun agak okay lah. Range yang orang ramai mampu milik.

Untuk pengetahuan korang, Givi ini adalah suatu brand yang berasal daripada Itali. Ada kilang di Brazil, Holland, Spain dan juga Malaysia. Givi ada juga keluarkan produk lain tapi yang paling menonjol adalah box motosikal.

Jenama #2 – Kappa Moto

Sekali baca ingatkan jenama jersi bola tadi. Bunyi sama tapi logonya lain. Mungkin satu syarikat tapi division lain kot. Kappa Moto adalah satu lagi jenama daripada Negara Italy. Kalau baca history, Kappa ini telah diasaskan orang yang sama mengasaskan Givi.

Produk yang dihasilkan adalah tertumpu kepada aksesori motosikal iaitu helmet, box, spoiler dan lain-lain lagi. Boleh usha dekat Kappa Moto untuk maklumat lanjut mengenai produk yang ada. Dekat Malaysia, Kappa ini agak kurang popular.

Tapi sebenarnya brand ini antara yang popular diseluruh dunia. Berbalik semula pada box motosikal, Kappa menghasilkan pelbagai varian box yang sesuai untuk semua range motosikal. Tapi daripada hasil admin usha Nampak macam banyak box untuk touring bike.

Daripada design box yang dihasilkan Nampak lebih tough dan rugged. Sesuai untuk perjalanan ride yang jauh dan mencabar. Dari segi harga, admin survey ianya lebih kurang macam box Givi je. Kira ada persaingan jugalah Givi.

Jenama #3 – SW Motech

Seterusnya adalah SW Motech, satu jenama yang berasal daripada Germany. Ianya diasaskan oleh Jürgen Swora pada tahun 1999. Sebelum itu, pada tahun 1994, beliau telah konvoi ke Afrika menggunakan motosikal.

Disebabkan perlu travel jauh, beliau buat box untuk simpan barang-barang dekat motosikal. Dari situlah tercetusnya idea untuk menghasilkan produk aksesori untuk motosikal terutamanya box. Aksesori lain adalah seperti spoiler, crash bar, gps mount dan banyak lagi.

Kalau lihat daripada list produk yang dihasilkan memang untuk kegunaan mereka yang gemar touring naik motosikal. Memang untuk long range ride. Tapi kalau nak guna untuk ride biasa pun tiada masalah. Sebab ianya aksesori. Nampak cun bila pakai dekat motor.

Tapi hasil daripada survey yang admin buat, box SW Motech ini agak premium dari segi harga. Lagi satu varian yang dikeluarkan pun memang sesuai untuk motosikal touring. Mungkin memang target golongan kayangan je kot. Admin rasa lah.

Jenama #4 – Shad

Untuk brand box motosikal yang terakhir ini adalah berasal daripada Barcelona, Espanyol. Shad diasaskan pada tahun 1992 dan menghasilkan produk aksesori untuk motosikal. Dari segi range produk ianya hampir sama dengan jenama yang lain dalam senarai ini.

Mungkin jenama ini tak lah sepopular Givi, tapi untuk box motosikal yang dihasilkan boleh memberikan saingan. Sebab box yang dihasilkan meliputi range yang murah sampailah ke harga yang premium. Tak lah macam SW Motech.

Dekat Malaysia ini, produk Shad dipasarkan oleh KHI Marketing Sdn Bhd, pengeluar helmet jenama KHI. Showroom KHI ada dekat Ampang, Kuala Lumpur. Pada yang tak pernah tengok box Shad ni boleh usha-usha dekat showroom diorang.

Sebab admin yakin korang mesti tak tau jenama Shad ini. Admin pun bila buat research barulah jumpa. Sebelum ini dekat atas jalan pun tak pernah jumpa orang yang pakai box Shad. Tapi siapa tahu kan, lepas baca artikel ini korang berminat pulak. Boleh tambahkan pengguna Box Shad.

Jenama Box Motosikal Pilihan Admin

Secara jujurnya admin tak pakai box dekat motor sebab tak ride jauh pun. Lagipun admin pakai kapchai, guna untuk ulang alik pergi kerja je. Tak banyak barang pun nak bawa. Tapi ramai member admin yang pakai box dekat motosikal.

Of course nak letak helmet senang. Nak tinggal takut hilang pulak. Tapi kalau nak bawa ke hulu ke hilir helmet tu pun satu beban juga. Sebab tu kena ada box untuk simpan helmet. Selain itu boleh letak baju hujan dan lain-lain lagi.

Tapi itulah, setakat ini semua member admin yang ada box semuanya guna Givi. Belum ada lagi yang admin jumpa pakai jenama lain. Jumpa dekat atas jalan ada lah SW Motech dan Kappa Moto. Untuk Shad admin tak pernah tengok depan mata lagi.

Usha gambar dekat internet sahaja. Nanti kalau berkesempatan admin pergi usha dekat kedai berhampiran dan letak gamba dekat sini. Dari segi design, admin pilih SW Motech. Sebab Nampak tough dan bergaya.

Itu pendapat admin. Korang pula macam mana? Sama dengan admin tak? Boleh share pendapat dan komen korang pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.