Jenama Drum Paling Popular Di Malaysia 2020

by | Nov 21, 2020 | Music

Asyik cerita pasal gitar je. Bosan lah pulak. So kali ni admin bertukar arah sikit dengan share pasal jenama drum paling popular. Drum ada banyak jenis. Yang dimaksudkan adalah drum set atau drum kit untuk pemuzik.

Bukan drum elektronik. Untuk drum elektronik admin ada kongsikan dekat artikel ini. So kalau nak tahu pasal drum elektronik boleh baca dekat sana. Untuk post ini kita fokus pada drum set sahaja. Sebab tak semua jenama yang keluarkan drum set, ada buat drum elektronik.

Jadi brand pun mesti lah lain-lain. Cara nak buat pun lain. Senang cerita semua lain la kan. Kalau nak nak compare pun nampak macam tak fair. So admin decide untuk asingkan. Setel masalah.

Jenama Drum Paling Popular 2020

Admin dulu pernah la ade drum set dengan harapan untuk belajar main drum. Beli 2nd hand je dari student kelas muzik yang nak upgrade drum set dia. Condition cantik lagi sebab maklum lah student yang main. Takde la ganas sangat.

Drum skin pun cun lagi. So tak byk yang perlu tukar. Lagipun admin baru nak belajar. Takde lah nak set yang mantap. Asalkan boleh belajar beat dan groove drum basic pun ok dah. Ok la, not bad. Dalam masa 3 bulan dah boleh main lagu rock kapak. Agak lambat sebab belajar sendiri.

Tapi lepas tu terpaksa jual drum set tu sebab admin pindah tempat kerja. Nak bawa pergi rumah yang baru macam leceh je. So jual je lah option yang paling senang. Dengan harapan nanti dekat tempat baru boleh beli yang baru J.

Malangnya itulah drum set pertama dan terakhir yang admin ada. Belum ada bajet lagi untuk beli. Panjang pulak admin punya cerita. So back to our topics. Jenama drum apa yang menjadi kegilaan ramai dekat Malaysia ni? So lets check it out.

Jenama #1 – Tama

Satu jenama drum set yang tidak asing lagi. Kalau anda seorang drummer, komfem tahu brand ni. Drum Tama ini juga banyak di gunakan dekat studio jamming. So sebab tu lah admin letak Tama ni dekat tempat pertama.

Pada tahun 1965, Hoshino Gakki daripada Japan telah mula menghasilkan drum jenama Tama. Kini Tama sudah mempunyai beberapa buah kilang. Antaranya adalah di Japan, China dan USA.

Antara pemain drum ternama yang pakai drum jenama Tama ini adalah seperti Mike Portnoy (Ex Dream Theatre), Lars Ulrich (Metallica), Stewart Copeland (The Police) dan Eloy Casagrande (Sepultura). Ramai lagi kalau nak di listkan semua. Boleh tengok dekat Tama Artist.

Malaysia pun ada drummer yang pakai Tama iaitu Ainol (Deja Voodoo Spell) dan Amira Syahira. Nak tahu lebih lanjut mengenai drum Tama? Cekidaut dekat Drum Tama. Admin ada highlight lebih detail.

Jenama #2 – Pearl

Jenama ini setanding dengan Tama. Boleh tahan ramai juga yang pakai. Studio jamming pun banyak yang pakai drum Pearl ni. Dulu admin punya drum pun jenama Pearl. Tapi yang basic je lah. Takde la yang advance punye.

Jenama drum Pearl ini telah diasaskan oleh Katsumi Yanagisawa dekat Japan. Kilang ada di dua negara sahaja iaitu Japan dan Taiwan. Untuk market Japan, kilang di Japan yang produce. Yang lain semua kilang dekat Taiwan tapau. Dengar cerita ada 5 kilang dekat Taiwan. Banyak tu…

Sama seperti Tama, Pearl drum ini juga menjadi pilihan para drummer tersohor seluruh dunia. Antara yang pakai Pearl ni adalah Ian Paice (Deep Purple), Ray Luzier (Korn), Jason Bowld (Bullet for My Valentine) dan Mike Mangini (Dream Theatre).

Boleh layari laman Pearl Drum untuk maklumat terkini berkenaan produk range dan lain-lain lagi.

Jenama #3 – Yamaha

Yang ini drum Yamaha ye. Bukan motorsikal. Jika sebelum ni ada highlight berkenaan keyboard elektronik Yamaha. Kali ni admin nak share pasal drum Yamaha pulak. Seperti yang ramai dah tahu, Yamaha memang sinonim dengan industri muzik.

Pelbagai barangan kegunaan untuk muzik, Yamaha ada buat. Contohnya keyboard, drum, PA Speaker dan equipment. Dari range harga murah sampailah untuk professional audio. Semua ada. Jadi memang antara trusted brand lah untuk muzik.

Drummer yang pakai Yamaha adalah seperti Will Champion (Coldplay), Larry Mullen Jr (U2), Justin Foley (Killswitch Engage) dan Shawn Drover (Megadeth). Boleh baca lebih detail dekat sini.

Jenama #4 – Ludwig

Brand ini mungkin tak berapa dikenali kalau korang bukan seorang drummer atau musician. Sebab kurang sikit orang pakai. Dekat Studio jamming pun susah nak jumpa drum jenama Ludwig ni. Tapi ramai drummer yang hebat pakai brand ini.

Pada tahun 1909, William F. & Theobald Ludwig memulakan bisnes pembuatan drum di USA. Terdapat pelbagai halangan dan cabaran sehingga pada suatu masa terpaksa jual company. Perjuangan kemudian diteruskan oleh anak beliau iaitu Bill Jr yang Berjaya membeli semula syarikat yang telah dijual pada tahun 1955.

Populariti Ludwig drum tiba-tiba mencanak naik sekitar tahun 1964, dimana pada masa tu wujudnya fenomena Rock n Roll yang diterajui Beetles. Kebetulan drummer Beetles, Ringo Star pakai drum Ludwig.

Jadi semenjak dari tu, terus ramai yang mula kenal jenama Ludwig. Selain Ringo Starr, ramai lagi artis yang pakai drum ni. Antaranya adalah Joey Krammer (Aerosmith), Nicko McBrian (Iron Maiden), Don Hensly (Eagles) dan Tre Cool (Green Day). Banyak lagi sebenarnya.

Jenama #5 – Sonor

Yang terakhir ini adalah jenama drum daripada Eropah. Sonor berasal daripada German. Diasaskan oleh Johannes Link pada tahun 1875. Tapi masa tu bukan lah terus ada drum set macam sekarang ni. Canggih sangat kalau macam tu.

Model mula-mula yang dibuat adalah dalam bentuk drum heads / snare untuk para tentera. Drum kit yang pertama dihasilkan adalah sekitar tahun 1952. Semenjak dari itu, Sonor terus berkembang maju sehinggalah ke hari ini.

Drummer hebat yang pakai jenama Sonor ini adalah Mikkey Dee (Motorhead), Phill Rud (AC/DC), Thomas Haake (Meshuggah) dan Shannon Leto (30 Seconds to Mars). Ok lebih detail berkenaan Sonor boleh baca disini.

Semua Drum Best Ni… Mana Satu Nak Pilih?

Kalau ikut admin, memang semua yang dalam list jenama drum paling popular ini. Ada lagi jenama popular yang tak masuk dalam senarai ini. Sebabnya kalau letak semua, jadi panjang cerita. Tapi jangan risau. Jika berkesempatan admin akan up cerita pasal jenama drum yang lain.

Suggestion admin adalah 3 jenama yang first dalam list ini adalah well known pada kebanyakkan drummer di Malaysia. Selain itu banyak kedai ada jual drum jenama yang dimaksudkan. Boleh kata seluruh Malaysia ada kedai yang jual jenama drum tersebut.

Bukan pula nak drop kan dua brand yang terakhir tu, tapi kedai yang jual brand tu tak banyak. Kebanyakkan nya ada di sekitar Lembah Klang sahaja. Jadi bagi yang duduk jauh, susah sikit lah nak beli. Akan tetapi, sekarang ni kan pembelian adalah dihujung jari je.

So nak beli online pun boleh. Terus di pos ke rumah korang. Tapi selalunya orang beli drum, kena test dulu. Nak tahu sound dan kesesuaian. Jadi terpulang kepada anda. Jangan order tak sampai sudah la. Melayang duit tapi barang tak dapat.

Ok guys itu hanya pandangan admin sahaja. Korang pulak macam mana? Jenama drum yang mana pada korang adalah favourite? So boleh tinggalkan komen anda di bawah.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *