Jenama Efek Gitar Yang Paling Popular 2020

by | Dec 28, 2019 | Music

Gitar efek ni ada pelbagai jenama yang ada di pasaran. So kali ini admin nak share pasal jenama efek gitar yang seringkali di pakai oleh para gitaris di Malaysia. Kita combine sekali multieffect dan stomp box. Nak tengok brand mana yang lagi mantap.

Kalau korang main gitar elektrik, komfem akan pakai efek betul tak? Baru lah sedap sikit nak main. Takde lah rasa macam main gitar kapok je. Efek gitar ni akan buatkan sound jadi pelbagai. Macam-macam bunyi pun ada. Ikut citarasa tersendiri dan kesesuaian lagu.

Lain jenama efek gitar, maka lain lah juga sound yang keluar. Mungkin kita pilih jenis efek yang sama tapi kalau teliti betul-betul memang ada beza bunyi nya. Jadi sebab tu penting untuk tau jenama efek gitar. Lagi best kalau dapat try dulu. Baru feel sound nya.

Sebelum nak try, kena tau dulu brand efek yang popular dan selalu orang guna. Bukan apa, untuk reference. Kalau ada peluang boleh try terus.

Jenama Efek Gitar Yang Paling Popular 2020

Dulu admin mula-mula beli gitar elektrik, pakai efek overdrive dekat amp je. Tu pun dah rasa awesome sangat. Time tu la kan. Lama-kelamaan dah bosan. Mula nak cari efek gitar yang lebih mantap. Nak beli pedal efek harga mahal sangat dan cuma dapat satu bunyi je.

So admin decide untuk beli multieffect yang murah untuk try pelbagai jenis efek. Masa tu tak tau pun efek chorus, delay, flanger semua tu. Beli untuk cuba je. Kira belasah je la bunyi apa yang keluar. Makan masa seminggu juga lah untuk study efek yang ada.

Terpaksa try satu persatu sebab masa tu tak ada member yang tau pakai multieffect tu. So kena belajar sendiri. Kalau nak tahu brand apa yang admin pakai, boleh terus baca dekat bawah ini:

Brand #1 : BOSS

Jenama ini sangat sinonim dengan efek gitar. Memang tak boleh lari. Sebab kebanyakkan tempat jamming akan sediakan efek gitar jenama Boss. Yang paling common adalah pedal Metal Zone.

Boss telah diasaskan di Japan pada tahun 1973. Ia merupakan sub division untuk Roland. Senang cerita Boss ini khusus untuk efek gitar daripada Roland. Cuma guna nama yang berbeza. Mungkin sebab Roland dah popular dengan peralatan muzik lain.

Atas sebab itu nama Boss digunakan untuk keluarkan efek gitar. Masa mula-mula dulu, semua production adalah dekat kilang yang berada di Japan. Namun bermula tahun 1990, kilang telah berpindah ke Taiwan. Tapi produk masih sama.

Gitaris hebat yang pakai jenama ni toksah cerita la. Memang ramai giler. Antaranya adalah Steve Vai, Eric Johnson, Marty Friedman dan John 5. Tu cuma sebahagian kecil sahaja. Ada ramai lagi. Tak dapat nak listkan semua dalam ni.

Admin ada cerita lebih detail pasal jenama Boss ini dekat artikel ini. So cekidaut dekat sana ok…

Brand #2 : LINE 6

Brand ini lebih dikenali dengan Multieffect processor yang mantap. Sound yang dihasilkan oleh multieffect jenama Line 6 ini kedengaran seperti real sound dari efek pedal. Jadi sebab itulah ramai yang suka pakai brand ni.

Line 6 ini bermula pada tahun 1996 di Carlifornia, USA. Memang daripada awal lagi, Line 6 ini memang fokus kepada penghasilan multieffect processor dan amp modelling efek. Antara produk yang paling famous adalah POD.

Even sampai sekarang pun masih wujud lagi. Cuma version dah semakin upgrade dan sound makin best. Gitaris yang pakai Line 6 adalah Alex Skolnick (Testament), Matt Scannell (Vertical Horizon), Herman Li (Dragon Force), Jen Majura (Evanescene) dan Jeff Loomis (Arch Enemy).

Admin pun dulu pernah pakai Line 6 POD. Seryes memang best sound dia. Nanti admin share lebih detail pasal Line 6 dekat artikel ini.

Brand #3 : ZOOM

Satu lagi jenama yang sinonim dengan gitar multieffect processor. Kira saingan untuk Line 6 la ni. Cuma dari segi sound mungkin sedikit kurang tapi Zoom adalah suatu produk yang mampu milik. Ada banyak range produk.

Dari multieffect yang simple untuk gitaris beginner sehinggalah yang lengkap pelbagai function untuk gitaris professional. Diasaskan pada tahun 1983 di Tokyo, Japan. Terus bertahan dan berkembang sehingga kini.

Admin pernah pakai Zoom efek masa mula-mula main gitar dulu. Pernah pakai 3 jenis. Memang ok dan simple. Senang nak pakai. Sesuai untuk jamming dan juga gig/show. Boleh baca lebih lanjut mengenai produk Zoom dekat sini.

 

Brand #4 : DUNLOP

Ok jangan confuse guys. Yang ini bukan brand tayar. Tapi yang ni adalah jenama efek gitar. Antara yang terbaek juga ni. Nama lain bagi pedal ni adalah MXR. Masih under company yang sama. Cuma MXR untuk effect pedal, Dunlop untuk Wah Pedal.

Dunlop diasaskan pada tahun 1965 oleh Jim Dunlop di Carlifornia, USA. Yang menjadi trademark Dunlop adalah Wah pedal mereka. Memang ramai gitaris hebat yang pakai pedal wah daripada jenama Dunlop ini.

Antaranya adalah Kirk Hammet & James Hetfield (Metallica), Slash (Guns n Roses), Jimi Hendrix, Dimebag Darrel (Pantera), Billie Joe Amstrong (Green Day) dan Eric Johnson. Memang ramai yang otai pakai brand ni. Kita sambung cerita detail dekat artikel Dunlop.

Brand #5 : BEHRINGER

Lebih dikenali sebagai audio equipment. Banyak produk sebenarnya Behringer ni buat. Dari gitar sampailah ke peralatan PA System professional. Jadi efek gitar adalah sebahagian kecil daripada skop Behringer.

Pada tahun 1989, Uli Behringer telah mengasaskan jenama ini dekat Willich, Germany. Walaupun kalau nak dibandingkan dengan jenama lain yang dalam list ini, Behringer ni kira masih baru. Tapi produk yang dihasilkan agak mantap.

Yang admin nak tekankan dekat sini adalah harga untuk pedal Behringer ini jauh lebih rendah daripada jenama yang lain. Tapi sound yang keluar lebih kurang. Admin dulu pun pernah pakai pedal behringer untuk show. So far so good.

Nanti admin up artikel lebih detail mengenai Behringer dekat sini.

Efek Gitar Mana Yang Paling Best?

Kalau tanya admin, jawapan nya bergantung kepada keadaan. Ikut task yang kita nak lakukan guna efek tu. Sebagai contoh, kalau kita nak main muzik metal. Kita tak boleh nak guna drive pedal jenis overdrive. Kenalah pakai jenis distortion atau metal. Yang hi-gain sikit.

Barulah kena dengan sound yang akan dihasilkan. Korang juga kena tahu kategori efek yang korang nak guna. Contohnya drive, modulation, delay atau reverb. Then baru lah boleh pilih efek yang bersesuaian.

Sebab tu admin mula dulu dengan pakai multieffect. Mudah sikit nak faham tentang kategori efek dan kita boleh eksperimen banyak combination tanpa beli pelbagai pedal. Tapi kalau ada bajet tak ada halangan. Boleh je kalau nak beli laughing.

Kena try mix dan match mana yang bersesuaian dan selari dengan keperluan muzikal korang. Ok korang punye pendapat dan pengalaman pulak macam mana? Sama dengan admin tak? Cer share sikit dekat comment box bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *