Jenama Elektronik Keyboard Paling Popular Di Malaysia

by | Dec 25, 2020 | Music

Jika sebelum ini admin ada share pasal jenama gitar dan amplifier, so kali ni kita cerita pasal jenama elektronik keyboard yang paling popular di Malaysia untuk tahun ini. Sebelum korang baca lebih panjang, elektronik keyboard yang admin maksudkan adalah alat muzik keyboard.

Bukan papan kekunci untuk computer tu ye. Takut ada yang salah cari dekat google jumpa artikel ni ingatkan review pasal jenama keyboard komputer. Kalau korang nak tahu pasal elektronik keyboard untuk muzik, inilah artikel yang sesuai untuk anda.

Seperti yang selalu admin highlight sebelum ini. Brand yang ada dalam senarai ini adalah sebahagian kecil sahaja. Ada banyak lagi jenama elektronik keyboard yang lain berada di pasaran. Tapi yang kita cerita dalam ni adalah yang paling ramai yang suka pakai.

Senang cerita menjadi pilihan ramai lah kan. Lagi satu, kesemua jenama keyboard senang nak dapatkan dekat kedai disekitar anda. Jadi tak perlu la nak beli keyboard sampai ke oversea. Melainkan korang memang nak model yang special tak jual dekat sini.

Jenama Elektronik Keyboard Yang Popular & Tular

Honestly, admin tak berapa mahir sangat main keyboard ni. Tapi pernah la cuba belajar dulu. Beli keyboard yang murah untuk praktis. Sempat la belajar beberapa lagu. Lepas tu berabuk je la keyboard tu. Takde masa nak praktis. Dan akhir sekali terpaksa jual sebab takut simpan lama sangat rosak je kalau tak main.

Ok kembali ke jenama elektronik keyboard yang menjadi pilihan ramai musician di Malaysia. Kali ni kita listkan 5 brand utama sahaja. Mungkin kalau sempat nanti admin akan update lagi. Jadi jom kita tengok list tersebut dekat bawah:

Jenama #1 – Yamaha

Sekali imbas macam jenama motorsikal pulak. Maklum lah sekarang ni Yamaha Y Suku menjadi fenomena. Menjadi kegilaan ramai gak. Tapi ni bukan lah yang buat motor tu. Yang ini adalah Yamaha Music. Syarikat yang sama cuma division lain.

Yamaha music telah mula mengeluarkan Piano sejak tahun 1887 di Japan. Lama dah tu. Kemudian mereka telah berevolusi sampai terhasil nya elektronik keyboard yang ada sekarang ini.

Tak dapat dinafikan, keyboard Yamaha memang ramai peminat nya. Admin dulu pun beli jenama ini. Dari segi product range dan harga agak bersesuaian untuk semua lapisan musician. Sama ada beginner sehingga lah ke expert.

Admin ada share lebih detail berkenaan elektronik keyboard yang Yamaha keluarkan dan available dekat pasaran. Boleh baca dekat link ini.

Jenama #2 – Casio

Kalau tadi jenama motorsikal, kali ni jenama jam pulak. Kebetulan pulak. Mungkin ada juga yang terkejut bila dengar casio jual elektronik keyboard. Sebab brand tu lebih sinonim dengan jam tangan G-Shock.

Memang jam yang dikeluarkan Casio ni popular dan berkualiti tinggi. Begitu juga lah elektronik keyboard. Casio mula mengeluarkan elektronik keyboard pada tahun 1980. Sampai lah sekarang masih bertahan.

Dari segi produk admin belum berkesempatan untuk cuba. Mungkin nanti akan ada update kemudian lepas dapat try keyboard jenama Casio ni. List elektronik keyboard brand Casio ini ada dekat artikel ini. Boleh cekidaut dekat sana.

Jenama #3 – Roland

Jenama Roland ni bukan lah sesuatu yang asing bagi pemuzik. Sebab banyak jenis peralatan muzik yang Roland hasilkan. Salah satu nya adalah elektronik keyboard. Sejak tahun 1973, Roland dah mula hasilkan keyboard untuk pemuzik.

Roland keyboard pun admin belum pernah cuba, tapi pernah tengok kibodis pro guna. Memang mantap gak sound nya. Macam-macam bunyi ada. Untuk detail mengenai elektronik keyboard Roland, korang boleh baca dekat sini.

Jenama #4 – Korg

Elektronik keyboard yang dihasilkan oleh Korg ni pun tak kurang hebatnya. Bagi yang tak familiar, Korg ini adalah brand yang banyak buat effect gitar, drum machine dan recording device selain daripada elektronik keyboard.

Korg ini telah diasaskan oleh Tsutomu Kato and Tadashi Osanai di Tokyo, Japan pada tahun 1962. Sehingga lah sekarang masih bertahan. Elektronik keyboard adalah antara produk utama bagi Korg ni.

Admin cerita lebih lanjut berkenaan Korg dalam satu artikel lain. Boleh baca dekat sini.

Jenama #5 – Kawai

Last but not least adalah elektronik keyboard jenama Kawai. Brand ini agak terpencil sikit kalau nak di bandingkan dengan yang lain dalam list ini. Mungkin tak banyak elektronik keyboard Kawai yang masuk ke Malaysia menyebabkan orang tak tahu kewujudan nya.

Koichi Kawai mengasaskan syarikat Kawai Musical Instrument Research Laboratory di Japan pada tahun 1927. Disitu bermula lah revolusi produk Kawai sehingga terhasil bermacam-macam jenis yang kita lihat hari ini.

Yang Mana Satu Paling Best?

Ok sekarang korang dah tengok list 5 jenama elektronik keyboard yang admin cerita dekat atas. Agak-agak la kan yang mana satu paling best? Yang mana satu menjadi pilihan hati korang? Satu persoalan yang sukar nak jawab.

Sebab lain orang, lain citarasa dan style muzik yang berbeza. Apa yang penting sebelum beli kena pergi try test dulu untuk semua brand tersebut. Kemudian bandingkan harga dan function yang ditawarkan. Baru lah boleh tau yang mana satu paling best.

Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian admin. Lepas tengok balik list di atas, kalau korang perasan la kan. Semua jenama keyboard ini adalah berasal darpada Japan. Memanglah semua jenama ini ada cawangan di luar Japan. Tetapi main HQ adalah dekat Japan.

Walaubagaimanapun, nanti admin akan review semula. Hopefully admin dapat try semua brand keyboard ini untuk perbandingan. Kalau ada yang nak sponsor pun ok juga.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.