Jenama Gitar Elektrik Popular Di Malaysia 2020

by | Dec 22, 2019 | Music

Terdapat banyak brand gitar elektrik yang berada di pasaran. Macam-macam nama. Ada yang tak pernah dengar pun ada. Jadi kali ni admin nak up sikit pasal jenama gitar elektrik yang menjadi kegilaan ramai dekat Malaysia.

Memiliki gitar elektrik adalah satu impian bagi seorang pemain gitar. Terutama nya bagi yang baru-baru nak belajar main. Teringat admin masa mula-mula main gitar sekitar tahun 2000. Mula belajar dengan gitar “kapok” je. Sebab itu je yang ada dekat rumah.

Tu pun gitar lama, abang punya. Nak beli sendiri jangan harap la. Mana nak ada duit. Lagipun masa tu sekolah lagi. Kalau nak merasa main gitar elektrik ni cuma ada dekat jamming studio je. Feel dapat main memang teramat lah best nye masa tu.

Padahal dapat main sekejap je pun. Maklum lah masa tu nak beli sendiri memang tak mampu. So mula dari masa tu dah simpan angan-angan nak beli gitar elektrik sendiri. Nak tau apa jenama gitar elektrik yang admin nak masa tu? Teruskan baca sampai habis laughing.

Jenama Gitar Elektrik Popular Di Malaysia 2020

Kalau nak di senaraikan memang banyak jenama gitar elektrik ni. So kali ni kita fokus pada yang popular je. Maybe next time kita akan up pasal brand lain yang tak tersenarai dalam ni. Without further ado, lets rock:

Brand #1 : Fender

Ok brand gitar elektrik yang pertama ni mesti korang pernah dengar. Sama ada korang main gitar ataupun tak mesti tau punye. Memang tersangat famous brand ni. Ini lah jenama gitar elektrik yang menjadi pilihan utama admin masa mula-mula main gitar dulu.

Fender adalah guitar manufacturer yang berasal daripada South California, USA yang diasaskan oleh seorang yang bernama Leo Fender. Kini terdapat banyak kilang Fender diseluruh dunia. Antaranya dekat USA, Mexico, Japan, China dan Indonesia.

Kelebihan gitar Fender ni adalah terletak kepada kualiti sound yang dihasilkan. Sebab tu ramai gitaris yang hebat pakai Fender ni. Sebagai contoh Yngwie Malmsteen, Eric Clapton, Ritchie Sambora dan ramai lagi. Gitaris Malaysia ni pun ramai i.e Man Keedal dan Sham Kamikaze.

Nak tahu lebih detail pasal Fender tak? Boleh cekidaut dekat artikel Fender Musical Instrument Corporation. Dekat situ admin ada share lebih detail lagi. Ok Next….

Brand #2 : Ibanez

Brand gitar ini juga boleh tahan popular nya. Saing-saing la dengan Fender tadi. Admin pun rasa teragak-agak nak letak yang mana dekat nombor satu. Tapi kalau ikut popularity, Ibanez ni kurang sikit berbanding Fender. Sebab tu jatuh dekat nombor dua.

Ibanez adalah syarikat pengeluar gitar yang di asaskan oleh Hoshino Gakki dari Japan. Selain dari Japan, Ibanez ada kilang dekat China, Korea dan Indonesia. Admin ade cerita lebih panjang pasal Ibanez ni dekat sini.

Ramai pemain gitar yang top-top yang menggunakan Ibanez ni. Bukan calang-calang beb. Antaranya Steve Vai, Joe Satriani, Marty Friedman dan Paul Gilbert. Seryes memang sume gitar hero ni. Sound toksah cerita la. Memang power habis.

Brand #3 : Gibson

Seterusnya adalah Gibson. Jenama yang tak kurang hebatnya. Kalau ikut sejarah, Gibson adalah pembuat gitar yang tertua di dunia ni. Dah lebih daripada 100 tahun dah wujud jenama ni. Diasaskan oleh Orville Gibson pada tahun 1894.

Brand Gibson ni berpusat dekat Nashville, USA. Kilang juga ada dekat sana. Setakat ini belum ada lagi kilang jenama Gibson berada di luar daripada USA. Sebab tu dekat gitar Gibson terang-terang tulis “Made In USA” dekat belakang neck.

Dan tu juga salah satu sebab kenapa gitar Gibson ni mahal gila. Sebab import dari USA. Paling murah pun admin survey, harga dalam RM 4,000. So kalau jumpe lagi murah dari tu, komfem “copy ori” la tu. Kalau 2nd hand pun harga tak jatuh sangat.

Antara gitaris handalan yang pakai Gibson ni adalah Slash GnR, Gary Moore, BB King, Zakk Wylde dan Jimmy Page. Dekat Malaysia pun ramai yang pakai Gibson ni antaranya adalah Joe Wings dan Youk Bunkface.

Honestly, brand ni menjadi kegilaan admin sekarang ni. Cuma tak mampu nak beli lagi. Harap korang terus support admin sampai tercapai impian nak memilik gitar Gibson ni kan. So nak tahu lebih detail pasal Gibson, klik sini untuk baca.

Brand #4 : ESP Guitars

Mungkin ada yang tak pernah dengar pasal brand gitar ni. Sebab kebanyakkan yang pakai hanya gitaris metal atau rock sahaja. Boleh kata hampir tak boleh main genre lain kalau pakai gitar ni. Sebab dari segi appearance pun da nampak ganas.

Sound yang dihasilkan pun agak keras. Bersesuaian dengan muzik metal dan rock yang memerlukan hi gain distortion. Tapi tak ada salahnya kalau korang nak cuba main gitar jenama ni untuk jenis muzik yang lain. Boleh try dulu.

Pada tahun 1975, Hisatake Shibuya telah membuka kedai yang diberi nama ESP untuk menjual spare parts gitar di Japan. Dalam masa yang sama beliau telah memulakan pembuatan gitar elektrik jenama ESP Guitars ni.

Sekarang, kilang ESP berada di Japan, China, Korea dan Indonesia. Gitaris hebat yang pakai ESP ni tak lain dan tak bukan adalah Metallica. Kedua-dua gitaris Metallica iaitu Kirk Hammet dan James Hetfield memakai gitar ESP. Cerita panjang lagi dekat artikel ini.

Brand #5 : Jackson Guitars

Ini lagi satu jenama guitar yang di reka khusus untuk para pemuzik berat seperti metal dan rock. Ianya boleh dikatakan setanding dengan ESP. Kira pesaing sengit la bagi kategori gitar untuk pemuzik berat. Memang dua brand ni menjadi pilihan ramai.

Macam mana admin tahu? Sebab admin gak adalah sebahagian daripada perkumpulan muzik berat. Tapi tu cerita dulu la kan. Sekarang ni layan lagu Didi & Friend jek laughing. Jackson Guitars ini di hasilkan oleh pengasasnya iaitu Oliver Jackson di USA.

Gitaris yang pakai Jackson ni adalah Randy Rhoads, Phil Collen dan Andrian Smith. Kalau kat Malaysia ni yang ramai orang kenal adalah Izo XPDC. Nak tahu apa lagi yang menarik mengenai gitar Jackson ni? Boleh layari post Gitar Jackson.

5 Jenama Gitar Elektrik Je Ke Yang Ada Dekat Malaysia Ni?

Seperti admin tekankan pada awal post ini, ada berlambak brand gitar elektrik yang berada di pasaran di Malaysia ni. Cuma pada kali ini kita highlight yang top 5 je la. Tak cukup muka surat kalau nak tulis semua brand yang ada.

Korang pun muntah nak baca kalau panjang sangat. Tapi jangan risau, admin akan up post berkenaan jenama gitar elektrik yang lain dari masa ke semasa. Just check dekat blog music. Insyaallah aka nada update dekat situ.

So boleh lah nak disimpulkan bahawa, 5 jenama gitar elektrik ni adalah yang paling popular dekat Malaysia. Tapi ni hasil pemerhatian admin la kan. Korang rasa macam mana pulak? Komen dekat bawah ni top 5 brand gitar pilihan korang.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *