Jenama Mikrofon Yang Popular & Awesome 2021

by | Jan 4, 2021 | Music

Jika sebelum ini admin ada share pasal PA System, so kali ini pasal mikrofon pulak. Jenama mikrofon yang popular berada di pasaran memang lah banyak. Ada yang bukan daripada supplier PA System pun ada jual mic sahaja. Sebab tu kita kena tahu juga brand apa yang mantap.

Mikrofon ini adalah sebahagian daripada PA System. Kalau ada PA System yang canggih tapi mikrofon cap ayam pun sound jadi tak best juga. Ianya merupakan satu komponen penting yang mempengaruhi sound. Terutamanya untuk live performance.

Jenama mikrofon yang admin share pada kali ini adalah kebanyakkan pro pakai untuk live performance. Untuk jamming studio pun boleh pakai. Terutamanya untuk recording. Nak tahu brand apa yang terbaek kenalah baca sampai habis.

Jenama Mikrofon Yang Popular Tahun 2021

Honestly admin pun bukan expert sangat bab mikrofon ni. Tapi sebab sebelum ini pernah salah pilih jenis mikrofon untuk projek studio mini menyebabkan admin rasa kena share benda ni dengan korang. Admin dulu belasah pakai mic beli dekat kedai biasa.

Alasan nak murah. Beli yang biasa dan yang tak ada brand baru berapa je harganya. Kalau nak dibandingkan dengan yang berjenama. Sudahnya masa nak start jamming, suara tenggelam dan bunyi pecah habis. Bunyi gitar, bass dan drum kuat giler.

Dah cuba up kan volume dekat mixer pun tak boleh pegi juga. Rupa-rupanya mikrofon tu tak support untuk guna di mixer. So terpaksa lah cari yang lain. Kena gelak dengan orang kedai PA System sebab guna mikrofon ntah pape tu. Nak buat macam mana kan. Nak jimat punya pasal.

So korang jangan jadi macam tu. Kalau tak tahu yang mana mikrofon yang sesuai, korang boleh tanya pada kedai yang jual peralatan PA ni. Diorang lagi expert. So boleh usha-usha dulu brand mic dekat bawah ini. Komfem takkan jadi macam admin.

Jenama #1 – Shure

Brand Shure ini mungkin agak asing kalau orang yang bukan pemuzik. Sebab jenama ni khusus buat mikrofon yang berkualiti sahaja. Bukan tiada produk lain, tapi kurang menyerlah. PA System pun ada tapi orang lebih kenal Shure sebagai jenama mic.

Shure diasaskan oleh Sidney N. Shure pada tahun 1925 di Chicago, USA. Bermula dengan menjual barangan atau spare parts untuk radio. Sehiggalah pada tahun 1931, dimana mikrofon Shure yang pertama terhasil.

Semenjak daripada itu, Shure terus menghasilkan pelbagai jenis mikrofon untuk pelbagai kegunaan. Admin akan share lebih lanjut mengenai Mikrofon Shure dalam artikel yang lain. Sebab panjang kalau nak cerita dekat sini.

Jenama #2 – Sennheiser

Jenama ini juga lebih kurang macam Shure. Popular sebagai pengeluar mikrofon yang mantap. Produk lain yang dihasilkan adalah wireless system untuk audio dan beberapa lagi produk. Tapi yang paling meletop adalah mic.

Fritz Sennheiser telah menubuhkan Sennheiser pada tahun 1945 di Hannover, Germany. Masa tu baru je lepas Perang Dunia ke-2. Kemudian Sennheiser terus berkembang dengan menghasilkan bermacam-macam jenis mikrofon sehingga ke hari ini.

Kini Sennheiser dah ada kilang di Hannover (German), USA, Ireland, Mexico dan China. Kita cerita lebih panjang berkenaan Sennheiser dekat dalam artikel lain. Nanti kita share sekali list produk yang diorang ada.

Jenama #3 – Behringer

Untuk yang ini rasanya ramai yang dah tahu. Atau mungkin ada juga yang tak pernah kenal jenama ini. Sebelum ini admin ada sentuh tentang Behringer dalam efek gitar dan PA System. Untuk mikrofon juga diorang ada keluarkan yang mantap-mantap.

Satu yang admin suka pasal brand Behringer ni adalah produk yang mampu milik. Kualiti yang agak menarik tapi pada harga yang murah. So nak tak nak, admin kena masukkan juga dalam senarai ni.

Untuk list produk detail dan cerita lebih panjang lagi dekat laman produk Behringer. Boleh cekidaut dekat sana.

Jenama #4 – AKG

Mungkin ada yang langsung tak pernah dengar pasal AKG ni. Tapi ianya adalah satu brand mikrofon yang mantap. Saing-saing Shure dan Sennheiser. AKG juga adalah jenama yang dikenali hanya dengan penjualan mikrofon.

Diasaskan oleh Dr. Rudolf Goerike dan Ernst Pless di Vienna, Austria pada tahun 1947. Pada awalnya mereka mencipta mic untuk kegunaan stesen radio, kelab dan pentas teater sahaja. Kemudiannya mula menjual pada orang ramai selepas itu.

Produk lain yang dihasilkan oleh AKG yang menarik perhatian admin adalah headphones dan wireless system. Ini pun terbaek gak ni. So nanti admin akan go lebih deep pasal jenama AKG ni. Boleh baca dekat sini.

Jenama #5 – Audio Technica

Yang terakhir ini adalah Audio Technica. Brand microphone ternama daripada Japan. Ini pun sama juga, mic adalah ace produk mereka. Yang lain hanya backup sahaja. Tapi brand ni kurang popular di Malaysia.

Audio Technica telah diasaskan oleh Hideo Matsushita pada tahun 1962 di Shinjuku, Tokyo, Japan. Bermula sebagai pembuat stereo phonograph cartridge. Sehinggalah pada tahun 1974, Audio Technica mula mencipta mikrofon jenama sendiri.

Terus berkembang sehingga kini. Dekat Malaysia pun dah banyak kedai yang ada jual jenama Audio Technica ni sekarang. So nak tahu apa produk yang diorang ni ada? Baca dekat sini.

Pening Pulak Nak Pilih Mikrofon!!

Lepas tengok list dekat atas ni, jadi makin pening pulak nak pilih. Sebabnya kebanyakkan jenama mikrofon yang popular ni semuanya specialist untuk mikrofon. So dah tentulah kualiti sound yang dihasilkan juga komfem mantap.

Sebab tu admin dah tekankan daripada atas tadi, memang kena tahu brand pasal mikrofon ni. So boleh lah korang test dulu yang mana bersesuaian dengan sound korang nak. Sekurang-kurangnya dapatlah admin bagi gambaran sikit pasal jenama mikrofon yang selalu orang pakai.

Ini bukan lah sesuatu panduan wajib atau “mesti” beli yang branded. Tapi just pandangan sahaja. Kalau beli yang branded, akan dapat pakej kualiti sekali. Antara 5 jenama mikrofon yang popular diatas, admin pernah guna Shure dan Behringer sahaja.

Cadangan bagi yang beginner dan tak ada bajet yang besar, korang boleh cuba try Behringer. Kalau dah ada modal boleh upgrade ke jenama lain. Itu pendapat admin. Korang pulak? Mungkin ada pendapat korang sendiri. Share dekat ruangan komen bawah ni.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *