Jenama Motosikal Popular Dan Pilihan Ramai Di Malaysia

by | Nov 18, 2020 | Motorsports

Ada banyak brand motosikal dalam dunia ini. Tapi persoalannya sekarang, yang mana satu jenama motosikal popular dalam Malaysia ni? Sebab pilihan rakyat Malaysia tak semestinya sama dengan negara lain kan.

Sebelum ini admin ade story pasal super moped paling mantap. Antara jenama yang ada dalam tu, semuanya tersenarai dalam senarai jenama motosikal popular ini. Dah tentu-tentu semua super moped tersebut ramai yang pakai.

Secara automatic jenama motor tu popular lah kan. Itu logic yang admin rasakan la. Kalau korang tak setuju, boleh bagi cadangan dekat ruangan komen dibawah nanti. Apa-apa pun mohon baca artikel ini sampai habis dulu sebelum komen.

Top 7 Jenama Motosikal Popular Dekat Malaysia

Admin yakin dan pasti, semua jenama ini komfem korang tahu. Sebabnya motosikal daripada jenama yang tersenarai ini berlambak diatas jalan raya. Tiap-tiap hari korang akan mengadapnya. Sama ada perasan atau tidak je.

Tapi memang ada. Tak percaya lepas baca artikel ini korang boleh perhatikan. Mesti korang akan perasan apa yang admin cuba katakan ini. So tanpa berlengah lagi, jom kita lihat mana satu jenama motosikal popular di Malaysia…

Jenama #1 – Yamaha

Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi jenama ini. Memang sangat sinonim dengan motosikal. Yamaha adalah syarikat pengeluar motosikal yang berasal daripada negara Jepun. Suatu brand yang terkenal diseluruh dunia dan antara yang terbaik.

Mula bertapak di Malaysia semenjak tahun 1978 lagi, Yamaha Japan menjalinkan usahasama dengan HongLeong bank bagi membentuk Yamaha Malaysia. HongLeong Yamaha (HLY) adalah company yang bertanggungjawab membawa masuk motosikal Yamaha ke Malaysia.

Daripada model kapchai sehinggalah ke superbike. Semuanya diuruskan oleh HLY. Kalau tengok market, sekarang ini model yang paling laris daripada Yamaha adalah Y15ZR. Memang menjadi fenomena diseluruh negara.

Jenama #2 – Honda

Seperti juga Yamaha, Honda juga adalah pengeluar motosikal daripada negara Jepun. Selain motor, Honda juga ada keluarkan kereta. Tapi itu divisyen lain. Walaupun syarikat yang sama, tapi management yang totally berbeza.

Honda Malaysia atau nama syarikatnya, Boon Siew Honda telah mula membawa masuk motosikal jenama Honda semenjak dari tahun 1958 lagi. Dimana Boon Siew tersebut adalah nama kepada pengasas syarikat ini.

Sekarang ini dah banyak model yang telah dibawa masuk ke Malaysia. Antara yang tengah hot dan terhangat dipasaran adalah Honda RS150R. Memang sejak dulu lagi Honda adalah pesaing terdekat bagi Yamaha. Kira sama naiklah dua-dua jenama ini.

Jenama #3 – Modenas

Tak adil rasanya kalau admin asyik “up” jenama daripada luar sahaja. Maklumlah admin ni bersemangat patriotic tinggi. Tak dilupakan adalah jenama motosikal buatan tempatan iaitu Modenas.

Mula diwujudkan pada tahun 1995. Atas inisiatif Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Modenas adalah syarikat sepenuhnya dibawah DRB Hicom. Kilang pembuatan motosikal Modenas adalah terletak di Gurun, Kedah.

Admin dulu pernah pakai model Kriss. Yang paling admin suka adalah motosikal Modenas ini tahan lasak. Maklumlah admin dulu kerja area sawit. So jalan memang berlopak la kan. Tak menjadi masalah untuk guna motor Modenas.

Jenama #4 – Benelli

Yang ini mungkin kurang sikit popularity jika dibandingkan 3 jenama yang first tadi. Sebabnya Benelli ini boleh dikatakan agak baru masuk di Malaysia. Memanglah syarikat ini telah lama menghasilkan motosikal. Tapi kalau tak masuk, memang orang sini tak tahu lah.

Dari segi model motosikal pula, Benelli sebenarnya lebih kepada “naked bike”. Buat masa sekarang ini hanya ada satu sahaja model kapchai iaitu Benelli RFS 150i. Boleh tahan ramai juga yang pakai model ini. Design pun cun.

Jenama #5 – SYM

Okay brand ini menjadi fenomena satu ketika dulu apabila keluar iklan tv dengan tagline “Safee Yang Menunggang”. Masa tu player bola Malaysia, Safee Sali tengah top. Terus jadi model untuk SYM untuk “up”kan jenama ini.

Kebetulan masa tu, SYM kira baru lagi lah masa tu masuk dekat Malaysia. SYM tu adalah singkatan kepada Sanyang Motor yang berasal daripada Taiwan. MForce Bike Holdings Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk SYM ke Malaysia.

Ada pelbagai model yang berada dipasaran. Tapi yang paling menarik sekarang adalah SYM VF3i 185. Menjadi kegilaan penggemar super moped. Sebab ianya adalah super moped pertama di dunia yang berkuasa 185cc.

Jenama #6 – Suzuki

Suatu ketika dulu, Suzuki adalah antara jenama yang disegani ramai. Even sama taraf dengan Honda dan Yamaha. Suzuki juga berasal daripada negara Jepun. Dah banyak model yang telah dipasarkan di Malaysia. Terutamanya model kapchai.

Tapi sekarang ini, popularity Suzuki agak tenggelam semenjak tiada lagi model baru dikeluarkan. Yang terakhir rasanya adalah Belang R150. Lepas tu takde lagi. Admin maksudkan di Malaysia. Sebab di negara lain masih popular.

Tapi daripada sumber maklumat yang admin perolehi, Suzuki akan buat comeback tak lama lagi. Model baru akan dibawa masuk. So harap-harap ianya sahih la berita tu. Dulu Suzuki sangat terkenal dengan model RG Sport. Tak sabar rasanya nak tunggu model baru masuk.

Jenama #7 – Kawasaki

Satu lagi brand motosikal yang berasal daripada Japan. Kawasaki Motor (Malaysia) Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk motosikal Kawasaki ke Malaysia semenjak tahun 1952 lagi.

Apa yang menarik adalah Kawasaki famous dengan motor dalam kategori standard, sport dan juga super bike. Model kapchai Kawasaki tak layan. Semua “motor besar” sahaja. Tapi memang ramai yang pakai jenama ini.

Antara sebab yang paling utama adalah harga sesetengah model Kawasaki adalah murah dan mampu milik bagi kategori “big bike”. Kalau bandingkan dengan jenama lain lah kan. Jadi sebab tu ramai peminat Kawasaki dekat Malaysia.

Yang Mana Satu Paling Popular?

Ini agak sukar untuk admin jawab soalan ini. Mesti ramai yang akan cakap:

“Kenapa ini je yang masuk dalam list?

Takkan ada 7 je brand motor dekat Malaysia ni?”

Tak semua brand motosikal termasuk dalam senarai jenama motosikal popular di Malaysia sebabnya kurang orang pakai. Contohnya Ducati. Memang well known dari segi nama dan juga model-model motosikal yang terbaik.

Tapi berapa ramai antara korang yang mampu pakai Ducati. Terutamanya Ducati Panigale tu. Admin pun nak beli sebijik. Namun hakikatnya, boleh simpan impian je dulu buat masa sekarang ini. Mahal betul harganya. Beli kereta Proton boleh lepas 2 bijik.

Kalau tanya admin mintak pilih satu jenama yang paling popular antara senarai diatas, jawapan admin adalah Yamaha. Sebab banyak model yang orang pakai dan boleh lihat dengan jelas lambakan motor Yamaha diatas jalan raya.

Selain daripada “Ysuku”, model lain yang famous adalah LC135, Lagenda, 125Z, FZ150 dan juga RXZ. Model yang lama pun bersepah lagi dekat jalan. Ini cukup untuk membuktikan ramainya peminat Yamaha di Malaysia ini.

Mungkin juga sebab pengaruh daripada duta Yamaha iaitu Valentino Rossi menyebabkan ramai yang tergila-gila nak guna Yamaha. Tapi itu pandangan admin. Korang rasa macam mana? Sama tak dengan admin?

Mohon tinggalkan pandangan, cadangan dan juga komen korang pada ruangan yang telah disediakan dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *