Jenis Gitar Berada Dipasaran Yang Awesome

by | Nov 22, 2020 | Music

Pada yang baru nak belajar bermain gitar, korang patut tahu dulu jenis gitar yang wujud. Kalau berkesempatan kena try dulu semua jenis. Then baru boleh decide yang mana bersesuaian dengan korang. Tapi memang lambat la kalau nak cuba semua.

Sebab ada sesetengah gitar ini agak sukar untuk dapat. Kalau jumpa pun mungkin harga agak mahal. So nasihat admin belajar dulu basic chord dan music theory. Lepas tu komfem apa pun gitar yang muncul korang boleh main.

Cara nak mainkan setiap jenis ni sama je. Tak ada perbezaan. Cuma sound yang terhasil mungkin lain. Sebab tu admin suruh try semua. Tapi kalau berkesempatan lah kan. Kalau takde, belasah je mana yang ada. Yang penting boleh main gitar.

Pelbagai Jenis Gitar Yang Wujud Didunia

Basically pembahagian gitar ni ada dua sahaja. First gitar “kapok”, then gitar “karen”. Itu je. Itu memang ramai yang tahu macam tu. Tak dinafikan admin pun dulu rasa macam tu. Tapi bila try buat research, banyak lagi rupanya gitar yang admin tak pernah try.

Sesetengah type gitar ini banyak dimainkan pada jenis muzik tertentu. Sebab tu kadang-kadang kita tak nampak ramai yang pakai. So jom kita tengok apa sebenarnya type of guitar yang admin maksudkan. Let’s check it out…

Jenis Gitar #1 – Akustik

Okay yang ni obvious. Gitar akustik ini memang sangat senang nak jumpa. Dekat kedai gitar ada. Even kadang-kadang, kedai buku pun ada jual. Selalunya orang Malaysia ini akan panggil “gitar kapok”. Sebab dulu famous brand Kapok ni.

Tapi korang tahu tak sebenarnya gitar akustik ini juga terbahagi kepada beberapa jenis lagi. Daripada segi body memang nampak sama. Berbeza pada spec tertentu sahaja. Nak tahu beza antara setiap jenis boleh refer dekat bawah ini:

  1. Steel String – Gitar akustik yang guna tali “steel”.Kebanyakkan gitar akustik adalah jenis ini.
  2. Classical – Sama macam gitar akustik lain cuma tali yang digunakan adalah dari jenis “Nylon”.
  3. Elektro Acoustic – Adalah gitar akustik yang boleh disambung terus ke amplifier.

Ciri-ciri gitar akustik yang common adalah ada lubang ditengah gitar, body hollow dan tebal. Bagi yang pakai steel string ataupun classical, boleh juga sambung ke amp dengan syarat korang pasang pickup dekat lubang tengah tu.

Jenis Gitar #2 – Elektrik

Fender Stratocaster

Yang ini komfem semua orang tahu. Lebih dikenali sebagai “gitar karen” oleh masyarakat Malaysia. Bagi setiap orang yang belajar main gitar mesti teringin nak main gitar elektrik ni. Admin dulu masa mula-mula belajar pakai gitar kapok je.

Nak merasa main gitar elektrik ni hanya dekat jamming je boleh dapat. Masa tu nak beli memang takde duit lah. Sebab masih sekolah lagi. Jadi selalu la bertandang ke studio jamming untuk “try” gitar elektrik. Walaupun main takdelah hebat mana.

Seperti gitar akustik, gitar elektrik pun ada terbahagi kepada beberapa jenis. Bezanya adalah pada body gitar tersebut. Ada 3 type body yang utama pada gitar elektrik. Ianya adalah seperti dibawah:

  1. Hollow Body – Macam akustik tapi “fully covered”. Ada lubang tapi bukan dibahagian tengah.
  2. Semi-hollow – Bahagian dalam ada “tulang” di bahagian tengah body.
  3. Solid – Yang ni memang seketul kayu. Hanya ada lubang pickup dan parts sahaja.

Kesemua gitar elektrik ini menggunakan pickup untuk menghasilkan bunyi. Senang cerita kalau tak pakai amplifier, memang tak dengar la korang main apa. Of course kalau nak cerita tentang jenis gitar elektrik ini memang banyak. Tapi body adalah perbezaan yang paling utama.

Admin ada buat artikel khusus untuk jenis gitar elektrik dan juga jenama gitar elektrik paling popular. Bagi mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai gitar elektrik boleh baca dekat sana.

Jenis Gitar #3 – 12 Guitar String

Fender Stratocaster

Bagi gitar ini, ianya wujud dalam bentuk gitar akustik dan juga gitar elektrik. Tapi yang membezakan adalah jumlah tali yang dipasang. Standard gitar akan ada 6 tali. Manakala untuk gitar ini ada 12 tali. Susunan tali adalah seperti gambar dibawah.

Setiap satu position akan ada 2 tali. Dipasang pada kedudukan yang agak rapat antara tali. Gauge tali pun lain. Tuning dah tentu lain daripada gitar standard. Untuk tali yang double akan tune 1 octave higher memandangkan saiz tali pun lain.

Cara nak mainkan masih lagi sama. Chord pun sama. Cuma bunyi yang dihasilkan agak lain sikit. Kedengaran macam ada 2 orang yang gitar. Sebab talinya double. Boleh cuba kalau korang sukakan kelainan.

Jenis Gitar #4 – Resonator

Fender Stratocaster

Sekali imbas gitar ini nampak sama macam akustik. Tapi bezanya adalah pada plate besi yang diletakkan dibahagian tengah gitar. Plate besi itu lah yang kita panggil resonator sebenarnya. Design macam speaker cone terbalik kearah dalam body gitar.

Ada beberapa jenis resonator yang berada dipasaran. Main item yang berbeza adalah jenis neck dan juga jenis resonator plate. Jom kita lihat perbezaannya.

  1. Square Neck – Untuk dimainkan secara tegak. Gitar letak dekat peha.
  2. Round Neck – Sama macam gitar biasa
  3. Tricone – 3 metal cone dipasang pada tengah gitar.
  4. Single Cone – Hanya gunakan 1 je metal cone.
  5. Inverted Single Cone – Cone ada satu tapi position terbalik.

Secara jujurnya admin tak pernah main resonator ini. Jadi admin tak boleh nak bagi review sound nya dengan detail. Cuma dari apa yang admin tengok dekat youtube, sound yang dihasilkan lebih clear dan kuat daripada gitar akustik biasa.

Jenis Gitar #5 – Extended Range

Fender Stratocaster

Jika standard gitar menggunakan 6 tali. Manakala 12 string guitar pula ada 12 tali. Untuk gitar daripada jenis extended range ini kebiasaannya ada 7,8 atau 9 tali. Tak seperti 12 string guitar yang dipasang double setiap position tali.

Extended range ini akan tambah secara berasingan. Bila tali bertambah, maka saiz neck juga akan menjadi lebih besar. Yang normal jumpa dekat kedai adalah 7 string guitar. Agak rare untuk jumpa 8 atau 9 tali. Kebanyakkannya kena tempah atau custom made.

Dan of course ianya juga ada versi elektrik dan juga akustik. Tapi biasanya lebih dilihat pada electric guitar. Biasanya pemuzik metal akan pakai gitar extended range ini sebab nak dapatkan sound lebih berat. Untuk info lebih dari 9 tali pun ada. Tapi rare la yang itu.

Jenis Gitar #6 – Bass

Fender Stratocaster

Last but not least, kalau tadi extended range kita tambah tali. Tapi berbeza pula dengan gitar bass. Standard gitar bass hanya guna 4 tali sahaja. Ada juga yang 5 dan tali. Beza yang paling ketara antara gitar bass dan jenis gitar yang lain adalah gauge talinya yang besar.

Selain daripada itu, scale length gitar bass juga lebih panjang daripada gitar biasa. Admin dulu mula-mula jamming sebagai pemain bass. Kemudian berubah ke gitar sebab dulu nak praktis ni nak kena beli gitar bass. Masalahnya dekat rumah ada gitar kapok je.

So agak susah la nak praktis terutamanya kalau nak main lagu yang mencabar. Praktis dekat gitar memang boleh tapi bila actual jamming, beterabur sebab saiz neck dan tali berbeza. Tapi dalam satu band mesti ada bassist. Kalau tak, tak lengkap band.

Final Thought

Kalau dilihat memang banyak jenis gitar yang berada dipasaran. Tapi persoalannya yang mana satu sesuai untuk korang mainkan. Pada pendapat admin, boleh bermula dengan gitar akustik dahulu. Tak kisah sama ada steel string ataupun classical.

Belajar dulu chord, music theory dan juga praktis main lagu. Itu yang penting. Lepas tu kalau dah boleh main then barulah upgrade ke jenis gitar yang korang prefer. Tapi tak ada salahnya kalau nak cuba terus jenis gitar yang dirasakan sesuai. Terus praktis guna gitar tu.

Result praktis tu akan lebih gempak. Ikut selera dan style masing-masing. Kalau ada jenis gitar yang admin tertinggal dalam senarai diatas, mohon tinggalkan komen dan cadangan pada ruangan yang disediakan dibawah…

Sumber : GuitarGearFinder

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *