Jenis Glove Motosikal Yang Sering Digunakan Oleh Rider

by | Nov 28, 2020 | Motorsports

Jika sebelum ini ada admin highlight dalam aksesori wajib untuk rider motosikal salah satunya adalah glove. Jadi pada kali ini admin nak share serba sedikit mengenai jenis glove motosikal yang selalu digunakan oleh para rider ketika ride.

Lain jenis glove, maka lain juga lah kegunaannya. Seperti yang umum ketahui, jenis motosikal ada banyak. Setiap jenis akan memberi kepuasan yang berlainan kepada penunggang. Ianya juga akan menyebabkan motosikal terbabit digunakan untuk pelbagai fungsi.

Begitulah juga dengan glove motosikal. Sebabnya korang hanya akan pakai apabila naik motor je. Kalau naik kereta dah tentu tak pakai glove. Melainkan korang pergi race dekat track. Selain itu, glove motosikal ini direka khusus untuk kegunaan ketika menunggang motosikal.

4 Jenis Glove Motosikal Yang Berada Dipasaran

Mungkin ada yang belum tahu, glove motosikal ini ada beberapa material yang sering digunakan. Ianya adalah leather, textile dan hybrid. Setiap material ini akan memberikan keselesaan yang berbeza pada pengguna. Jadi material akan mempengaruhi jenis glove motosikal

Admin ada share berkenaan material glove motosikal pada artikel yang lain. Boleh baca lebih lanjut disana. Untuk kali ini kita akan lebih fokus kepada jenis glove motosikal terlebih dahulu. Jom kita tengok jenis apa yang ada. Teruskan membaca dekat bawah…

Jenis #1 – Street

Sekali baca pun dah tahu jenis ini macam mana kan. Sesuai dengan namanya, street glove ini paling banyak dilihat atas jalan raya. Kebiasaannya glove jenis ini digunakan untuk kegunaan harian. Bukan untuk pergi ride jauh-jauh.

Material untuk jenis street ini tak kisah. Kulit pun ada, textile pun ada. Bergantung kepada korang selesa pakai yang mana. Tapi macam biasalah, bila guna material kulit, harga pun akan jadi mahal. Setahu admin glove kulit paling mahal adalah daripada kulit kanggaro.

Ciri-ciri yang paling jelas dekat jenis street glove ini adalah ianya pendek. Selalunya akan sampai dekat pergelangan tangan sahaja. Sebabnya untuk tujuan tak terlalu panas ketika dipakai. Protection pun agak “biasa” je. Ada padding dekat knuckle dan tapak tangan.

Sesuai untuk short distance ride. Contohnya orang pakai naik motor untuk berulang alik pergi dan balik kerja. Admin pun pakai sepasang jenis ini.

Jenis #2 – Race

Ini selalunya akan terlihat di kaca TV. Sebab bila tengok MotoGP mesti akan nampak glove jenis race ini. Ataupun untuk yang selalu masuk track, mesti akan pagai race glove ini. Sebabnya ianya akan combine dengan racing suit untuk full safety.

Glove jenis ini agak panjang sikit. Lebih kurang “gauntlet” glove Thanos tu. Biasanya glove tu akan sampai lebih daripada pergelangan tangan. Tapi takdelah sampai ke siku pulak. Tu dah macam simen patah tangan je. Lebih 2 ke 3 inci je dari “wrist”.

Kebiasaannya racing glove ini adalah leather. Sebab race dah tentunya risiko tinggi untuk jatuh. Walaupun dekat dalam track tapi kalau tak pakai safety item, korang akan injured. Glove kulit akan dapat kurangkan risiko tangan korang cedera.

Kalau pakai textile mungkin sekali jatuh, korang kena buang terus glove tu. Komfem koyak. Leather akan tahan sikit la. Lagipun design untuk race glove ni biasa nya akan guna lapisan yang agak tebal untuk tujuan keselamatan pemakainya.

Jenis #3 – Touring

Pada yang suka ride jauh-jauh tu korang mungkin kena pakai jenis touring ni. Sebabnya ianya memang direka khas untuk keselesaan rider untuk perjalanan jauh. Kena padan dengan bike jenis “touring” la juga kan. Tapi kalau naik motor jenis lain pun boleh pakai.

Tak semestinya sama jenis motosikal dan glove. Yang penting kegunaan glove tersebut untuk apa korang pakai. Glove touring ini guna material textile. Hybrid pun ada dimana bahagian tapak tangan guna kulit, bahagian atas pula guna textile.

Kedua-dua material ini sesuai kerana untuk bagi aliran angin masuk ke dalam tangan. Jadi takdelah terlalu panas sangat. Kalau kulit memang berpeluh la jawabnya. Lagi satu touring glove ini sama panjang macam race glove.

Ianya panjang sebab untuk extra protection pada bahagian tangan. Maklumlah jalan jauh. Jadi key untuk touring glove adalah extra protection dan tak panas.

Jenis #4 – Dirt

Okay jenis yang terkhir ini adalah untuk kegunaan bagi mereka yang minat dengan sukan motocross atau motosikal lasak. Dari segi design, dirt glove adalah paling simple. Tak banyak padding dan protection pada glove.

Nampak macam glove biasa sahaja. Material yang digunakan adalah textile. Tapi selalunya glove jenis dirt ini memang akan pakai fit pada tangan. Sebab yang paling penting untuk motocross adalah grip dan keselesaan ketika memandu.

Seperti yang umum ketahui, aktiviti motocross dilakukan dekat track tanah. Jadi tak perlu glove yang tebal dan banyak protection sebab kalau jatuh pun impact untuk luka tangan tu kurang. Tapi kena ingat ya, pakai glove bukan untuk lindungi daripada tangan patah.

Kalau jatuh motor tu dalam keadaan terbang dan landing tangan dulu, pakai glove atau tak impact nya tetap sama. Kesimpulannya berhati-hati ketika bawa motor. Aktiviti motocross ni selalunya track berlumpur. Jadi glove kulit memang tak berapa sesuai. Cepat rosak glove tu nanti.

Korang Pakai Jenis Glove Motosikal Yang Mana?

Setiap jenis glove motosikal yang admin senaraikan diatas ini ada tujuan pemakaian tertentu. Contohnya kalau street glove memang tak akan boleh untuk dipakai untuk masuk track. Begitu juga sebaliknya. Bukan tak boleh pakai race glove untuk harian.

Tapi macam “overspec” pula. Lagipun glove untuk race ni harganya selalunya pun boleh tahan. Paling cikai pun RM 500 dan ke atas. Jadi untuk dipakai tiap-tiap hari ulang alik pergi kerja jadi macam tak berapa praktikal la pulak.

Namun begitu kalau korang mampu, apa salahnya. Rule paling penting untuk pemilihan glove adalah selesa dipakai dengan saiz yang sesuai. Jangan pakai glove terlalu besar sebab nanti rasa macam jari terlebih. Kalau ketat sangat pun tak sedap pakai gak.

Kena “ngam-ngam” saiz je. Barulah selesa untuk dipakai. Most of the time orang akan pilih street glove untuk dipakai pada kegunaan harian. Street glove ini juga boleh digunakan untuk kesemua aktiviti kecuali “race” sahaja yang tak boleh.

Itu pendapat admin lah kan. Tapi tak semestinya sama dengan pendapat korang. Sekiranya korang ada sebarang pandangan, cadangan mahupun komen, sila berbuat demikian pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *