Jenis Kayu Untuk Gitar Yang Selalu Digunakan

by | Dec 3, 2020 | Music

Semua orang tahu yang gitar adalah salah satu instrument yang diperbuat daripada kayu. Tapi korang tahu tak jenis kayu untuk gitar yang sering digunakan? Komfem ramai yang belum tahu pasal ini. Jadi admin nak story sikit pasal material untuk gitar.

Of course ada banyak jenis kayu dalam dunia ini. Kalau diikutkan semua pun korang boleh je guna untuk buat gitar. Tapi sama ada ianya sesuai atau tidak, itu belum pasti. Kena tengok jenis kayu. Mungkin ada yang dari segi ketahanan ia kuat tapi tak boleh hasilkan bunyi yang sedap.

Kalau bunyi sedap tapi kayu tak tahan pun tak boleh juga. Sekejap je nanti dah mula reput. Jadi kena seimbang antara kedua-dua faktor ini. Tapi macam mana pun kena tengok dulu senarai dibawah untuk tahu kayu jenis apa yang selalu digunakan.

9 Jenis Kayu Untuk Gitar Yang Popular

Element yang paling penting dalam pembentukan sound yang dihasilkan gitar adalah kayu yang digunakan. Bila berkaitan dengan bunyi, mestilah orang nak kan yang sedap. Setiap jenis kayu ada karakter tersendiri. Lain kayu, maka lain lah juga bunyi yang akan dihasilkan.

Memang kalau sekali imbas tak akan dapat bezakan bunyinya. Pada yang tak main gitar atau bukan pemuzik, memang tak akan dengar bezanya. Of course, kayu gitar bukanlah segalanya yang membezakan bunyi gitar. Tapi ianya salah satu faktor penyumbang terbesar.

Berikut adalah beberapa jenis kayu yang sering digunakan dalam pembuatan gitar di seluruh dunia. Cuba check ada tak jenis kayu gitar korang dekat sini…

Type #1 – Alder

Kayu alder atau lebih dikenali sebagai Alnus merupakan sejenis kayu yang banyak digunakan dalam penghasilan body gitar. Ianya agak ringan dan mempunyai tone yang agak balance. Tak terlalu bright dan tak juga terlalu warm. Tapi lebih kepada bright kalau tengok tone chart.

Nak tahu bunyi kayu alder ni macam mana? Korang cuba try gitar fender Stratocaster. Itulah signature bagi sound yang dihasilkan kayu alder. Sebab kebanyakkan daripada gitar fender Stratocaster yang popular adalah daripada kayu alder.

Dah jadi macam trademark bila sebut fender strat je komfem orang akan ingat kayu alder. Ada yang pakai fender Stratocaster tak dekat sini? Komfem korang perasan kan karakter bunyi kayu alder ni. Admin belum mampu lagi nak beli fender strat. Nanti boleh buat video review kayu alder.

Type #2 – Basswood

Untuk jenis kayu yang kedua ini pula, karakter bunyi hampir sama dengan alder. Tapi basswood pula cenderung ke arah “warm” sikit. Overall masih boleh dikatakan sebagai balance. Basswood pun kayu yang ringan. Jadi kalau gitar elektrik memang sesuai lah kayu ni.

Kayu basswood atau lebih dikenali sebagai Tilia Americana ini memang banyak gitar yang pakai. Selalunya guna untuk buat body gitar. Antara gitar yang selalu guna basswood adalah Ibanez, EVH, Jackson dan ESP.

Apa yang admin perhatikan, kebanyakkan guitar hero akan pakai basswood. Contohnya seperti Steve Vai, Eddie Van Halen dan juga Paul Gilbert. Mungkin sebab tone yang agak balance kot. Tapi admin tak pasti lah sebabnya kenapa diorang banyak pilih basswood.

Type #3 – Mahogany

Ini boleh dikatakan kayu gitar kegemaran admin. Ianya sesuai untuk digunakan sama ada untuk body dan juga neck. Mahogany biasanya agak berat dan tone yang dihasilkan adalah warm. Pada yang tak suka bunyi yang terlalu tajam, then mahogany adalah sesuai untuk korang.

Kalau sebut kayu mahogany, orang akan ingat gitar Gibson. Sebab kebanyakkan gitar Gibson yang popular guna kayu mahogany. Model Gibson yang popular dengan kayu mahogany adalah seperti Les Paul, SG, Explorer dan juga Flying V.

Untuk player guitar pula tak payah cerita la. Memang ramai giler pakai gitar kayu mahogany ini. Antaranya Slash (Guns n Roses), Gary Moore, Angus Young (ACDC) dan Carlos Santana. Ada banyak lagi tapi tak dapat nak list kan semua.

Type #4 – Swamp Ash

Kayu ini sering dikaitkan dengan jenama Fender. Pada model awal keluaran fender banyak menggunakan kayu Swamp Ash. Kayu yang lebih dikenali sebagai Fraxinus ini mempunyai tone yang agak bright. Sesuai untuk buat body gitar.

Tapi disebabkan kayu ini dah semakin sukar untuk didapati, jadi fender dah tak keluarkan lagi dah model fender dengan kayu swamp ash. Jadi yang ada sekarang di pasaran mungkin balance daripada yang dulu-dulu sahaja.

Type #5 – Maple

Kayu maple ini selalunya jarang orang guna untuk buat body. Selalunya lebih digunakan untuk bahagian neck dan juga fret board. Kalau ada pun bahagian atas body atau orang selalu panggil top manakala bahagian bawah guna kayu lain.

Kebanyakkannya yang sering partner dengan maple adalah kayu mahogany. Kalau ade terbaca spec sheet tulis flamed maple top tu iye lah tu. Untuk karakter bunyi pula, kayu maple menghasilkan tone yang bright.

Type #6 – Rosewood

Sama seperti kes maple, kayu rosewood ini juga sering dijadikan fret board. Rasanya sangat rare untuk jumpa gitar yang guna body daripada kayu rosewood. Kalau fret board memang berlambak. Kebanyakkan gitar elektrik akan pakai rosewood fret board.

Dari segi tone yang dihasilkan pula, rosewood lebih kepada warm tone. Admin juga memang sukakan tone yang terhasil daripada rosewood. Sebab kalau tajam sangat pun tak best juga. Maybe kena dengan selera admin la kot.

Type #7 – Ebony

Satu lagi kayu yang sering digunakan untuk bahagian fret board. Cara nak kenal fret board Ebony adalah tengok warnanya yang agak gelap kehitam. Kalau compare dengan rosewood, ebony akan nampak lebih gelap. Nampak rosewood warna macam coklat gelap.

Kegunaan untuk body gitar dan neck rasanya tak ada kot. Tone yang dihasilkan oleh kayu ebony ini adalah bright. Memang completely bertentangan dengan rosewood. Walaupun rupa nak lebih kurang sama. Tapi bunyi lain.

Type #8 – Pau Ferro

Last kayu untuk fretboard. Pau ferro adalah antara kayu yang baru je digunakan untuk pembuatan gitar secara mass production. Walaupun dulu pun ada sebenarnya cuma tak banyak gitar yang guna pau ferro ni.

Sekarang ini ianya lebih dikenali sebagai alternatif kepada rosewood. Mungkin sebab rosewood da susah nak dapat agaknya. Dari segi warna ianya lebuh kurang rosewood cuma lebih terang sikit.

Jika nak dibandingkan dengan rosewood dan ebony pasal tone, pau ferro ni dekat tengah-tengah. Tak terlalu bright macam ebony, dan ade feel sikit macam rosewood. Jadi pada yang nak kelainan boleh try gitar yang pakai pau ferro fret board ni.

Type #9 – Agathis

Last but not least, kayu agathis yang sering orang gunakan dalam pembuatan body gitar. Dari segi character, ianya dikatakan lebih kurang dengan basswood. Ringan dan tone agak balance diantara warm dan bright.

Tapi agathis ini selalu dikaitkan dengan gitar murah. Mungkin sebab kayu ini senang nak dapat kot. Lagipun memang banyak brand gitar yang gunakan agathis sebagai material untuk low end model.

Mana Satu Jenis Kayu Untuk Gitar Paling Best?

Banyak lagi kayu yang selalu digunakan untuk buat gitar. Tapi admin tak senaraikan dekat atas sebab tak banyak yang berada dipasaran. Yang admin list kan ni kiranya antara yang popular je lah. Selain dari popular adalah sound yang best.

Kalau tanya pendapat admin, jenis kayu untuk gitar mana yang paling best, jawapan admin adalah mahogany dan rosewood fret board. Kombinasi yang sangat sesuai dengan sound warm. Tapi mungkin tak sama dengan korang.

Pada yang nak sound bright mungkin akan suka kan combination alder dan maple. Seperti kebanyakkan gitar fender strat dan fender telecaster gunakan. Pada yang sukakan sound yang balance mungkin kena guna kayu basswood.

itu cuma pendapat admin. Boleh share korang punye pendapat, cadangan dan komen tentang sound gitar dengan kayu gitar yang korang ada pada ruangan yang telah disediakan dibawah ini…

Sumber : Sound Unlimited

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *