Jenis Motosikal Yang Berada Dipasaran Malaysia

by | Nov 11, 2020 | Motorsports

Kalau dilihat dalam Malaysia ini, motosikal merupakan antara transport pilihan rakyat. Bukti pada “statement” tersebut adalah terdapat pelbagai jenis motosikal dapat kita lihat diatas jalanraya. Itu dah cukup menunjukkan ramai orang suka motosikal.

Seperti yang admin ada kongsikan sebelum ini tentang kelebihan motosikal berbanding kenderaan lain, ianya menjadikan peminat motosikal bertambah ramai. Tapi itu tak bermakna yang orang tak nak naik kereta pulak.

Bergantung kepada destinasi dan juga jarak perjalanan. Kalau jauh dan nak pergi ramai, seeloknya naik kereta lah kan. Tapi trend sekarang ni ramai juga yang suka pergi “ride” dengan kawan-kawan. Kira macam hobi masa ketika masa lapang.

Apa-apa pun kita kena tahu dulu apa jenis motosikal yang berada dan juga terhangat di pasaran masa kini. Daripada situ barulah boleh pilih motosikal yang bersesuaian dengan kita. Betul tak? So korang kena baca dekat bawah pasal jenis motosikal dulu…

8 Jenis Motosikal Yang Biasa Tengok Di Jalanraya

Kalau nak diikutkan memang ada banyak jenis. Tapi apa yang admin compile kan dalam artikel ini adalah bersumberkan Motorcycle Legal Foundation. Senang cerita pembahagian type motosikal yang general. Tak go deep ke sub-type dan hybrid type.

Sebab admin ada survey dan buat pembacaan, memang banyak sub-type kepada motosikal. Maklumlah dunia sekarang ni dah maju. So perkembangan teknologi motosikal juga berevolusi seiring dengan kehendak pengguna.

Cerita panjang-panjang pun tak guna. Baik kita terus ke type of motorcycle yang ada. Check it out guys…

Jenis #1 – Cruiser

Sekali imbas dengar macam kapal pulak bunyi nya. Tapi motor ni tetap tak boleh belayar diatas air. Cuma boleh “berlayar” di atas highway atau mana-mana jalanraya sahaja. Kalau masuk air, alamatnya tenggelam terus tak timbul.

Selalunya orang panggil cruiser ni sebagai “Chopper”. Bila sebut chopper je komfem korang teringatkan motor Harley Davidson. Kebanyakkan motor yang dikeluarkan oleh jenama ini adalah dalam kategori cruiser.

Kebiasaannya motosikal jenis cruiser ini mempunyai kedudukan seat yang agak rendah. Tapi handle agak tegak ke atas. Jadi bila kita bawa kedudukan tangan agak “straight”. Selalunya orang boleh letak extra box dekat bahagian belakang.

Manakala dari segi spec pula ianya bermula daripada 1000 cc dan ke atas. Boleh kata cc yang agak besar la juga kan. Barulah sedap “meluncur” dekat highway. Sangat recommended kalau ride jauh. Tunggangan agak selesa.

Jenis #2 – Sport Bike

Ini merupakan jenis yang paling ramai peminat. Komfem punyalah. Admin juga salah seorang daripada peminat Sport Bike. Tapi masih belum mampu nak beli. Nak try bawa member punya pun tak berani. Takut apa-apa jadi nanti nak kena ganti pula.

Motosikal Sport Bike kebiasaannya ringan sebab part banyak diperbuat daripada aluminium. Sesuai dengan nama “sport”, ianya di design untuk dapatkan kelajuan. Bentuk yang aerodynamic serta gaya pemanduan yang agak menunduk kebawah.

Sebabnya seat agak tinggi. Jadi pada yang tak berapa nak tinggi tu, memang sukar untuk nak bawa motor jenis ini. Motor jenis ini juga sering kelihatan pada “track day” dekat litar lumba. Sebab kalau nak race kena pergi litar.

Motor jenis ini boleh dibahagikan kepada dua. Iaitu Sport Bike dan juga Super Bike. Super Bike biasanya 600 cc dan ke atas. Bawah daripada itu orang panggil sport bike. Korang minat yang mana satu? Sport bike atau Super bike? Tentulah Super Bike kan.

Jenis #3 – Touring

Okay yang jenis ini admin selalu confuse dengan cruiser. Tapi apa yang paling penting adalah motor touring ni selalunya besar “gedabak”. Dengan box dekat belakang dengan tepi. Memang design untuk pergi konvoi jauh. Boleh bawa pembonceng dengan selesa.

Dari segi pemanduan ianya lebih kurang dengan cruiser tapi bawa motor jenis touring ini lebih selesa dan lebih egronomic sebab ada windshield dibahagian depan. Jadi boleh ride jauh dengan selesa. Kalau takat nak pergi Krabi tu kira selamber jek lah.

Contoh motor touring yang paling famous adalah Honda Goldwing seperti gambar diatas. Pergh memang cantik. Tengok seat belakang siap ada tempat bersandar lagi. Kalau bawa orang rumah, diorang boleh tidur dekat belakang tu…

Jenis #4 – Sport Touring

Motosikal jenis sport touring ini adalah gabungan antara sport bike dengan touring. Seat height menyamai sport bike. Tapi ada ruangan extra luggage di bahagian side dan belakang. Dari segi engine pula ianya lebih kurang range sport bike.

Jadi pada yang minat cara pemanduan sport bike tapi nak bawa banyak barang, maka sport touring adalah motosikal yang paling sesuai untuk korang. Pada admin sekali tengok tak banyak beza motor touring dengan sport touring ni.

Dari segi design lebih kurang je. Cuma mungkin kena try duduk dulu kot baru boleh beza dengan lebih jelas. Nantilah kalau berkesempatan admin pergi try. Apa-apa admin akan update dekat sini balik nanti. So korang kena tunggulah kan…

Jenis #5 – Off Road

Mungkin ada yang tak pernah dengar motor off road. Sebab kurang orang sebut off road. Lebih ramai yang panggil “Dirt Bike”. Atau dalam bahasa kampung nya motor scrambler. Tak kisahlah korang panggil apa, tapi itulah jenis motor nya.

Ciri-cirinya adalah fork depan yang panjang dan body yang ringan. Design memang untuk ke track motorcross. Memang selalunya kelihatan rider terbang dengan motor bila beraksi. Tayarnya pun tak sama macam yang digunakan motor biasa.

Bunga tayar agak timbul untuk cengkaman yang lebih pada tanah. Kalau pakai tayar slick memang pakat tak gerak la jawabnya. Kebiasannya motorsikal off road ini kurang digunakan atas jalan raya biasa. Kecuali untuk jarak dekat boleh lah.

Jenis #6 – Dual Sport

Pada yang nak bawak motor off-road ke jalan raya, then motor jenis dual sport inilah alternative yang paling terbaik untuk korang. Sebab ciri-ciri yang ada pada off-road, ada pada dual sport. Dengan penambahan spec ala-ala sport bike.

Letak box dekat belakang pun boleh. Jadi agak versatile la jenis dual sport ini. Nak masuk highway pun boleh. Kalau nak ride jalan off road pun boleh. Tak jadi masalah. Walaupun takdelah serupa dengan off road bike ataupun sport bike.

Tapi kira okaylah kan. Ianya memberi lebih “freedom” untuk korang pergi ride. Takdelah hadap highway je. Sesekali boleh juga pergi jalan yang “off road” pula. Kira 2 in 1 la kan. Tak rugi beli jenis dual sport ni…

Jenis #7 – Scooter

Yang ni rasanya semua pun familiar. Scooter memang berlambak diatas jalan raya dekat Malaysia. Orang ramai pakai untuk berulang alik pergi kerja. Sebabnya scooter ni mudah menyelit di celah kenderaan terutamanya ketika jalan jammed.

Ciri-ciri scooter adalah transmission automatic dan kebiasannya ada luggage compartment dibahagian bawah seat. Boleh simpan sebijik helmet dekat situ. So agak senanglah kalau nak parking dekat mana-mana. Tak perlu risau kendong helmet kesana sini.

Simpan je dekat motor. Risiko helmet tu nak hilang pun kurang. Kecuali pencuri tu umpil seat korang. Tak dapat nak buat apa-apa la. Tapi rasanya diorang tak berani nak buat kot. Sebab susah nak buat.

Jenis #8 – Kapchai

Untuk jenis yang terakhir ini, nama “kapchai” ini hanya digunakan dekat Malaysia sahaja. Dekat tempat lain orang panggil jenis moped. Ada yang lebih power akan dipanggil “super moped”. Tapi ciri-ciri motor jenis ini sama sahaja.

Kerangka yang agak kecil. Begitu juga cc enjin juga daripada 100cc ke 185cc sahaja. Orang suka pakai kapchai ni sebab yang sama orang pakai scooter. Cuma pada yang tak suma transmisi automatic, kapchai la pilihan utama.

Walaupun kecil tapi berbisa tau. Sebab ada motor kapchai yang dah boleh run dekat highway cecah 200km/jam. Gila laju tu. Tapi bahaya la bawa motor laju-laju ni. Tambahan pula bawa kapchai yang ringan. Takut melayang je nanti.

Pada yang menggemari dan nak tahu kapchai  mana yang paling top, boleh baca dekat Top 5 Super Moped dekat Malaysia. Komfem korang dapat jawapan nya dekat situ.

Dah Boleh Pilih Jenis Motosikal Kesukaan Korang?

Banyak juga jenis motosikal yang ada dekat pasaran. Kadang-kadang sampai keliru dibuatnya. Tapi apa yang paling penting adalah minat. Yang mana satu korang paling minat. Lepas tu baru tengok spec dan sebagainya.

Mungkin juga boleh refer dekat tips memilih motosikal yang bersesuaian sebelum korang membuat “final decision”. Tips dekat situ maybe boleh membantu sedikit sebanyak. Kalau admin dah tentu lah super bike. Yang paling admin minat adalah Ducati Panigale.

Tapi apakan daya, mampu pakai kapchai je sekarang ini. Insyaalah mana tau satu hari nanti, akan tercapai hajat admin untuk pakai Ducati. Amin. Sila tinggalkan sebarang cadangan mahupun komen pada ruangan dibawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *