Jenis Plugins WordPress Yang Sering Digunakan Blogger

by | Mar 3, 2021 | Website

Korang dah tahu macam mana cara nak install plugins wordpress kan? Okay kali ini admin nak share jenis plugins wordpress yang selalu orang guna dan korang sebagai pengguna wordpress mesti tahu dan gunakannnya pada website.

Sememangnya terdapat banyak plugins wordpress yang ada dipasaran. Sama ada yang percuma ataupun berbayar. Boleh dikatakan semua website wordpress mesti menggunakan plugins untuk berfungsi dengan baik.

Senang cerita kira memang wajib pakai plugins pada website wordpress. Sama macam korang gunakan theme wordpress untuk design website. Manakala plugins akan buat selain daripada design. Memang kena ada.

Apa Itu Plugins?

Daripada tadi dok cerita pasal plugins tapi mungkin ada yang belum tahu apakah itu plugins sebenarnya. Pada mereka yang baru je nak belajar buat website wordpress, definisi plugins wordpress adalah seperti berikut:

“Plugin adalah perisian yang mengandungi sekumpulan fungsi yang dapat ditambahkan ke laman web WordPress. Mereka dapat memperluas fungsi atau menambahkan ciri baru ke laman web WordPress anda.”

Sumber : WP Beginner

Diringkaskan, plugins digunakan untuk menjadikan sesebuah website wordpress menjadi lebih efficient dengan penambahan fungsi yang tiada pada wordpress basic. Seperti juga theme, plugins boleh korang cari dekat wordpress library.

Korang search je apa plugin yang nak, mesti ada punya. Cuma fungsi yang ada tu menepati citarasa korang atau tak, kena test terlebih dahulu. Kebanyakkan plugins percuma selalunya akan tawarkan solusi yang minima. Macam biasalah, nak lebih kena ambil yang premium.

Kalau try survey ada banyak gila plugins yang available dipasaran. Persoalannya macam mana nak pilih dan yang mana satu penting untuk digunakan? First of all kena tahu jenis plugins. Then baru lah kita boleh install dan guna.

Apakah Jenis Plugins WordPress Yang Ada?

Kalau nak cari sesuatu plugins tanpa tahu apakah function yang ada memang sangat susah. Melainkan korang tahu nama plugins tersebut. Tapi sekurang-kurangnya at least korang kena tahu jenis plugins tersebut untuk memudahkan proses pencarian.

Memang takde pengkhususan sebenarnya pada developer plugin wordpress tapi admin just list kan beberapa jenis merangkap function utama yang sering digunakan untuk sesebuah website wordpress. Jom kita tengok list nya dekat bawah ini…

Jenis Plugins #1 – Security

Korang pernah dengar tak website wordpress adalah diantara website yang paling banyak digodam. Ini kerana jumlah pengguna wordpress yang ramai. Jadi disebabkan oleh itu, plugin security adalah sangat penting untuk website korang.

Antara fungsi plugin security adalah menghalang spam comment, login status, firewall protection dan juga DDOS attack. Mungkin ada lagi yang tak tersenarai, tapi yang penting plugin security adalah untuk menambah “kekebalan” pada laman web korang.

Jenis Plugins #2 – SEO

Pada yang belum tahu, boleh refer dekat artikel apa itu SEO. Plugins ini adalah berfungsi untuk “membantu” dalam memastikan SEO website korang berada dalam keadaan baik. Tapi bukanlah bermaksud install plugin ni terus artikel naik ke first page google.

Cuma ianya merupakan basic guideline sahaja. Tapi sangat membantu terutamanya bagi mereka yang baru belajar buat website dan tak berapa faham tentang macam mana SEO ini berfungsi pada sesebuah website.

Jenis Plugins #3 – Web Traffic

Para blogger mesti kena tahu dan monitor website traffic yang diperolehi sama ada harian, mingguan atau bulanan. Dalam website traffic juga akan tunjukkan page atau post mana yang berjaya menarik paling banyak traffic ke website korang.

Sumber traffic juga penting. Mungkin daripada social media ataupun google search. Jadi memang kena ada plugin yang bantu korang track benda ni. Antara yang popular adalah Jetpack dan google analytic.

Jenis Plugins #4 – Ecommerce

Yang nak jadikan website korang jadi kedai online atau menjual barangan secara terus ke pelanggan, then korang memang sangat perlukan plugin ecommerce. Sebab seperti yang umum ketahui, wordpress lebih terkenal sebagai platform untuk blogger.

Tapi ianya tak bermaksud tak boleh digunakan sebagai website ecommerce. Dengan adanya plugin ecommerce ini ianya akan convert website korang terus jadi kedai online. Antara plugin yang paling popular adalah woocommerce.

Jenis Plugins #5 – Website Performance

Selain dari sumber traffic, sesebuah laman web perlu berprestasi tinggi. Antara yang sering orang monitor adalah loading speed. Sebab kalau slow loading, ianya akan membuatkan website korang kehilangan traffic.

Selain daripada itu SEO ranking juga akan effect. Jadi memang sangat penting website performance ini. Plugin dalam jenis ini ada banyak. Ada yang bundle one step solution untuk website performance dan ada juga yang khusus pada satu fungsi mikro.

Jenis Plugins #6 – Integration

Tak semua function yang boleh digunakan hanya dengan install plugin. Ini sebabnya ada sebahagian fungsi yang complex memerlukan 3rd party service provider. Sebagai contoh system payment gateway dan social media.

Bila nak menghubungkan laman web korang dengan website lain yang admin nyatakan diatas, kena ada plugin untuk intergration. Biasanya service provider tu sendiri akan sediakan plugin untuk integration. So boleh tanya je terus ataupun search dekat google. Komfem jumpa.

Jenis Plugins #7 – Website Builder

Sekarang ni nak design website yang cantik tak perlu tahu coding pun. Semua drag and drop je atau pilih layout yang dah siap design menarik. Cara yang paling mudah untuk guna function yang admin cerita ni adalah dengan guna plugin website builder.

Sekarang ni yang paling famous adalah Elementor. Sebab ianya free dan senang nak guna. Ada lagi beberapa yang lain tapi kena bayar. Ada juga theme yang build in website builder sekali. Contohnya Divi. Macam theme yang admin pakai sekarang ni…

Jenis Plugins #8 – Marketing

Website juga perlu dibuat marketing bagi mendapat lebih banyak traffic. Terdapat pelbagai cara untuk korang buat marketing antara yang paling berkesan adalah menggunakan social media dan google ads. Tak lupa juga email marketing.

Jadi plugin untuk marketing kalau korang install akan bantu mudahkan proses korang buat marketing. Nanti admin akan story lebih lagi dekat artikel lain untuk korang lebih faham apa fungsi plugin jenis marketing ini.

Jenis Plugins WordPress Apa Yang Kena Pakai?

Secara general nya jawapan admin adalah semua jenis plugins wordpress kena pakai. Tapi macam mana pun korang kena refer balik tujuan asal untuk korang buat website. Contohnya kalau nak buat personal blog, jadi plugin untuk ecommerce mungkin tak relevan untuk korang.

Kalau kena pilih yang penting, admin akan pilih security, SEO dan juga website performance. Sebab 3 item ini adalah core kepada sesebuah website. Yang lain tu kemudian boleh tambah. Tapi first sekali kena ada 3 jenis plugin ini.

Terutamanya bagi yang baru nak start build traffic. Bila dah mula ada visitor konsisten mungkin kena add on website traffic monitoring plugin. Tapi itu kalau tanya admin lah kan. Korang pula macam mana? Boleh share sebarang pendapat pada ruangan komen dibawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *