Kekurangan Blogspot Yang Kena Consider Sebelum Gunakan

by | Jan 9, 2022 | Website

Pada artikel sebelum ini admin ada nyatakan tentang kelebihan blogspot. Dimana memang terdapat banyak kelebihan yang korang perolehi apabila gunakannya sebagai platform untuk blogging. Tapi disebalik itu, korang juga perlu tahu kekurangan blogspot.

Sebab tak ada benda dalam dunia ini adalah perfect. Mesti ada kekurangan. Samalah juga dengan Blogspot ni. Pada yang dah guna, masih boleh teruskan takde masalah. Cuma kena baca juga artikel ini sampai habis untuk ambil tahu apakah kekurangan blogspot yang ada.

7 Kekurangan Blogspot Yang Kena Tahu

Pada yang baru nak bermula, wajib baca kedua-dua artikel iaitu kelebihan dan kekurangan blogspot. Kemudian buat perbandingan sebelum decide untuk guna. Sebab kalau dah start separuh jalan, then lepas tu baru tersedar ada banyak masalah memang leceh.

Kalau nak tukar ke platform blogging yang lain memanglah boleh. Masalahnya adalah nak mulakan semula daripada zero sampailah siap website pada platform lain bukanlah suatu yang mudah. So better baca dan nilaikan terlebih dahulu apa yang admin nak share dekat bawah ini.

kekurangan blogpsot

Point #1 – Owned by Google

Seperti yang ramai dah tahu, blogspot adalah blogging platform dibawah Google. Dimana kalau nak buat laman blogspot, hanya perlu register account google dan terus boleh gunakannya. Memang teramatlah senang. Tak perlu beli hosting pun.

Of course memang itu antara kelebihannya. Tapi apa yang tak best adalah laman web korang adalah kepunyaan google. Walaupun account, content dan setting semuanya adalah korang yang buat. Tapi at the end of the day, google memiliki website tersebut.

Kenapa admin cakap macam tu adalah kalau google merasakan artikel korang melanggar sebarang garis panduan yang ditetapkan, website tersebut akan kena banned. Account korang mungkin akan disable. Even korang tak buat salah pun, google ada power untuk berbuat demikian.

Sebabnya adalah website korang tu menumpang hosting google. Mereka berhak untuk banned website yang dirasakan perlu. Kira macam korang sewa rumah la kan. Tuan rumah halau terpaksalah juga keluar. Walaupun kita bayar sewa tak pernah miss.

Point #2 – Subdomain Blogspot

Selain menumpang hosting, korang juga menggunakan subdomain google iaitu blogspot. Dimana subdomain ini juga korang tak perlu bayar. Tapi jika visitor datang melawat ke laman blog kita, secara automatic akan tahu yang ianya adalah blogspot.

Sebab tertulis dengan jelas dekat url korang. Nampak macam tak berapa professional. Tapi still boleh tukar nama domain dengan cara beli yang lain dan point domain tersebut ke laman blogspot. So dah tak semua percuma. Kena beli domain pula. Sama macam website dekat platform lain.

Point #3 – Theme Customization

Ini sangat penting sebab bagi yang nak customize design website dengan menggunakan blogspot adalah suatu perkara yang sangat sukar. Ini disebabkan theme blogspot adalah limited dari segi fungsi untuk design.

Memanglah theme ada banyak. Yang percuma pun boleh dapatkan. Tapi nak yang betul-betul kena dengan citarasa korang agak susah sikit. Kalau nak buat custom design korang terpaksa bermain dengan coding. Ianya bukan suatu yang mudah.

Tak tahu buat coding tapi nak buat custom design, terpaksalah cari web developer yang expert dalam blogspot design. Persoalannya berbaloikah korang berbelanja untuk bayar web developer bagi sebuah laman blogspot?

Point #3 – Theme Customization

Ini sangat penting sebab bagi yang nak customize design website dengan menggunakan blogspot adalah suatu perkara yang sangat sukar. Ini disebabkan theme blogspot adalah limited dari segi fungsi untuk design.

Memanglah theme ada banyak. Yang percuma pun boleh dapatkan. Tapi nak yang betul-betul kena dengan citarasa korang agak susah sikit. Kalau nak buat custom design korang terpaksa bermain dengan coding. Ianya bukan suatu yang mudah.

Tak tahu buat coding tapi nak buat custom design, terpaksalah cari web developer yang expert dalam blogspot design. Persoalannya berbaloikah korang berbelanja untuk bayar web developer bagi sebuah laman blogspot?

Point #4 – Plugin

Jika tadi berkaitan dengan design, point ini pula berkenaan function. Dekat laman blogspot tak boleh install apa-apa plugin bagi menambah function tertentu pada website. Korang hanya boleh guna apa setting default yang ada sahaja.

Sebagai contoh dengan menggunakan blogspot, korang tak boleh buat kedai online seperti e-commerce. Blogspot juga tak membenarkan integration dengan mana-mana payment gateway untuk terima bayaran secara terus daripada blog korang.

Memang purely untuk blogging semata-mata. Kalau nak menjual barang dan gunakan payment gateway mungkin perlu link ke landing page yang berlainan. Dah jadi satu kerja pula nak design landing page dekat tempat lain.

Point #5 – Ranking

Bila bercakap tentang blogging, semestinya nak laman web kita berada pada ranking tertingi dekat SERP. Depends pada keyword tertentu, kita seboleh-bolehnya nak artikel terletak di kedudukan yang pertama dalam result enjin carian google.

Tapi dengan laman blogspot, ianya agak sukar untuk rank dengan baik. Terutamanya bagi yang menggunakan subdomain “blogspot”. Kalau tak percaya boleh try search dekat google keyword yang “hot” dan cuba survey berapa banyak website blogspot berada pada first page?

Boleh dikatakan hampir takde. Ini disebabkan wujud banyak laman web “spam” menggunakan subdomain blogspot. Ini secara tak langsung telah merosakkan reputasi subdomain ini. Kalau nak guna blogspot juga tapi nak rank dengan bagus, kena guna domain sendiri.

Point #6 – Monetization

Salah satu daripada punca orang buat blog adalah untuk mendapatkan income. Sama ada side income atau full time, tujuannya sama. Nak buat duit dengan website. Termasuklah yang nak gunakan blogspot sebagai blog untuk jana income.

Salah satu cara yang paling famous untuk buat duit adalah dengan pengiklanan google adsense. Dimana boleh enable monetize dan google akan display iklan dekat laman web korang. Apabila orang click pada iklan tersebut, korang akan dibayar.

Nampak macam mudah je kan? Tapi bila korang guna blogspot, approval untuk blogspot bukanlah semudah yang disangka. Selain itu kalau approve pun, income daripada adsense tak dapat 100% seperti pada blog yang gunakan hosting sendiri.

Point #7 – Future of Blogspot

Buat masa ini memang blogspot declare bahawa ianya adalah platform blogging percuma yang korang boleh gunakan. Tapi sampai bila ianya akan percuma? Agak-agak kalau google nak charge setiap laman blogspot untuk hosting, possible tak?

Korang tak boleh menafikan google sebab terms boleh berubah ikut apa yang mereka mahukan. Selain daripada itu, apabila website korang dah semakin banyak traffic, macam mana nak upgrade? Kalau nak transfer ke hosting sendiri ianya tak boleh dilakukan.

Melainkan korang terpaksa gunakan CMS yang berlainan. Bagi yang tak tahu boleh baca dekat apa itu CMS untuk lebih detail. Walaupun boleh guna CMS yang lain, tapi proses pindahkan blog tersebut adalah complicated.

So Boleh Buat Blog Dengan Blogspot Ke Tak?

Admin tak kata tak boleh guna blogspot sebagai platform untuk blog korang. Cuma kena consider kekurangan yang ada. At least korang dah tahu apa yang tak boleh dibuat pada blogspot dan mungkin boleh fikirkan alternatif.

Pada pendapat admin, bagi yang plan untuk jadikan blog sebagai sumber pendapatan contohnya affiliate, dropship, adsense dan kedai online, better gunakan website yang ada hosting sendiri. Untuk jangka masa panjang pun lebih bagus sebab nanti tak perlu nak transfer website.

Nak buat website mungkin tak susah. Tapi nak transfer satu website yang dah ada traffic dan korang buat duit dari situ, bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya akan effect income semasa dalam proses transfer tersebut.

Bagi yang belum ada experience dalam penulisan blog dan berminat untuk mencuba then boleh gunakan blogspot sebagai suatu platform untuk pendedahan. Kalau rasa sesuai then boleh teruskan. Takde masalah asalkan ianya menepati kehendak dan citarasa korang.

Setakat itu sahaja yang admin dapat kongsikan berkenaan kekurangan blogspot. Semoga apa yang dikongsi dapat memberikan sedikit input dan manfaat pada korang. Sekiranya terdapat sebarang komen boleh berbuat demikan dekat bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.