Kelebihan AutoCAD Berbanding Software Design Lain

by | Jun 12, 2021 | Creative

Ada tak dikalangan pembaca yang tak pernah dengar AutoCAD? Kalau yang tak pernah tu mungkin bukan dari background engineering. Tapi takde masalah sebab admin nak share tentang kelebihan AutoCAD berbanding software yang lain.

Jika sebelum ini admin ada tulis berkenaan software buat engineering design. Memang ada banyak sebenarnya software yang berkeupayaan untuk buat design dalam bidang engineering. Salah satu daripadanya adalah AutoCAD.

Akan tetapi, apa yang membuatkan AutoCAD lebih menonjol daripada yang lain? Kenapa lebih ramai yang gunakan AutoCAD? Persoalan yang timbul ini bakal terjawab apabila korang terus membaca artikel ini sampai habis.

5 Kelebihan AutoCAD Yang Menjadi Pilihan Ramai Engineer

Admin dah guna software AutoCAD sejak universiti lagi. Cuma masa belajar dulu banyak main-main. So bila start keje dan kena buat drawing mula lah gelabah. Itu tak ingat, ini tak tau. So terpaksalah study balik. Tambahan pula pertukaran version menyebabkan macam belajar semula.

Layout dah tak sama, button dah lain daripada yang admin belajar dulu. Tapi once dah jumpa, ianya tak lah susat sangat sebenarnya. Cuma kena selalu buat. Sebab kalau lama tinggal, memang lupa. Even sekarang ni pun kalau dah lama tak buat drawing memang lupa habis dah.

Rasanya ramai engineer diluar sana yang menggunakan software AutoCAD untuk urusan kerja. Sebab memang banyak kelebihan AutoCAD ni sebenarnya. Nak tahu apa kelebihannya? Teruskan membaca dekat bawah ini…

Advantage #1 – Simple Layout

Memang kalau update version selalunya akan ada sedikit perubahan terhadap layout. Tapi ianya bukanlah major changes. Sebab dari dulu masa admin mula-mula pakai sampailah ke version yang terbaharu, layout mostly hampir sama.

Cuma sikit kedudukan button atau feature sahaja yang dialih dan ditambah baik. Pada yang tak pernah gunakan AutoCAD, admin yakin sekali buka sahaja korang dah boleh kuasai dengan baik. Sebab layout sangat straight forward dan user friendly.

Apa yang korang kena belajar adalah nama fungsi tertentu untuk bantu korang buat drawing. Dalam version yang terkini, setiap function ada simple explanation. Just hover pada button function tu dan boleh baca untuk ketahui apakah fungsi tersebut.

Bukan setakat explanation, malahan step by step untuk buat sesuatu function itu pun ada. Korang just follow arahan satu persatu sampai lah jadi apa yang korang nak buat. Arahan tersebut selalunya terletak pada bahagian “command box” dekat bawah.

Advantage #2 – Feature Rich

Ini adalah salah satu sebab yang paling penting kenapa AutoCAD digemari ramai. Satu software untuk engineering design yang complete. Yang tak boleh buat hanya lah simulation sahaja. Selain daripada itu yang berkaitan engineering design semua boleh.

Walaupun AutoCAD selalunya popular dengan drawing untuk layout, diagram atau plan 2D, tapi ianya juga boleh buat complex design seperti solid dan surface modelling. Cuma yang itu memerlukan skill yang advance untuk buat.

Tapi korang still boleh buat gunakan AutoCAD. Jadi tak perlu belajar banyak software just untuk complete kan satu task atau job. Pakai AutoCAD je terus setel semua. Even nak buat simple animation untuk present design korang pun boleh.

Advantage #3 – Common File Format

Satu lagi kelebihan AutoCAD yang admin suka adalah format file yang universal. Boleh dikatakan hampir semua software design engineering recognize format AutoCAD. Jadi kalau nak transfer data lebih mudah sebab format .dwg boleh dibaca kebanyakkan software lain.

Selain itu AutoCAD juga membolehkan korang export drawing atau design korang dalam bentuk file yang common untuk windows. Contohnya export ke format JPG, PNG dan PDF. Ini adalah sangat penting terutamanya kalau korang nak print drawing.

Kadang-kadang workstation tak ada access ke printer. So korang terpaksa transfer file dari workstation ke PC ataupun laptop untuk print. Masalah akan timbul apabila PC atau laptop tersebut tak ada AutoCAD. So tak boleh buka fail.

Jadi kalau korang dah export ke format-format yang admin nyatakan diatas, terus boleh buka dan print. Memang sangat memudahkan kerja korang kan? Situasi yang admin ceritakan ini adalah selalu terjadi dekat engineering office. Tapi ofis admin la. Korang punya ofis admin tak pasti.

Advantage #4 – All Engineering

Software engineering design sudah tentunya akan digunakan oleh para engineer. Seperti yang umum ketahui, engineering ada pelbagai pecahan dan setiap bidang ada keperluan design yang berbeza. Termasuklah drawing yang dihasilkan.

Contohnya untuk mechanical drawing selalunya akan tunjukkan isometric view dan sudut pandangan berbeza sesebuah part atau komponen. Manakala electrical pula lebih kepada diagram sambungan wiring daripada supply sehinggalah electrical equipment.

Civil pula lebih banyak lukisan layout plan yang memberi gambaran tentang keseluruhan bangunan sehinggalah detail kawasan tertentu. Jadi ianya berbeza-beza. Tapi AutoCAD boleh digunakan semua cabang engineering.

Ada sesetengah disiplin engineering, AutoCAD ada keluarkan versi khusus. Antaranya AutoCAD Electrical, AutoCAD Mechanical dan banyak lagi. Dalam versi tersebut memang khas untuk disiplin engineering tersebut. Kalau electrical, ada banyak symbol electrical yang boleh guna terus.

Tanpa korang lukis semua satu persatu symbol tersebut. Begitu juga dengan versi yang lain-lain. So ianya sangat membantu para engineer menyiapkan drawing lebih cepat.

Advantage #5 – Banyak Tutorial

Mungkin ada engineer yang tak belajar AutoCAD semasa di Universiti sebab mereka gunakan software engineering design yang lain. Ataupun mungkin ada yang tak ada background engineering tapi nak kena buat drawing atau design.

Tak jadi masalah sebab komuniti pengguna AutoCAD memang ramai. Ada diseluruh dunia. Pada yang terasa nak belajar, korang boleh cari tutorial dekat google dan youtube. Komfem jumpa sebab memang ramai yang buat tutorial.

Even dekat laman official developer AutoCAD iaitu AutoDesk pun ada serba sedikit tips untuk guna softaware ini. Jadi tak perlu risau kalau tak tahu nak gunakan AutoCAD sebab boleh belajar daripada tutorial. Cuma korang nak belajar atau tak je lagi.

Memang Terbaek Kan AutoCAD Ni Sebenarnya?

Boleh dikatakan admin dah gunakan software AutoCAD ini lebih daripada 10 tahun. Walaupun dah agak berpengalaman tapi admin juga still belajar. Sebab kadang-kadang ada feature tertentu yang tak pernah guna langsung. So memang langsung tak tahu nak gunalah kan.

Tapi setakat ini memang ianya banyak membantu dalam urusan kerja terutamanya dalam design layout, equipment dan komponen. Admin ada juga guna beberapa lagi software engineering design tapi still AutoCAD ini paling banyak digunakan.

Bagi yang ada experience menggunakan AutoCAD, boleh kongsikan pengalaman korang. Tinggalkan sebarang cadangan, pandangan ataupun komen pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini. Thank you in advance…

Sumber : Educba

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *