Kelebihan Blogspot Yang Jadikan Ianya Popular

by | May 10, 2021 | Website

Salah satu diantara platform laman web percuma yang paling ramai orang gunakan untuk buat website adalah Blogspot. Terdapat banyak kelebihan blogspot ni berbanding platform blogging yang lain. Ini menjadikan ianya begitu popular dan ramai orang pakai.

Admin juga pernah ada blog daripada blogspot. Masa tu mula-mula belajar blogging. Kira macam try and error. Tak pandai buat tapi belasah je. Nak cuba yang lain tak tahu. Bila tanya orang, ramai yang suruh cuba blogspot. So apa lagi, try je lah.

Tapi malangnya pada ketika itu, semangat buat blog macam hangat-hangat tahi ayam je. Mula je semangat. Lepas buat 2, 3 post terus jadi malas. Dan terus tinggal bersawang blogspot tu. Sampailah sekarang. Tak tahu wujud lagi ke tak blog tu.

Faktor & Kelebihan Blogspot Yang Perlu Korang Tahu

Bila sesuatu barang tu ramai orang beli, mestilah ianya bagus kan? Itu secara logiknya la kan. Tapi memang selalunya macam tu. Begitu jugalah dengan blogspot. Mungkin ada yang belum tahu blogspot ni apa bendanya.

Blogspot atau laman web rasminya, blogger adalah satu platform yang dibangunkan oleh google untuk para pengguna menghasilkan blog. Pada asalnya, ianya dimulakan oleh Pyra Labs yang kemudiannya diambil alih oleh google pada tahun 2003.

Dan platform tersebut bertahan dan terus berkembang seiring dengan peredaran terkini. Antara sebab ianya masih kekal kerana terdapat beberapa kelebihan blogspot yang tiada pada blogging platform yang lain. Jom tengok apa kelebihan tersebut…

Advantage #1 – Free

First and foremost, blogspot tak mengenakan cas pada sesiapa yang ingin menggunakan platform ini. Register akaun je terus boleh up blog. Kalau nak buat website sendiri, korang kena ada domain, hosting dan lain-lain lagi. Semua tu kena bayar.

Tapi tak dengan blogspot. Nama domain secara automatic ada. Boleh letak nama apa yang dirasakan sesuai dengan syarat orang lain tak guna nama tersebut. Kalau tak, kena cari nama yang lain. Hanya kalau korang nak guna custom domain je baru kena bayar.

Itu pun boleh beli domain dekat google domains. Harganya sama macam kita beli domain untuk website sendiri. Tapi still berbaloi sebab tak perlu beli hosting. Untuk yang baru bermula admin nasihatkan guna je domain blogspot yang free tu pun dah okay.

Nanti dah ada modal dan rasa boleh maintain blogging, then boleh beli domain. Domain boleh beli dekat mana-mana domain registrar. Tak semestinya daripada google domains. Tapi kalau nak senang guna google domain la.

Advantage #2 – Security

Ini merupakan satu faktor yang sangat penting bagi para blogger. Security website adalah yang paling utama. Sebab bagi para blogger, website mungkin menjadi lubuk mereka buat duit. So kalau kena “hack” memang sangkut la jawabnya.

Tapi dengan menggunakan blogspot, korang boleh rasa tenang sikit. Sebab ianya lebih secure berbanding blogging platform yang lain. Namun begitu tak bermakna ianya tak boleh kena hack. Cuma risiko agak rendah.

Advantage #3 – Simple & Easy

Siapa yang pernah guna Microsoft Words untuk buat kerja? Admin yakin memang semua orang pernah gunakannya. Konsep yang sama pada blogspot. Nak buat satu blog post adalah sangat mudah. Even untuk yang tak ada pengalaman menulis blog.

Asalkan korang ada content, nak publish artikel blog tak susah pun. Cuma perlu masukkan pada ruang yang disediakan dan publish. Macam isi borang online je. Yang susahnya adalah nak hasilkan artikel yang mantap.

Boleh baca pada artikel yang admin share bertajuk tips menulis artikel. Korang follow step by step semua tips tu maybe tak menghadapi masalah untuk menghasilkan artikel yang terbaek untuk blog korang.

Advantage #4 – Many User

Nak menguruskan serta design website bukanlah suatu perkara yang mudah kalau korang tak pernah buat sebelum ini. Tambah pula kalau nak design, kena tahu serba sedikit mengenai coding dan sebagainya. Baru boleh buat.

Tapi dengan wujudnya komuniti pengguna blogspot yang ramai, so tak ada masalah untuk korang cari template design yang memenuhi kehendak korang. Selain itu kalau ada setting yang korang nak tahu, just google je. Komfem dapat jawapan.

Nak belajar design sendiri pun boleh. Search dekat youtube tutorial design blogspot template. Ramai developer yang upload video cara nak buat. Cuma korang sanggup nak belajar coding atau tak je. Material semua ada.

Advantage #5 – Google Integration

Seperti yang admin highlight dekat atas, blogspot adalah sebahagian daripada google. Once dah register salah satu daripada produk google contohnya gmail, secara automatic korang akan ada account blogspot.

Selain daripada itu korang juga boleh integrate laman blogspot korang dengan servis google yang berkaitan dengan website. Contohnya analytics, webmaster, ads dan adsense. Website lain pun boleh integrate pada servis google seperti yang admin mention dekat atas.

Tapi proses nak integrate tu taklah semudah blogspot. Kena ada sedikit knowledge tentang coding. Depends pada blogging platform yang digunakan. Jadi kalau pakai blogspot, tak payah pening kepala nak fikir untuk integration.

Advantage #6 – Speed & Performance

Satu lagi faktor yang sangat penting pada sesebuah website atau blog adalah speed dan performance. Kalau korang ada content yang superb, detail dan mantap sekalipun tapi orang tak boleh loading untuk baca artikel tu pun tak guna juga.

Sebab tu ianya sangat penting. Selalunya speed dan performance ini reflect kepada hosting dan design website. Seperti yang admin nyatakan diatas, hosting untuk blogspot ini adalah dikendalikan oleh google. So komfem okay punya.

Cuma korang kena control pada website design terutamanya yang gunakan template sendiri. Kena pastikan coding yang dibuat tak menyebabkan laman blogspot korang menjadi slow. Selain daripada itu, korang tak perlu risau lagi.

Siapa Yang Perlu Guna Blogspot?

Sebenarnya takde restriction pun pada siapa yang perlu atau tak perlu guna blogspot. Semua orang pun bebas untuk gunakannya. Lagipun ianya free. Kalau kena bayar tu mungkin kena tengok keperluan dan bajet yang ada.

Memang google buat platform ini percuma untuk menarik ramai orang untuk gunakannya. Disamping itu terdapat banyak kelebihan blogspot seperti yang admin nyatakan diatas. So sesiapa yang rasa nak guna then boleh terus register.

Akan tetapi, blogspot juga terdapat pelbagai kelemahan yang menyebabkan korang kena consider semula untuk gunakannya. Admin ada share pada artikel kekurangan blogspot yang korang mesti tahu sebelum decide untuk gunakannya.

Admin advice pada yang baru nak belajar buat blog, platform blogspot ini adalah sangat sesuai. Sebab nak upload artikel memang simple. Pada yang nak buat personal blog juga amat digalakkan. Tak perlu keluarkan bajet untuk domain dan hosting.

Tapi pada yang nak gunakan untuk tujuan komeril seperti corporate website atau ecommerce website, blogspot bukan untuk korang. Kena cari alternative lain. Kalau untuk ecommerce. Boleh baca detail dekat artikel cara buat website ecommerce.

Mohon share experience korang yang pernah guna blogspot untuk laman blog. Tak kisahlah personal blog ataupun untuk tujuan lain. Boleh tinggalkan sebarang pendapat, cadangan dan komen pada ruangan yang disediakan dekat bawah ini…

Sumber : Shivarweb, Compromath

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *