Kelebihan Cakewalk By Bandlab Yang Mantap & Terbaek

by | Jun 1, 2021 | Creative

Salah satu daripada yang admin kongsikan dalam artikel senarai DAW percuma adalah Cakewalk. So pada kali ini admin nak fokus kepada kelebihan Cakewalk By Bandlab ini dengan lebih deep dan supaya korang tahu tentangnya.

Sebab admin rasa tak ramai yang tahu tentang Cakewalk ni. Kecuali yang pernah guna je tahu. Sebelum ini admin pun guna software lain untuk buat recording audio. Tapi lepas terjumpa Cakewalk by bandlab ni terus melekat.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan admin beralih arah. Antaranya adalah yang tersenarai dekat bawah ini. In term of sound quality tu agak sukar nak compare sebab ianya melibatkan skill dan experience. Tapi overall software ini memang best.

Apa Itu Cakewalk By Bandlab

Kalau admin terus cerita pasal kelebihan tanpa story cakewalk tu benda apa pun tak boleh juga kan. Korang mesti kena tahu dulu apa itu cakewalk, fungsi serta basic feature yang ada. Then barulah boleh connected kepada yang selanjutnya.

Cakewalk atau nama penuh software ini adalah Cakewalk by Bandlab merupakan salah satu daripada Digital Audio Workstation ataupun singkatannya DAW. Biasanya orang akan gunakan DAW ini untuk recording audio tak kiralah suara mahupun instrument.

Sebab apa ada “by Bandlab”? Bandlab tu jadah ape pulak kan? Okay bandlab tu adalah syarikat yang telah mengambil alih software Cakewalk daripada pengurusan yang sebelumnya. Cerita selanjunya admin akan sambung dekat bahagian bawah ini.

Sejarah Cakewalk

Sebelum terwujudnya Cakewalk by Bandlab, nama asal software adalah Cakewalk. Takde extension apa-apa dekat belakangnya. Software ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh syarikat Twelve Tone System Inc.

Masa tu computer pun pakai DOS lagik. Boleh dikatakan ianya antara DAW yang terawal tercipta. Kemudiannya Cakewalk berevolusi mengikut peredaran zaman. Masa admin mula-mula kenal brand “Cakewalk” ini adalah masa tengah rancak main gig.

Masa tu rasa teruja nak rekod lagu sendiri. Nak pergi studio modal tak berapa nak ada. So memang nak try home recording. Masa tu software ini digelar Cakewalk Sonar. Tapi admin pakai sekejap je sebab dah jumpa yang lain.

Kemudian nama Cakewalk ini seakan-akan tenggelam sebab terdapat banyak DAW baru yang muncul dipasaran. Admin ingatkan ianya dah pupus. Rupa-rupanya masih wujud lagi. Admin start gunakan semula Cakewalk adalah sekitar tahun 2018.

Masa tu nama dah bertukar ke Cakewalk by Bandlab. Bandlab tu sebenarnya adalah sebuah syarikat atau nama sebenarnya adalah Bandlab Technologies, developer untuk music social media daripada Singapore. Company ini telah mengambil alih cakewalk daripada management yang lama.

5 Kelebihan Cakewalk By Bandlab Berbanding DAW Yang Lain

Okay enough pasal history. Kalau tengok background, memang cakewalk ini gah. Sebab dah wujud dari tahun 1987 lagi. Akan tetapi, perubahan teknologi menjadikan banyak software lain terwujud. Ini secara tidak langsung menjadi saingan kepada Cakewalk.

So apa yang menjadi turning point admin terus gunakan Cakewalk by Bandlab walaupun ada banyak lagi software DAW yang lain dipasaran? Jom kita tengok apa kelebihan cakewalk by Bandlab lebih detail dekat bawah ini.

Advantage #1 – Layout Pro

Ini bukanlah suatu kemestian tapi admin sukakannya. Layout Cakewalk by Bandlab kelihatan sangat professional. Kira kalau first time guna lepas install tu, takdelah rasa serabut nak cari button function dan sebagainya.

Cuma nak guna semua function tersebut kena belajar satu persatu. Barulah boleh guna dengan baik. In term of looks, memang cakewalk ni nice. Even kalau korang nak customize layout ikut kesesuaian sendiri pun boleh.

Contohnya nak display hanya function yang korang selalu guna sahaja dekat area tertentu. Then boleh berbuat demikian. Memang nampak macam software premium. Nanti admin akan explain kenapa admin cakap macam tu.

Advantage #2 – Complete Audio Solution

Seperti yang kita semua sedia maklum, DAW berfungsi untuk convert audio dalam bentuk digital. Pada yang belum clear pasal DAW, boleh baca dekat artikel apa itu digital audio workstation. Contohnya kalau kita nak rekod satu lagu.

Kita kena rekod part beberapa instrument dan vocal untuk complete. Kemudian kena combine kesemua audio tersebut jadi satu lagu. So dengan cakewalk, ianya DAW yang support multitrack recording serta cover process mixing dan juga mastering.

Guna satu software untuk complete proses dari recording sampailah siap lagu. Untuk program instrument seperti MIDI pun boleh digunakan. Lebih detail dekat point bawah ini…

Advantage #3 – Support VST Plugins

Sekarang ini zaman moden dalam pelbagai bidang. Termasuklah dalam penghasilan muzik. Menggunakan software DAW kini kitab oleh program muzik even tanpa perlukan instrument. Kira macam bunyi modelling untuk sesuatu instrument.

Feature ini dipanggil VST plugins. Lebih detail ada dalam artikel Apa Itu VST Plugins. Namun begitu tak semua DAW ada atau support penggunaan VST Plugins ini. Cakewalk by Bandlab tergolong dalam software DAW yang support feature ini.

So dengan gunakan Cakewalk, korang boleh terus hasilkan muzik walaupun korang takde peralatan muzik dekat rumah. Tapi dengan syarat korang tahu basic tentang instrument tu la. Kalau tak tahu langsung pun tak jadi juga.

Advantage #4 – Resources Banyak

Of course kalau software yang banyak feature ini selalunya susah nak dikendalikan. Tak dinafikan, Cakewalk by Bandlab bukanlah suatu software yang sesuai untuk beginner. Macam admin dulu sebab pernah guna DAW lain.

So adalah juga sikit experience yang basic. Tapi kalau orang yang tak pernah guna memang agak sukar. Sebab banyak function, kena cuba satu persatu kalau tak pernah guna. Don’t worry guys. Sekarang ni semunya ada dekat internet.

Korang taip je perkataan “Cakewalk Tutorial” dekat google ataupun youtube, komfem jumpa. Sebab cakewalk by bandlab ini memang ramai pengguna. So secara automatic, tutorial cara nak guna dari beginner sampailah advance semua ada. Kena cari je.

Advantage #5 – Free

Last but not least, Cakewalk by Bandlab adalah percuma digunakan. Ianya bukan dalam senarai software open source tapi ianya free. Bandlab bermurah hati bagi orang guna software yang feature rich ini secara percuma.

Tapi dengan syarat kena create account dekat Bandlab. Itu pun free juga. Takde fees. Pada admin ianya sangat berbaloi sebab software ini agak mantap. Kira setaraf dengan software premium yang berbayar. Tapi korang boleh guna free je.

Ini jugalah antara sebab utama admin beralih ke Cakewalk by Bandlab. Sebab tak perlu keluarkan modal untuk menghasilkan muzik. Lagipun admin bukan music producer professional pun. Kalau pro tu boleh consider la juga nak pakai yang berbayar kan?

Advantage #5 – Free

Last but not least, Cakewalk by Bandlab adalah percuma digunakan. Ianya bukan dalam senarai software open source tapi ianya free. Bandlab bermurah hati bagi orang guna software yang feature rich ini secara percuma.

Tapi dengan syarat kena create account dekat Bandlab. Itu pun free juga. Takde fees. Pada admin ianya sangat berbaloi sebab software ini agak mantap. Kira setaraf dengan software premium yang berbayar. Tapi korang boleh guna free je.

Ini jugalah antara sebab utama admin beralih ke Cakewalk by Bandlab. Sebab tak perlu keluarkan modal untuk menghasilkan muzik. Lagipun admin bukan music producer professional pun. Kalau pro tu boleh consider la juga nak pakai yang berbayar kan?

Best Juga Cakewalk By Bandlab Ni Kan?

Pada admin memang banyak kelebihan cakewalk by bandlab ni berbanding yang lain. Point yang paling penting adalah free. Siapa yang tak suka barang free kan? Tapi ada sesetengah orang rasa tak selesa guna barang free sebab nampak “cheap”.

Bergantung pada pendapat masing-masing. Tepuk dada tanya selera. Pada admin yang paling penting adalah apa matlamat kita dihujungnya. Kalau korang nak hasilkan muzik yang berkualiti rasanya tak ada masalah untuk gunakan cakewalk.

Sebabnya in the end of the day, orang takkan boleh trace pun software apa yang korang pakai untuk buat muzik. Yang penting sedap atau tak. Kalau tak sedap, pakailah software premium sekalipun komfem kena kecam berjemaah.

Itu semua pendapat peribadi admin. Korang pula macam mana? Sekiranya terdapat sebarang pendapat, cadangan mahupun komen, sila berbuat demikian pada ruangan yang telah disediakan dekat bawah ini…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *