Kelebihan Motosikal Berbanding Kenderaan Lain

by | Dec 28, 2019 | Motorsports

Admin rasa setiap kenderaan ada kelebihan masing-masing. Bergantung kepada nak guna untuk apa kenderaan tersebut. Tapi ada kali ni admin nak share pasal kelebihan motosikal berbanding kenderaan yang lain. Bukan bermaksud motorsikal ni paling best. Tapi cuma highlight kelebihan yang ada.

Sebab ramai yang memilih bawa motor di jalan raya untuk kegunaan harian. Jadi bila ramai pakai, mesti lah ada kelebihan nya kan. Betul tak? So jom kita cekidaut apa kelebihan motosikal ni berbanding kenderaan lain di atas jalan raya.

5 Kelebihan Motosikal Yang Tiada Pada Kenderaan Lain…

Secara jujurnya, admin pun memang suka naik motor. Untuk pergi kerja dan buat urusan harian. List dibawah ni adalah sebab kenapa admin lebih suka motorsikal daripada kenderaan lain:

Kelebihan #1 : Senang Dipandu

Seperti yang sedia maklum, ada macam-macam jenis motorsikal. Tetapi secara am nya, motorsikal ni senang dipandu. Even budak skolah rendah pun boleh bawak. Asalkan tahu bawa basikal, nak bawak motor memang tak ada masalah.

Kebanyakkan daripada pengguna motorsikal di Malaysia lebih suka guna motor kapcai untuk urusan harian. Saiz agak kecil tapi lebih ringan dan mudah dikendalikan. Kalau nak compare dengan kereta, nak bawak kena praktis dan biasakan dulu.

Tapi kalau motor ni tak perlu praktis lama sangat. Naik terus pulas “throttle”. Cuma jaga handle jek. Settle.

Kelebihan #2 : Boleh Mengelak Jammed

Kalau dikawasan kampong ataupun pecan kecil, mungkin tak mengalami masalah ni setiap hari. Tapi kalau duduk dekat bandar, memang tak dapat nak elak. Boleh kata sepanjang masa akan menghadap jammed.

Disebabkan body motorsikal yang kecil dan ringan, so boleh lah mencelah diantara kenderaan lain semasa terperangkap dalam jammed. Jadi tak ada lah stuck dekat satu tempat. At least boleh bergerak walaupun tak boleh laju.

Tapi guys kena hati-hati ye. Kalau salah mencelah, boleh membawa padah. Maklum lah kenderaan lain tu besar. Kadang-kadang tak nampak kita yang kecil ni.

Kelebihan #3 : Jimat Petrol

Boleh kata hampir semua kenderaan menggunakan petrol. Dan admin yakin, harga petrol sekarang ni bukan lah murah. Nak pulak kena pakai dekat kenderaan setiap hari. Memang terasa lah duit mengalir untuk isi minyak.

Jadi kalau rasa nak jimat, memang motorsikal la jawapan nya. Isi full tank pun tak sampai RM 10 (Ini tank motor admin lah ye. Orang lain tak pasti lah laughing). Dari segi fuel consumption pun memang tak tinggi. Sebab motor ni ringan dan boleh bawa 2 orang je pun dalam satu masa.

Kalau bawak lebih dari 2 orang, tunggu lah surat daripada abam polis ye. Tambahan pula berbahaya kalau bawak lebih muatan ni.

Kelebihan #4: Mudah Cari Parking

Kalau nak selesaikan urusan harian, korang mungkin terpaksa pergi banyak tempat. Contohnya nak pergi ke pejabat pos. Kemudian nak ke pasaraya pula. Lepas tu ada lagi urusan dekat kedai lain. Banyak persinggahan baru lah settle semua urusan.

Banyak tempat nak kena pergi, banyak juga lah tempat nak kena parking kenderaan korang tu. Kalau tempat tu ramai orang, memang susah lah nak cari parking. Salah parking, silap-silap kena clamp atau pun kena tunda dengan dewan bandaraya.

Tapi kalau korang pakai motor, confirm senang nak cari parking. Sebab tak makan space yang besar pun parking motor ni. Seelok-eloknya parking lah dekat tempat yang disediakan. Ini untuk mengelakkan daripada menghalang lalu lintas dan risiko kemalangan.

Kelebihan #5: Harga Murah

Tak semua orang berkemampuan untuk beli kenderaan. Tambahan pula sekarang ni ekonomi tak berapa cantik. Banyak komitmen lain yang perlu di ambil kira sebelum decide nak beli atau tidak.

Tapi untuk memiliki sebuah motorsikal, rasanya tak ada lah mahal sangat harga nya. Kalau ada duit lebih, beli cash pun boleh. Nak dibandingkan kalau nak beli kereta sebijik, hutang pun belum tentu mampu. Inikan pula nak bayar cash. Lagi lah tak berkemampuan.

Seandainya tak mampu nak beli cash, korang boleh lah membeli secara ansuran. Sama ada loan dekat kedai ataupun instituis kewangan yang sah (jangn pinjam along pulak). Loan motorsikal ni maksimum 5 tahun (setahu admin lah ye). Tapi kebiasaannya 4 tahun je. Tak kiralah apa jenis motorsikal yang korang beli, itu lah jangka masa loan yang dibenarkan.

Jadi tak ada alasan korang tak boleh beli motor. Kapcai pun ok dah. Tak pun skuter. Untuk pakai harian je. Yang murah punya sudah la kan. Tapi kalau ada duit lebih boleh la sambar Y15 ke RS150 ke. Baru mantap. Nak pergi ride pun boleh J.

Disebalik Kelebihan Motosikal Terselindung Keburukkan…

Memang setiap benda dalam dunia ni mesti ada baik dan buruk. Begitu juga motosikal. Disebalik kelebihan motosikal berbanding kenderaan lain seperti yang admin list kan dekat atas ni, tersembunyi keburukkan motorsikal.

Bak kata orang, kalau bercinta tu semuanya manis. Nampak yang cantik-cantik je. Yang buruk tersorok semuanya. Camtu lah juga naik motosikal ni. Memang banyak advantage nya. Tapi ada juga keburukkan nya yang orang tak nampak.

Antaranya adalah:

  1. Bila hujan basah
  2. Risiko kemalangan tinggi
  3. Tak boleh bawa banyak muatan

Tapi ianya bergantung pada kita yang menggunakan nya. Kenderaan lain pun ada buruknya juga. Kena berhati-hati lah sepanjang masa. Tapi macam mana pun, admin tetap suka naik motor. Ada lagi tak yang setuju dengan admin? Cer tinggalkan komen dekat bawah…

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *